SUARA BEBAS TUARAN

Rakyat Miskin Di Sabah Dilindungi Insurans 1Azam?

Labels:

Seramai 32,412 ketua isi rumah miskin (KIRM) dan miskin tegar (KIRMT) di Sabah yang berusia di bawah 70 tahun dan berdaftar dalam sistem e-Kasih akan menikmati perlindungan insurans 1Azam, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata, skim insurans itu merupakan program terbaru kerajaan pusat dalam memberi perlindungan kepada keluarga yang masih perlu dikeluarkan daripada kemiskinan
  • Di bawah skim insurans ini, bayaran bagi ketua isi rumah yang meninggal dunia bukan akibat kemalangan ialah RM10,000, manakala bayaran bagi ketua isi rumah atau isteri atau anak yang meninggal akibat kemalangan pula masing-masing RM20,000, RM10,000 dan RM5,000.
Menurut Musa selanjut nya, Kerajaan telah berjaya melaksanakan beberapa program untuk tujuan membasmikan kemiskinan dinegeri ini dan antara lain;
  1. seramai 96 KIRMT di Tawau telah mula tinggal di Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Kalabakan sejak bulan lepas. Dan Sebanyak 115 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) dibina di ladang kelapa sawit itu
  2. 105 buah rumah di Ladang PPRT Tongod siap dibina akhir bulan lepas manakala 40 buah di Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Kiandut, Pitas akan mula diduduki akhir bulan ini.
  3. Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri telah memperuntukkan RM1 juta kepada Jabatan Perikanan Sabah bagi pembinaan 40 buah kolam penternakan ikan payau di MESEJ tersebut.
  4. RM1 juta juga telah diperuntukkan bagi pembinaan 44 buah kolam serupa di MESEJ Akuakultur Kampung Sarap Siampak, Menumbok di mana 44 buah rumah KIRMT telah pun siap dibina
Menurut sumber, penduduk di beberapa daerah saperti Tuaran, Ranau, Kota Merudu, Tenom, Sipitang, Tambunan dan Nabawan maseh lagi tercicir dari menikmati program bantuan yang disebut-sebutkan oleh Musa baru-baru ini.
  • Selama ini, kita selalu mendengar bahawa daerah Tawau, telah mengurangkan tahap kemiskinan penduduk nya disamping berjaya menukarkan status beberapa kawasan penduduk nya dari miskin tegar ke miskin biasa. Namun berita yang menyentuh mengenai pengurangan pengangguran dikalangan belia di negeri melalui program-program changgih ini maseh lagi kabur.
Walau macam mana pun, dengan penuh harapan kita harap daerah-daerah yang maseh belum lagi menikmati bantuan murni kerajaan tersebut akan di realisasikan sebelum PRU13 ini nanti.
Sumber: Agensi
7 comments:

Hope that this 1 Azam skim can help improve the quality of life for the hardcore poor.


pastikan bantuan ini diberikan kepada mereka yang benar2 layak.


satu program yang sangat bermanfaat untuk rakyat yang dikategorikan sebagai miskin/miskin tegar. diharap program2 yang dibuat oleh kerajaan dilaksanakan secara menyeluruh.


jika benar seperti dikatakan, ianya merupakan sesuatu yang baik dan usaha untuk membasmi kemiskinan perlu sentiasa diteruskan.


>Di bawah skim insurans ini, bayaran bagi ketua isi rumah yang meninggal dunia bukan akibat kemalangan ialah RM10,000, manakala bayaran bagi ketua isi rumah atau isteri atau anak yang meninggal akibat kemalangan pula masing-masing RM20,000, RM10,000 dan RM5,000.

baguslah kalau macam itu. Tapi siapa yang bayarkan insuran mereka??Harap ini tidak akan membebankan mereka ini.


gandakan usaha.. kalau tidak mampu selesaikan masalah ini sebelum PRU13, sekurang2nya kampung2 yang masih belum menerima apa2 impak dapat melihat usaha atau program kerajaan ini SEDANG dalam pelaksanaan.. bukannya tidak ada langsung..


I hope 1Azam will truly help those who are indeed poor.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails