
Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa. Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.- “Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.
- Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.
Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka Menurut diplomat tersebut, langkah itu sensitif tetapi mereka sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau PRU13 akan datang, selaras dengan misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.
- Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.
- Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.
Seorang diplomat EU berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.“Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka,” katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu. Dijangka PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.



July 25, 2011 9:30 AM
Nampaknya ada pihak yang sudah tidak sabar untuk mengadakan pilihanraya. Nampaknya mereka sudah cukup sedia.
July 25, 2011 9:31 AM
Semoga berjaya. Pastikan rakyat memilih parti yang boleh memimpin dan memberikan segala kebaikkan kepada seluruh rakyat di Malaysia.
July 25, 2011 10:39 AM
rasanya ada baiknya juga kalau ada pihak pemerhati dari luar sewaktu PRU-13 nanti.
July 25, 2011 10:41 AM
semoga pilihanraya akan datang akan memuaskan hati kedua-dua pihak mahupun rakyat keseluruhannya.
July 25, 2011 3:18 PM
Mungkin dengan adanya pemerhati dari luar akan dapat meyakinkan rakyat terhadap sistem p/raya di negara kita. Dengan harapan keputusan yang telus dan adil dapat dicapai.
July 25, 2011 3:23 PM
Rakyat semakin hilang kepercayaan terhahap kewibawaan SPR. Campur tangan asing merupakan salah satu alternatif yang mungkin boleh diguna pakai untuk memastikan sistem p/raya berjalan dengan lacar.
July 25, 2011 3:26 PM
apa yang perlu, kena pastikan piliharaya dijalankan dgn adil.
July 25, 2011 11:52 PM
I just hope the election will be clean and fair.
July 26, 2011 8:54 AM
Bagsulah jika demikian. EU mahu menghantar diplomat mereka untuk memantau PRU13 ini. Apa pun kita tunggu saja perbincangan mereka bersama dengan kerajaan kita.
July 27, 2011 10:50 AM
baik hantar terus kumpulan pemerhati ke Malaysia..
July 29, 2011 9:48 AM
Betulkah EU akan menghantar pemerhati mereka bila pilihan raya Malaysia?
Post a Comment