SUARA BEBAS TUARAN

Tanah Adat Di Nunuk Ragang, Ranau Di Rampas?

Labels:

gambar hiasan penduduk kg Nunuk Ragang
Nampak nya masaalah tanah adat yang di rampas oleh syarikat peladangan di Sabah, kini sudah dalam keadaan yang tidak dapat di kawal. Sehinggakan ia nya dalam tahap yang kronik.
Sebelum ini, saya telah menulis sebuah artikel dimana penduduk dari beberapa buah daerah di Sabah, saperti di Tenom, Nabawan, Kalabakan dan Pitas telah tampil kehadapan menyuarakan protes terhadap isu ini. Sehinggakan membawa kes tersebut ke muka pengadilan melalui makhamah.
  • Dalam kes yang sama, baru-baru ini timbul lagi isu. dimana dalam episod ini, seramai 50 orang berhimpunan secara aman di Nunuk Ragang Ranau sebagai membantah hak geran seluas 2952.84 ekar yang diwartakan oleh kerajaan kepada sebuah syarikat pembalakan, yang kini sedang rakus menebang, memunggah dan merosakkan lanskap tanah kelahiran nenek moyang pewaris disana.
  • Menurut sumber, Perhimpunan adat yang bermula seawal Sabtu dan berakhir Ahad, dipelopori oleh Jerus Saligi yang merupakan wakil Anak Warisan Keturunan ‘Koubau’, dan Gasibin Bin Samungkir.
  • Dikatakan perhimpunan aman tersebut dilakukan dengan penuh istiadat oleh pewaris ketujuh penduduk asal pada Sabtu itu, memohon kepada kerajaan supaya mengembalikan hak mereka dan menadahkan status mereka sebagai rakyat yang lebih berhak berbanding bangsa yang berminat ke atas tanah itu hanya sekadar kerana perniagaan semata-mata.
Untuk tujuan itu, kumpulan tersebut telah mengadakan satu upacara ritual yang intipatinya memohon keadilan daripada penguasa semesta alam, agar sesiapa yang mengkhianati suku kaum asal mendapat bala serta pelbagai kerosakan hidup. Perkara ini dilakukan sebagai jalan terakhir penduduk itu untuk mendapatkan keadilan kepada mereka.
Untuk menyempurnakan upacara itu, seekor kinzir telah dikorbankan oleh seorang bobolian, sebagai bantahan ke atas pencerobohan tanah asal mereka.
  • Kita difahamkan selanjutnya, kumpulan tersebut mendakwa terhina dan tertindas kerana hak mereka ke atas Tanah Adat (NCR) dinafikan oleh kerajaan. Antara kawasan kampung yang terlibat dalam rampasan itu, ia lah Kg. Tubau dan Kg. Kodop .
  • Kata mereka, kampung-kampung ini merupakan di antara perkampungan yang wujud selepas bermulanya percambahan suku kaum Dusun, daripada tanah asal-usul kaum itu di Nunuk Ragang, yang terletak hanya kira-kira 28 Km daripada lokasi kedua-dua kampung itu.
  • Dilapurkan bahawa, menurut fakta sejarah; tamadun suku kaum Dusun bermula daripada kedua-dua perkampungan ini, dengan penemuan pelbagai tinggalan sejarah, cerita lisan dan artifak mengenai gelagat hidup kaum itu.
  • Selanjut nya, kata Jerus dan Gosibin, nenek moyang mereka mendiami kedua-dua kampung itu sejak berabad-abad lamanya. “Masih banyak peninggalan nenek moyang kami di sana, yang antara lain kuburan yang berusia berpuluh tahun, tembikar, gong dan tanam-tanaman, Keturunan kelima mereka juga masih hidup dan mampu mengimbau sejarah ekologi keturunan itu,” jelas kedua-duanya.
  • Menurut fakta tuntutan, Jerus memberitahu penduduk telah memohon kawasan itu bagi tujuan pertanian, melalui Rujukan PT. 950602011, 95060677, 95060680, 95060767, 95060768, 95060776, 95060777, 96062420, 97060831 dan 97064043 bagi Kg. Tubou, sementara bagi Kg. Kodop mereka mengemukakan permohonan yang sama iaitu PT. 82561695, 85060812 dan 86065264.
  • Kesemua permohonan ini dilakukan melalui Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Ranau. Jabatan Pertanian Daerah Ranau melalui surat JPTN:600-1/18 KLt.50/(75) yang bertarikh 15 Mac 2006 dengan ulasan yang menyatakan;
  • 'Jerus dan Gosibin berkata, nenek moyang mereka telah mendiami kawasan itu sebelum dan selepas pra-sejarah dan membangunkan dengan pelbagai jenis tanaman seperti padi huma, buah-buahan dan tanaman kontan'.
  • Dalam pada itu, Jerus dan Gosibin mempersoalkan, keputusan pihak berkuasa tanah untuk memberikan kelulusan ke atas permohonan Syarikat Kinabalu Pertanian dan Penternakan Sdn - yang aktiviti syarikatnya menjurus kepada bidang pertanian dan penternakan.
Yang lebih mengecewakan kumpulan tersebut ia lah tanah itu kemudiannya dijual kepada sebuah syarikat lain yang dikenali sebagai Hutan Tropika Sdn. Bhd – aktiviti syarikat ini menjurus kepada pembalakan.
Kedua-dua syarikat yang dipertikaikan ini, dimiliki oleh kaum bukan bumiputera justeru, menimbulkan banyak persoalan kepada penduduk asal.
Sumber: NST, penduduk Nunuk Ragang
14 comments:

Mana wakil rakyat untuk membela nasib penduduk kampung ini? Dalam mengejar keuntungan, jangan sampai menindas golongan yang kecil.


bukan main luas lagi tanah tu. betulkah kerajaan yang wartakan tanah adat penduduk ini untuk syarikat pembalakan?


jgnlah rampas tanah adat penduduk.


Diharapkan kerajaan meneliti perkara ini dan tidak membelakangkan nasib rakyat.


tindakan sewajarnya perlu diambil dengan segera.diharap penduduk Nunuk Ragang mendapat semula hak mereka ke atas tanah adat mereka yang telah dirampas.


harap pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya..kepentingan dan hak penduduk perlu dijaga dengan sebaiknya.


Salam dan terima kasih kepada pelawat yang sudi memberi komen simpati terhadap penderitaan penduduk asal yang dirampas tanah di kawasan tersebut… Sungguh dahysat lagi menyayatkan hati ini.

Dalam hal ini, rampasan tanah di kawasan DUN tersebut bukan hanya sekadar bertempat di Nunuk Ragang, terdapat banyak lagi tanah-tanah adat di DUN tersebut yang mengalami nasib yang sama. Sehinggakan permohonan tanah LA asal penduduk di tindihkan dengan permohonan baru oleh syarikat-syarikat peladangan yang besar sapertimana yang berlaku di Nunuk Ragang.
Namun kerana pengelibatan agensi kerajaan dalam hal itu, penduduk disana hanya mampu berdiam diri.

Secara peribadi, permohonan tanah LA mendiang bapa mertua saya (penduduk asal kawasan DUN Paginatan, Ranau ) sebanyak lebih kurang 30 ekar untuk tujuan dibahagi-bahagikan kepada anak beliau yang seramai 5 orang juga telah lesap begitu sahaja setelah di consortium kan oleh syarikat tersebut.

Dalam soal sama ada YB DUN Paginatan dapat membantu? saya tidak tergamak perbahaskan disini kerana status saya disana hanya lagi sekadar menumpang kasih. Lagi pun ipar-ipar saya di sana kebanyakan nya bertahap pemimpin yang sepatut nya bertanggung bersama YB untuk menyelesaikan perkara ini.

Antara jawatan-jawatan ipar saya maksudkan ada lah;
1)seorang mantan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR),
2)lagi seorang setiausaha perhubungan kepada ADUN (yang bertaraf Menteri),
3)Seorang juga menjawat jawatan Setiausaha perhubungan Parlimen dan
4)seorang lagi maseh memegang jawatan PKR DUN Paginatan.

Sejauhmana kah krisis rampasan tanah adat di Sabah ini, kita hanya mampu memerhati dan berharap suatu ketika, ia nya akan berakhir jua.


Setuju dengan pemerhati... Kalau ya pun mahu hidup senang tapi agak2 juga lah.


Harap hal ini mendapat perhjatian sewajarnya dan pastikan nasib para penduduk terbela.


Tanah adat dirampas lagi?? Nampaknya masalah tanah masih menjadi-jadi. Belum ada penyelesaian yang terbaik buat masa sekarang. Pastikan kerajaan melakukan yang terbaik untuk Sabahan.


Perjuangkan hak dan kepentingan rakyat. Jangan jadikan mereka mangsa keadaan pula. Rakyat adalah segalanya untuk setiap pemimpin. Jadi pemimpin perlulah memainkan peranan mereka.


bantulah penduduk kampung ini dengan membawa masalah mereka ke muka pengadilan.. jabatan tanah negeri Sabah memang terlalu kejam. tanah family saya yang sudah bertahun2 diusahakan dengan tanaman kelapa sawit juga bakal dirampas tidak lama lagi..


Diharapkan rakyat akan mendapatkan balik hak tanah mereka.


Kembalikan hak mereka. Pasti ada penyelewengan yang berlaku!


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails