SUARA BEBAS TUARAN

Perhimbunan Berseh 2.0 Di Stadium Merdeka Menemui Jalan Buntu?


Niat Bersih 2.0 untuk membuat perhimpunan di stadium menemui jalan buntu selepas permohonan mereka untuk mengguakan Stadium Merdeka pada Sabtu ini ditolak oleh pihak pengurusan stadium yang memberi alasan tidak mahu menerima sebarang tempahan dari pihak Bersih.
Selain itu, terdapat juga laporan bahawa pihak stadium memberikan berbagai alasan kepada sekretariat Bersih 2.0 bahawa stadium akan digunakan untuk aktiviti pengurusan sukan dan kerja – kerja pengubahsuaian. Mereka yang ditugaskan untuk membuat tempahan berasa kecewa dengan berbagai alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan stadium yang tetap enggan menerima tempahan mereka.
  • Bersih 2.0 memilih untuk mengadakan perhimpunan di stadium selepas menerima tawaran daripada perdana menteri yang membenarkan perhimpunan dijalankan di stadium serta pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong berikutan titah baginda yang tidak mahu sebarang masalah diselesaikan dengan menunjuk perasaan.
  • Bersih 2.0 menegaskan bahawa Stadium Merdeka merupakan satu – satunya stadium yang memenui semua kreteria dan meminta perdana menteri menunjukkan keikhlasan dan kejujurannya dengan membenarkan stadium tersebut digunakan dengan segera.
Tempoh untuk perhimpunan Bersih semakin suntuk dan satu keputusan yang tepat dan penting perlu dibuat segera bagi memastikan semua perjalan berjalan lancar. Bersih merasakan kelewatan kelulusan untuk menggunakan stadium tersebut tidak boleh diterima sama sekali dan ianya hanya akan menambah kekecewaan gabungan tersebut.
  • Bagaimanapun Bersih yakin kepimpinan yang kuat di peringkat atasan boleh menyelesaikan sebarang masalah yang menghalang dan proses kelulusan akan berjalan dengan lebih cepat.
  • Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mahu Bersih 2.0 mendapatkan permit perhimpunan secara segera dan menyatakan sekiranya mereka gagal mendapatkannya, ianya akan dianggap sebagai perhimpunan yang tidak sah.
  • Beliau memaklumkan setakat ini pihak polis masih belum menerima sebarang permohonan ataupun diberitahu mengenai perhimpunan ini walaupun Najib telah bersedia untuk menyediakan stadium buat mereka berhimpun.
Dengan tempoh yang semakin singkat, pihak polis bersedia untuk mempercepatkan urusan permohonan permit di mana permohonan tersebut akan diutamakan kerana kerajaan telahpun membenarkan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di stadium.
Sumber: Agensi
13 comments:

Benarkan saja la ba...kalau tidak diorang akan berhimpun pula di jalan raya, menyebabkan traffic jam pula lagi....

kasian la kami ni rakyat biasa...


PM kan telah mengeluarkan kenyataan untuk sediakan stadium untuk mereka sebelum ni. kenapa timbul lagi masalah mengenai tempat dan permit. mungkin pihak ni hanya berpuas hati bila Bersih dibatalkan begitu saja.


Perhimpunan ini hanya akan membawa kekecohan.


Banyak kesan negatif akan berlaku jika mereka masih lagi teruskan perhimpunan ini.


Better to not have the demo at all.


The YDPA did the right thing in not approving Bersih 2.0 to use the stadium. The best way to solve any solution is through discussion and not through aggressiveness.


harap semua yang berlaku ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik..


Perhimpunan ini masih menjadi tanda tanya pasti atau tidak dilaksanakan di stadium atau tidak.


bikin risau jg, nnti dorang tak dapat berhimpun di Stadium, mereka berhimpun pula di jalan raya.


Apalah kesudahan Bersih ni. Ingatkan confirm sudah berhimpun di stadium. Rupanya masih gantung.


Kalau tiada tempat untuk mereka berhimpun, apalah alternatif yang mereka ada lagi? Kalau hujung2 berhimpun di jalan raya, susahlah. Sama saja bohongnya.


ada sumber mengatakan stadium merdeka hanya mampu menampung 25 ribu orang.. malah struktur bangunan tidak kukuh kerana sudah terlalu lama.. kalau betul sumber ini, memang patut pengurusan stadium menolak permohonan penganjur Bersih ini..

bagaimana jika perhimpunan itu dilakukan di stadium shah alam??


Bersih rally still goes on despite all the obstacles.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails