
Untuk menyempurnakan persepsi saya terhadap komen-komen yang diluahkan di blog ini ‘pertaining to ‘ perhimpunan haram Berseh 2.0 baru-baru ini, saya postkan rumusan saya sekadar untuk berkongi pengalaman saperti huraian saya selanjut nya;
Nampak nya kebanyakan pelawat di sini, lebih suka menyuarakan tidak puas hati dan mengutuk aktiviti Berseh 2.0 baru-baru ini. Kerana sebab-sebab yang memehak kepada pendirian peribadi masing-masing.- Namun, hanya dengan ulasan ringkas ‘yes’ dan ‘no’, itu tidak dapat membantu untuk menganjakan lagi fikiran kita bersama dalam usaha mencari idea atau pun cara-cara membendungkan ketegangan yang tidak diingini untuk berulang lagi.
Kalian perlu ingat, kebanyakan yang membangkang itu, ada lah terdiri dari kumpulan elite Negara ini, yang cintakan Malaysia saperti kita juga. Hak mereka sama dengan kita. Cuma tindakan mereka mungkin mengelirukan kita kerana kita tidak faham atau pura-pura tidak faham ala-tuju perjuangan mereka.- Dalam masa yang sama, kebanyakan komen yang saya terima, tidak menandakan haluan 'by-partisan'. Yang ada, majoriti nya hanya menyalahkan tindakan Berseh 2.0 tanpa menyilidik punca di sebaliknya.
Punca yang telus, mengapa Berseh 2.0 terdesak melakukan demo jalanan yang diharamkan.- Pernah kah Pemimpin pembangkang cuba menyuarakan protes terhadap sistem yang tidak telus SPR di parlimen, debat dan forum? Dan tidak di layan?
- Pernah kah kerajaan memikirkan bahawa ada kemungkinan terdapat tidak ketelusan dalam sistem SPR secara keseluruhan nya. Dan kerajaan tidak bertindak menangani nya dengan bijak dan telus sebelum pehak lain (pembangkang dan NGO) bertindak mengikut stail mereka sendiri?
Pernah kalian terfikir bahawa Berseh 2.0 mungkin pernah memohon untuk berhimpun di stadium, tetapi tidak dilayan, di lulus atau pun dikompromikan? Sedangkan perhimpunan di stadium(tujuan politik, sukan atau pun sosial) ini ada lah acara normal di Malaysia.- Kalau dikatakan peserta demo haram berseh 2.0 baru-baru ini terlalu ganas dan tidak bertimbang rasa, berapa banyak kah harta benda yang telah mereka musnahkan? Kos nya berapa? Kematian? Kerana kalau lah hasrat mereka semata-mata untuk melakukan kemusnahan(dharurat), pasti nya sekadar kawalan polis, tidak akan mencukupi.
- Persoalan kenapa peniaga tidak membuka kedai pada hari itu, ada lah perkara subjektif.
Secara peribadi, saya pun tidak minat dengan demo jalanan ini. Kerana banyak buang masa, menyusahkan orang-orang yang tidak terlibat secara lansung dan tidak semesti nya dengan berdemo ini objektif perjuangan kita akan tercapai.Kalau lah kita tuduh pemimpin-pemimpin Berseh 2.0 ini bodoh? pun agak susah juga dan tidak logik, kerana kebanyakan AJK Berseh 2.0 ini terdiri dari professional dan bijak pandai saperti lawyers, Engineers, Doctors, professors, Mahasiswa dan lain-lain lagi.
Dimana-mana negara di dunia ini pun, bilamana rakyat merasakan kehidupan mereka tidak diadili dengan sebaik mungkin dan tidak di layan saperti sepatut nya, tidak heran protes berlanjutan akan timbul dan tentangan terhadap pehak berkuasa akan terjadi saperti yang dilakukan oleh Berseh 2.0 baru-baru ini. - Contoh nya keadaan di Palestine, Bekas Negara apartheid S. Afrika, Afrika Tengah, Europa Timor, bekas gagasan USSR, Timor Tengah dll lagi.
Saya cuma heran kenapa juga kerajaan tidak 'tackle' perkara ini secara 'preemptive' dengan membuka RUANG yang luas melalui usul kes yang dituntut di parlimen, supaya rakyat mendengar sendiri sejauh mana kah telus nya pentadbiran SPR (sebagai contoh) setakat ini. Disamping, sejauh mana kah kebenaran atau pun pembohongan perjuangan dan 'doctrine' para pembangkang ini?
Sebagai seorang yang pernah mejalankan tugas sebagai pengurus pilihan raya negeri dan parlimen, saya rasakan beberapa perkara yang berhubung dengan sistem undi pos dan daftar penggundi di negara ini, perlu dikemas kini selaras dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi di negara ini.”Sumber: gambar -agensi



July 13, 2011 10:06 AM
perhimpunan bersih ini diadakan untuk menghantar memorandum kepada YDPA bagi menuntut pilharanraya bersih dan adil. tapi, tak bolehkah mereka menghantar memorandum tersebut tanpa melakukan perhimpunan dan bararak sehingga sebegitu ramai?
July 13, 2011 10:54 AM
harap2 tiada lagi perhimpunan Bersih diadakan pada masa akan datang. lebih baik nyatakan saja rasa tidak puas hati melalui perbincangan dan rundingan. banyak sangat isu yang timbul ni lepas perhimpunan Bersih.
July 13, 2011 11:14 AM
Mungkinkah mereka ni minta perhatian daripada rakyat agar usaha mereka ini disokong oleh rakyat M'sia.
July 13, 2011 11:19 AM
Sekarang Bersih mengistiharkan 'Sabtu Kuning' sebagai tanda menyokong perjuangan Bersih, iaitu dengan memakai apa2 yang berwarna kuning sehingga tuntutan mereka dipenuhi.
Apakah cara ini lebih baik daripada mengadakan perhimpunan? Hanya memakai apa2 berwarna kuning dan menjalankan rutin harian seperti biasa.
July 13, 2011 11:28 AM
Apa yang terjadi ini ada pro dan kontranya. Kita harus bijak menilai dan tidak terus-terusan menyalahkan pihak ini atau itu. Kerajaan dan Bersih masing2 ada pendirian yang ingin ditegakkan.
Walau apa pun alasan yang diberikan, setiap permasalahan harus ditangani dengan rasional dan bijaksana. Ambil iktibar daripada apa yang telah terjadi ini.
Rakyat mahukan keadilan dan kebenaran. Diharap kerajaan lebih telus. Dan semoga perjuangan Bersih ini tidak dicemari dengan propaganda pembangkang.
July 13, 2011 11:30 AM
lebih baik jika selepas ini setiap isu yang timbul diselesaikan melalui rundingan. kerajaan juga perlu bersungguh-sungguh untk menyelesaikan setiap isu yang ada.
July 13, 2011 2:06 PM
ada laporan kononnya peserta ini dibayar antara rm150 hingga rm200 seorang bagi di semenanjung, manakala di sabah rm50 seorang.. betul ka?
July 13, 2011 6:43 PM
memang perlu diperbaiki sistem pilihanraya yang ada sekarang tetapi pernahkah pihak berwajib mengakui kelemahan mereka? tidak dan tidak akan selamanya.
July 13, 2011 6:46 PM
yang pasti BERSIH tidak akan berakhir di sini..pasti ada rancangan lain yang sedang dirancang..
July 13, 2011 6:46 PM
kita tunggu dan lihat pada PRU akan datang.
July 14, 2011 10:13 AM
SPR haruslah melakukan tanggungjawab mereka dengan adil dan jujur. Itulah yang rakyat inginkan. Tapi semua ini telah dimainkan oleh Pembangkang untuk menghuru harakan negara kita. Kita tidak mahukan kehancuran. Itu bukan orang kita. Kita mahukan ketenteraman dan masalah pasti ada perbincangan. Itu yang dikatakan orang MALAYSIA. Perhimpunan bukan cara kita tapi cara orang yang sukakan kehancuran. Jadi katakan tidak kepada Perhimpunan haram..
July 16, 2011 9:17 AM
I have to say that Bersih 2.0 movement this time is really a huge success. They are able to gain support from not only the locals but also Malaysians and some foreigners from overseas to support them.
Perhaps a revolution for the Malaysian election system will happen soon. Hope that Bersih movement will successfully urged the government to set up a more independent Election Commission and fairer election. The people no longer sit still. I think eventually, they will give in to democracy.
Post a Comment