
PENYAMBUNGAN haram melalui pencawang elektrik dikesan ketika operasi SESB di Kampung Lokub, Sepanggar.
Tahun ini, lebih 300 rumah di lima kawasan setinggan di kawasan Kota Kinabalu didapati melakukan penyambungan kuasa secara haram, kata Ketua Operasi syarikat Yuzrian Efren Yunus kepada pemberita selepas pemeriksaan di kawasan setinggan tersebut, baru-baru ini.Gara-gara aktiviti haram ini, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menanggung kerugian pendapatan RM4 juta setahun disebabkan penyambungan kuasa secara haram yang semakin berleluasa.
- kerugian kira-kira RM344,000 sebulan itu berpunca daripada penyambungan haram yang dikesan di kira-kira 86 kawasan setinggan di seluruh negeri.
“Penyambungan kuasa secara haram itu telah menyebabkan kekerapan gangguan elektrik kepada pelanggan kami yang membayar. Ia juga boleh membahayakan nyawa, termasuk yang bertanggungjawab dalam pencurian kuasa itu kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik,” kata- nya.- Menurut Yuzrin semasa setiap pemeriksaan, katanya, pelbagai jenis wayar yang seberat kira-kira 50 hingga 100 kilogram telah dirampas.
Yuzrian berkata mereka yang bertanggungjawab boleh dikenakan didakwa di bawah Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang membawa kepada hukuman penjara tiga tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.


July 14, 2011 10:55 AM
kegiatan ini harus kita banteras.
July 14, 2011 11:45 AM
penyambungan elektrik secara haram boleh menyebabkan bahaya...
July 14, 2011 11:47 AM
diharapkan pihak SESB akan dapat memantau keadaan ini. selain itu juga pengguna perlu ada kesedaran dan jangan melakukan penyambungan elektrik secara haram.
July 14, 2011 1:49 PM
free kan tidak payah bayar sebab tu lagi banyak aktiviti macam ini. Kenaikan tarff akan lebih mengaktifkan kegiatan ini.
July 14, 2011 1:54 PM
Ini mungkin salah satu sebab mengapa tariff elektrik terpaksa dinaikkan kerana kerugian yang harus ditanggung oleh SESB. Kegiatan penyambungan letrik haram harus dipantau dengan lebiih ketat lagi terutamanya di kawasan setinggan.
July 14, 2011 1:58 PM
Adakah warga asing dalang di sebalik penyambungan letrik haram ini? Tak habis2 membuat masalah.
July 14, 2011 2:36 PM
mesti warga asing yang membuat penyambungan letrik haram ni. harap kegiatan ni dapat dihentikan kerana begitu banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh SESB.
July 14, 2011 2:45 PM
"..lebih 300 rumah di lima kawasan setinggan di kawasan Kota Kinabalu didapati melakukan penyambungan kuasa secara haram.."
Banyaknya.Ini baru di kawasan Kota Kinabalu.kalau di seluruh Sabah?
July 14, 2011 4:46 PM
pasti PATI yang mencuri letrik..
July 14, 2011 4:47 PM
pemantauan dan pemeriksaan harus dilakukan setiap minggu/bulan untuk memastikan tiada kecurian letrik berlaku.
July 14, 2011 4:48 PM
gara2 pencuri letrik, tarif eletrik dinaikkan.
July 14, 2011 11:45 PM
Ada kemudahan, dicuri lagi.. Tengok semua pun kena kesannya. huhu
July 14, 2011 11:46 PM
Saya harap SESB dapat melakukan sesuatu dalam menanggani perkara ini.
July 14, 2011 11:47 PM
Kalaupun kenaikan tarif tak dapat dielakkan, pastikan bebanan rakyat tidak terlalu berat :)
July 15, 2011 9:41 AM
Inilah kenapa kenaikan berlaku. Kerana mereka inilah. Yang membayar terbeban oleh pencuri Letrik ini.
July 16, 2011 9:00 AM
This is unfair to the paying consumers. Those electricity thieves should pay for what they did.
Post a Comment