SUARA BEBAS TUARAN

Tragedi Perhimpunan Haram Berseh 2.0 Mengancam Kerajaan BN - Marina

Labels:

Sekali lagi kita berpeluang menghayati pandangan anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir(foto kanan) berhubung tragedi perhimpunan haram berseh 2.0 yang telah menguriskan titik hitam dalam sejarah negara kita.
Marina yang telah mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. bersama anak dan rakan-rakannya, berkata
BN kini berada dalam kedudukan panik dan merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi.

  • Menurut Marina, mereka mulakan perhimpunan ditapak yang berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.
  • Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.
  • “Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.
  • “Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.
  • “Mungkin penyokong beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.
  • “Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.
  • “Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.
  • “Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Sumber: Agensi
11 comments:

Kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk memikat kembali hati rakyat yang terluka dengan tindakan segelintir pemimpin Umno.


Namun walau apapun alasan perhimpunan ini tetap sahaja ianya bukan cara yang baik dan tidak harus dicontohi. Hanya kerana mereka ramai rakyat secara tidak langsung terlibat sama. Keadaan jalan raya yang sesak menganggu penguna jalan raya lain. Dari segi lain mereka yang mengadakan perhimpunan ini hanya pentingkan diri mereka sendiri.


kita lihat PRU-13 samada BN kehilangan banyak undi atau sebaliknya.


isu bersih ni telah menimbulkan pelbagai pendapat dan reaksi. apa yang penting sekarang ni semua pihak harus berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik.


Kerajaan harus menangani masalah ini dengan bijak dan seadil-adilnya. Hati rakyat perlu dijaga kerana undian di tangan mereka. Jika kerajaan tidak telus dalam sistem mereka, PRU 13 nanti mungkin akan melihat suatu perubahan senario politik yang besar.


Rakyat sememangnya mudah terpengaruh. Permainan politik ini amat licik. Bersih itu sendiri belum tentu 100% Bersih. Apatah lagi pihak pembangkang yang sudah pasti akan mengambil peluang ini untuk meraih sokongan daripada orang ramai.


mengadakan perhimpunan jalanan bukan cara kita.


Mereka yang terluka mungkin hanya mereka yang berpihak kepada Pembangkang saja. Rakyat sendiri boleh memikirkan perkara ini sendiri.


Different people different opinion.


We will only know when GE13 comes.


disebalik yang menyokong, ramai juga yang membantah penganjuran perhimpunan ini. banyak maklumat2 yang kita boleh perolehi di internet samada dari pihak pembangkang mahupun BN. oleh itu dengan adanya maklumat2 ini rakyat boleh buat penilaian atau pertimbangan sebelum memutuskan siapa yang patut mereka undi dalam PRU akan datang.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails