
Mereka yang menggelar kumpulan ‘Bersih’ bukan bersih tetapi sebaliknya kotor kerana mereka menganjurkan perhimpunan yang akan mengucar-kacirkan keadaan dan mengganggu ketenteraman awam. Demekian menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman,kumpulan yang menganjur perhimpunan haram adalah mereka yang iri hati dengan kepimpinan Barisan Nasional yang kini berada di landasan yang betul, katanya.
“Mereka sebenarnya iri hati dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang berlandaskan konsep 1Malaysia yang jelas menyatupadukan semua kaum” katanya dalam satu perhimpunan bersama Perdana Mentri diKemabong baru-baru ini..
Selanjut nya, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, pemimpin-pemimpin di Sabah termasuk pemimpin badan-badan agama membantah tindakan kumpulan yang menganjur mana-mana perhimpunan haram.- Beliau berkata, kestabilan politik di Sabah dibawah Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri memberi keyakinan kepada ketua-ketua kaum dan agama di negeri ini
Sabah dalam keadaan aman dan harmoni walaupun masyarakatnya berbilang kaum dan kepercayaan. Justeru itu, beliau yakin ketua-ketua kaum dan agama membantah mana-mana kumpulan yang menganjurkan perhimpunan haram” katanya.- Dalam pada itu, Musa turut memuji kepimpinan Perdana Menteri yang memberi perhatian kepada Sabah dengan menyalurkan peruntukan yang amat besar untuk pembangunan kepada rakyat pelbagai kaum.
- Selain itu katanya, pelantikan pemimpin Sabah memegang jawatan Menteri Penuh dalam Kerajaan Persekutuan membuktikan perhatian Perdana Menteri kepada Sabah dan merupakan penghargaan terhadap sokongan rakyat Sabah kepada BN.
Musa juga mengajak rakyat pelbagai kaum dan lapisan di Sabah agar terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri bagi meneruskan agenda pembangunan yang dipacu dengan konsep dan slogan 1Ma- laysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


July 2, 2011 9:44 AM
Hope that a win-win situation can be achieved.
July 2, 2011 10:05 AM
Harap perhimpunan Bersih tidak akan diteruskan jika ia hanya menimbulkan kekecohan. gunakan alternatif lain untuk membuat tuntutan.
July 2, 2011 10:11 AM
Sabah dan Sarawak contoh 1Malaysia.
July 2, 2011 10:13 AM
Rakyat harus bijak menilai dan tidak mudah terpengruh dengan permainan politik dari pihak2 tertentu.
July 2, 2011 10:43 AM
perhimpunan ini hnya usaha pembangkang untuk memecahbelah masyrakat dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
July 2, 2011 10:59 AM
Jika memberi manfaat kepda pembangunan Sabah memang perlu disokong. Tapi jangan mengabaikan rakyat. Sekiranya tiada rakyat maka tiadalah sokongan.
July 2, 2011 11:08 AM
How does the Bersih organizer can possibly guarantee that the rally will not become something like in Egypt or Syria?
Even with the present of Police or even the soldier, anything can happen...you'll never know...
July 4, 2011 8:29 AM
sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan atau masalah lain haruslah dielakkan. kita semua perlu mengekalkan keharmonian yang ada.
July 4, 2011 10:13 AM
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman,
kumpulan yang menganjur perhimpunan haram adalah mereka yang iri hati dengan kepimpinan Barisan Nasional yang kini berada di landasan yang betul..
Betul kata Musa, sebenarnya ada pihak yang cuba menjadikan bersih ini senjata mereka.
July 4, 2011 10:16 AM
Harap keamanan yang dikecapi selamat ini tidak akan disia-siakan oleh sesetengah pihak yang mementingkan diri. Jangan hanya kerana ini negara kita menjadi huru-hara. Fikirkanlah demi masa depan negara kita. Sebaiknya kita harus menyokong PM demi pembangunan kita. sekiranya ada perkara yang tidak elok tegur suarakan kepada wakil dan sesiapa yang boleh membantu.
July 4, 2011 3:53 PM
penganjur Bersih sepatutnya patuh dengan Titah Yang Dipertuan Agong yang turut sama membantah perhimpunan Bersih ini..
Post a Comment