
Pengerusi penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini, Datuk S.Ambiga berkata beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram itu sekiranya dititahkan demikian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar di sini sama ada perhimpunan haram itu akan dibatalkan sekiranya baginda menitahkan demikian, Ambiga berkata: “Ya”.
- Bagaimanapun, katanya apa juga keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan menghadap Seri Paduka dan beliau berharap ia akan dapat diadakan secepat mungkin.
Menurut Ambiga pehak belaiu memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak baginda untuk rekonsiliasi (keamanan) nasional,” katanya.- Katanya surat rasmi bagi memohon menghadap baginda akan dihantar ke pejabat Istana Negara hari ini.
- “Kami akan patuh kepada titah baginda untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia,” katanya.
- Ambiga berkata perkara itu diputuskan anggota jawatankuasa induk perhimpunan berkenaan pada mesyuarat malam tadi selepas Tuanku Mizan mengeluarkan titah bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asalnya baik.
- Katanya beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi tadi dan bekas perdana menteri itu turut menasihatkannya untuk patuh kepada titah Tuanku Mizan.
Dalam pada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah permintaan kumpulan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 yang mahu bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu perhimpunan haram berkenaan. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika permintaan kumpulan haram itu dibenarkan, ia akan menjadi satu duluan (precedent) tidak baik pada masa hadapan.- “Kenapa perlu Agong bertemu dengan kumpulan haram yang bodoh!!!,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Mynewshub.my di sini malam tadi.



July 6, 2011 8:28 AM
Perhimpunan bersih diadakan di stadium.
July 6, 2011 8:29 AM
Siapa juga Ibrahim Ali untuk membantah sesiapa untuk bertemu Agong. Ada apalah dengan Ibrahim Ali tu.
July 6, 2011 10:25 AM
Let Agong decide if he wanted to meet Amiga. Its not for Ibrahim Ali to decide.
July 6, 2011 11:01 AM
rasanya pekara ini tidak perlulah dibantah oleh perkasa. yang penting semua pihak perlu berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik.
July 6, 2011 11:03 AM
Ibrahim Ali, siapa yang bodoh sebenarnya ni? IKEA ada jual macam2 cermin cantik. Belilah satu.
July 6, 2011 11:06 AM
Bertindak secara rasional, bukan emosional. Selagi ada jalan penyelesaian, kita usahakan. Bukan sikit2 nak memberontak segala.
July 6, 2011 11:08 AM
sudah terlambat. Ambiga sudah bertemu dengan Agong. apa lagi yang Ibrahim Ali nak katakan?
July 6, 2011 1:05 PM
perhimpunan bersih mgkin akan diadakan di Stadium bukan di jalan raya.
July 6, 2011 1:47 PM
Apa kuasa Perkasa melarang Ambiga. Jika Agung kata setuju apa yang PERKASA boleh buat?
July 7, 2011 10:36 AM
Ibrahim ni mahu selesaikan masalah atau mahu mencipta masalah? patut ada satu demo khas untuk mendesak supaya Perkasa di haramkan.
Post a Comment