
Perdana Menteri melahirkan rasa syukur perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara Sabtu tidak berakhir dengan kesan serius kepada rakyat dan juga harta benda.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga bersyukur kerana sebahagian besar rakyat khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang tidak menyertai perhimpunan haram itu, membuktikan mereka tidak menyokong demonstrasi jalanan.
"Kita tawarkan sebuah stadium untuk adakan perhimpunan itu tapi malangnya saya amat kesal mereka telah tolak tawaran itu.- "Ini jelas menunjukkan niat dan tujuan mereka ialah untuk mendapatkan publisiti yang seluas-luasnya, sebab itulah mereka nak berarak juga di tengah-tengah bandar kerana mereka nak beri gambaran bahawa Malaysia tidak ada kestabilan politik dan mereka eksploit isu ini sebanyak mungkin," katanya.
Beliau berkata sekiranya apa yang dituntut adalah untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih, maka ia tidak berbeza sama sekali dengan kehendak kerajaan.- Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa bersikap terbuka dan sedia mendengar serta mempertimbangkan tuntutan munasabah pihak berkenaan namun tidak dengan cara demonstrasi jalanan.
Walau pun kerajaan cuba menidakkan perhimpunan haram Berseh di Malaysia, namun Perhimpunan Bersih 2.0 turut diadakan serentak oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia kelmarin dengan kewujudan BERSIH 2.0 Global.Diantaranya ialah di Melbourne, Perth dan Sydney Australia, Auckland New Zealand, Seoul Korea, Hongkong China, Taipei Taiwan, Osaka Jepun, Singapore, Geneva Switzerland, Istanbul Turkey, Ottawa Canada, London England, New York, Los Angeles USA. Disamping, banyak lagi lain-lain negara yang belum dikenal pasti.
Apa yang menariknya, sekalipun pihak Kerajaan Malaysia telah menyelar kumpulan BERSIH sebagai kumpulan yang dikatakan sebagai anti-keamanan, anti-negara dan seumpamanya, namun peserta-peserta BERSIH global ini membuktikan sebaliknya.
Mereka telah berhimpun dan menyanyikan lagu NEGARAKU beramai-samai sebagai bukti kecintaan mereka kepada negara.- "Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.
"Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian.- "Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning."



July 11, 2011 9:57 AM
Perhimpunan aman di M'sia bertukar kepada kekecohan. Di mana silapnya??
July 11, 2011 1:07 PM
mengapa perlu perhimpunan dan demostrasi jalanan? ada cara yang lebih baik yang tidak membebankan orang lain seperti para peniaga dan pengguna trafik..
July 11, 2011 1:08 PM
yang pasti, BERSIH menyusahkan rakyat..
July 11, 2011 1:10 PM
diharap tiada lagi demonstrasi jalanan yang hanya menyusahkan rakyat dan menguntungkan pihak2 tertentu terutama ahli2 politik yang berkepentingan.
July 11, 2011 1:12 PM
Global acceptance for Bersih rally is really unexpected.
July 11, 2011 2:33 PM
nampaknya perhimpunan bersih juga dilakukan ditempat lain di luar negara.
July 11, 2011 2:36 PM
apa pun perhimpunan seperti ini menimbulkan pelbagai kesan seperti, terdapat peniaga yang tidak menjalankan perniagaan pada hari tersebut kerana khuatir.
July 11, 2011 2:45 PM
apalah hasil yng mereka dpt dari demo ni? ia hnya menjejaskan nama Malaysia.
July 11, 2011 3:35 PM
jadi, adakah sambutan global ini menunjukkan perhimpunan Bersih ni satu tindakan yang betul untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil?
July 11, 2011 8:47 PM
Popular terus ni isu. Siap ada lagu lagi.
July 11, 2011 8:48 PM
Harap lepas ni tiada sudah apa2 yang berlaku. Sudah2 lah dengan demo, tak pasal2 imej negara terjejas.
July 12, 2011 10:07 AM
Yang sebenarnya, Agong perkenankah Bersih ini? Ada ucapan rasmi daripada Agong? Kenapa mereka meneruskan juga perjuangan mereka yang sememangnya dicemari dengan agenda tersembunyi?
July 12, 2011 10:09 AM
Tak fikir kesan demonstrasi ini terhadap orang lain kah? Sepatutnya selesaikan masalah ini secara rundingan yang profesional. Bukan dengan membuat publisiti dan menyebarkan propaganda. Mereka yang terikut-ikut dengan demo ni pun satu. Entah tahu atau tidak matlamat sebenar.
July 12, 2011 11:46 AM
mana2 kerajaan diseluruh dunia juga akan mengawal kebebasan bersuara. kalau sudah sampai tahap menyusahkan aktiviti orang awam, peniaga dan ekonomi negara, bagi saya itu bukan sesuatu yang boleh kita gambarkan sebagai aman..
July 12, 2011 2:09 PM
Apa pun kita lebih utamakan keamanan dari perhimpunan ini. Tidak ada yang mahu dibanggakan dengan perhimpunan ini.
July 12, 2011 2:12 PM
Sambutan di luar negara sangat memberansangkan terhadap perhimpunan BERSIH ini.
Post a Comment