SUARA BEBAS TUARAN

Projek Empangan Tambatuon Dapat Atasi Masalah Kurang Bekalan Beras Di Sabah

Walaupun bantahan terhadap Empangan Tombotuan berterusan daripada penduduk kawasan di situ, sehinggakan seramai 23 ketua kampung didakwa di pecat akibat turut membantah projek itu, namun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan, terus meminta agar semua penduduk di DUN berkenaan membenarkan kajian kesan alam sekitar (EIA) dan kajian impak sosial dijalankan bagi menentukan sekiranya projek itu berdaya maju.
  • Projek pembinaan Empangan Tambatuon bernilai RM450 juta di Kota Belud mungkin menjadi penyelesaian muktamad bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan beras di Sabah pada masa depan.
  • Herbert berkata rakyat Sabah tidak boleh bergantung kepada negeri atau negara lain untuk membekalkan makanan sekiranya wujud kekurangan makanan.
  • Justeru itu, cadangan pembinaan empangan itu Sungai Kadamaian, Kampung Tambatuon, Kota Belud, sebagai kawasan Jelapang Padi Sabah adalah antara usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan beras di negeri itu.
  • Katanya Sabah hanya mampu mengeluarkan beras sekitar 30 peratus untuk keperluan rakyat manakala 70 peratus lagi bekalan beras diimport dari luar negara bagi memenuhi permintaan yang meningkat.
Bagaimana pun, cadangan itu terap mendapat bantahan penduduk sekitar kawasan itu yang bimbang akan berlaku masalah banjir di samping akan memusnahkan sama sekali alam semula jadi di kawasan tersebut.
Sumber: NST
10 comments:

harap kerajaan memahami keputusan penduduk yang membantah projek empangan tersebut.


If more farmers are given help to increase their produces, then it can resolve the rice shortage issue.


kata sepakat perlu ada antara kerajaan dan penduduk kampung, biarkan ia diselesaikan dgn situasi menang-menang.


kajian yang teliti perlu dibuat terlebih dahulu dan perbincangan melibatkan semua pihak juga perlu dilakukan. setiap pekara ada pro dan kontranya, sebab itulah sebelum keputusan dibuat ia perlu menimbangkan banyak pekara.


rasanya penduduk kampung Tambatuon tetap akan membantah walaupun kerajaan telah memberikan jaminan bahawa keuntungan rm500 ribu setiap tahun akan dinikmati oleh penduduk kampung tersebut.


Memang ada pros dan cons ba hal ni. Harap kerajaan akan membuat keputusan yang tepat.


Suara rakyat harus diberi perhatian. Jangan kerana hal ini rakyat merasakan diri mereka dipinggirkan.


Kita mesti faham juga kenapa kerajaan mahukan empangan ini dilakukan. Untuk memastikan bekalan air untuk Sawah padi yang akan dilaksanakan mencukupi. Kota Belud mahu dijadikan pengeluar beras untuk Sabah. Maka untuk menanam padi haruslah mempunyai bekalan air yang cukup. Pada masa yang sama juga empangan ini juga berguna untuk bekalan air bersih.


THe people are still not aware of the benefits that the dam will provide.


If the government has made them understand the benefits of the dam and yet the people refuse for the project to continue, then it is best for the government to listen to the people. After all,people first!


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails