SUARA BEBAS TUARAN

Laman Sosial Dan Blog, Sebaran Cerita Karut?


Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran, berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memberikan mandat dan akan meneruskan misi ‘Tradisi Membela Rakyat‘ dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira anutan agama, sukukaum mahupun ideologi politik.
  • Justeru itu, RAKYAT di kawasan-kawasan luar bandar dinasihatkan tidak terpengaruh dengan propaganda pihak tidak bertanggungjawab mengelirukan pemikiran rakyat yang menyebarkan pelbagai fitnah dan cerita karut marut memburukkan kerajaan melalui internet, laman-laman sosial dan blog.
  • Nasir menegaskan, sekiranya ada sebarang permasalahan atau ketidakpuasan hati mahupun syak wasangka terhadap sesuatu isu hendaklah diselesaikan secara baik dan perundingan serta melalui saluran yang betul supaya ianya tidak menimbulkan fitnah.
  • Beliau menambah, perbuatan ikut-ikutan dengan menyebar fitnah terhadap kerajaan adalah perbuatan yang tidak baik sebaliknya akan merugikan diri sendiri.
Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Senallang, menegaskan semua rakyat hendaklah mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat melalui pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan dan tidak mudah percaya dengan khabar angin yang sering memburukkan nama pemimpin dan kerajaan melalui laman maya.
Nasir menjelaskan, sepatutnya kemudahan yang disediakan oleh laman maya dimanfaatkan menimba ilmu dan pengetahuan bukannya sebagai wadah mencaci maki dan memburukkan nama seseorang individu atau pemimpin.
Sumber: NST
13 comments:

Setuju dengan kenyataan Nasir bahawa kalau ada masalah, suarakan dgn guna saluran yg betul...jgn la nak berhimpun la, tunjuk perasaan la...

kesian dgn orang2 yg tidak terlibat, mereka pun mengalami kesusahan juga....


rakyat tidak sepatutnya mempercayai terus apa2 yang disebarkan melalui internet,laman-laman sosial dan blog. perlu nilaikan secara bijak.


Sebab itulah rakyat jangan terpedaya dengan segala cerita yang lemparkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Mereka-reka cerita hanya akan menyebabkan kekecohan dan bukan menyelesaikan masalah.


Better to not easily believe what u have read in any blogs or social network.


Be sure to judge wisely in whatever you read.


setiap individu perlu bijak dalam menilai sesuatu pekara...


Rasanya wakil rakyat atau pemimpin berusaha dari hari ke hari untuk membantu penduduk. Tidak akan pernah lupa dengan tanggungjawab mereka. Tapi apa-apa permohonan mesti ada prosudernya.


laman2 sosial dan blog2 jgnlah kita salah guna untuk menyebarkan cerita yang tidak baik.


Orang yang suka buat fitnah di laman sosial dan blog tu kena hati2. Jangan sampai kena tindakan, baru nak insaf.


Rakyat harus bijak menilai. Gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat anda. Rasional, bukan emosional.


ada baiknya jika pemimpin2 masyarakat tempatan ini kerap turun padang berinteraksi dengan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka sekaligus menepis semua fitnah2 dari pihak tertentu.


The people must learn how to differentiate right and wrong.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails