
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, bilangan penduduk terkini sebanyak 28,334,135 orang menurut Banci 2010 adalah tidak memadai. Katanya, bilangan penduduk yang ramai dapat menyokong industri dan penggunaan dalam negara.Justeru, Malaysia memerlukan bilangan penduduk melebihi jumlah yang ada sekarang demi pembangunan negara.
Seadanya, Negeri Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus). Putrajaya pula mempunyai seramai 67,964 penduduk (paling pesat) kerana kebanyakan pejabat kerajaan banyak di situ...- Labuan, Sabah, Sarawak,Johor,Terengganu,Kedah dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk..
Nor Mohamed memberitahu, secara puratanya, nisbah kesuburan adalah sebanyak 2.3 peratus iaitu sepasang suami isteri menghasilkan dua atau tiga anak. Nisbah tersebut seharusnya diperbaiki bagi mencapai matlamat meramaikan bilangan penduduk, katanya.- Menurut beliau, Nisbah itu rendah kerana tuntutan kerja yang kadang-kala memisahkan suami isteri.
Malaysia memerlukan bakat, kepakaran serta sumber tenaga kerja yang hanya dapat dijanakan melalui bilangan penduduk yang ramai. Masih terdapat banyak ruang untuk berkembang lagi dan negara memerlukan bilangan penduduk yang ramai, kata Nor Mohamed.


July 30, 2011 8:40 AM
Tak mungkin masih kekurangan penduduk.
July 30, 2011 8:42 AM
Sabah mengalami kadar penurunan bilangan penduduk? Macam tak percayalah.
July 30, 2011 8:54 AM
Long term planning needed if the government wants to add more quantity to the existing population....but for me, quality is more important than quantity...
July 30, 2011 10:28 AM
Malaysia memerlukan penduduk yang ramai untuk menyokong pelbagai industri. usaha untuk meningkat jmlah penduduk perlu di tingkatkan.
July 30, 2011 11:24 AM
Kurang penduduk? Betulkah. Dilihat macam terlalu banyak penduduk sehinggkah rumah setinggan, pengangguran dan sebagainya berlaku. Ini disebabkan oleh lebihan penduduk.
July 30, 2011 11:48 AM
Sabah adalah di antara negeri yang mengalami kadar penurunan bilangan penduduk? Sebab PATI saja yang banyak bertaburan di sini.
July 30, 2011 11:50 AM
Kos hidup yang tinggi mungkin salah satu sebab orang sakarang tak nak anak ramai.
July 30, 2011 1:52 PM
Biar betul tukang banci buat kerja ni. Takkan masih kurang. hehehe
July 30, 2011 1:53 PM
Tapi bagus jugalah kerajaan beri perhatian terhadap perkara ini. Pastikan pati tak dijadikan penyelesaian pada isu kekurangan penduduk ni. hehe
August 1, 2011 4:10 PM
Malaysia telah menetapkan Dasar Kependudukan ke arah 70 juta penduduk seperti yang disarankan oleh Mahathir pada tahun 1982 dan diharap dapat dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
August 2, 2011 11:02 AM
Sabah tidak pernah mencatatkan kadar penurunan penduduk, malah penduduknya kian bertambah.
usaha kerajaan untuk menambah bilangan penduduk sememangnya baik, tetapi tidak perlulah membawa warga asing untuk menetap di negara ini. biarlah pertumbuhan penduduk itu berlaku secara semula jadi..
jika hari ini Malaysia mempunyai 70 juta penduduk, mampukah kerajaan menanggung subsidi untuk rakyat??
August 8, 2011 9:39 AM
Lagi kurang lagi bagus! Kita tidak perlukan ramai penduduk kerana ini hanya akan meningkatkan kesan negatif.
August 8, 2011 9:44 AM
Lihat pada negara yang mempunyai penduduk yang berlebihan seperti Philipine. Kita tidak mahu rakyat kita pergi keluar negara dan menjadi PTI.
Post a Comment