SUARA BEBAS TUARAN

Wanita Malaysia Kedudukan Ke 16 Tertekan Di Dunia


Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.
Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.
  • Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.
  • Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertinggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).
Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.
Sumber: BERNAMA
7 comments:

satu kedudukan yang tidak membanggakan buat wanita di Malaysia. sebaiknya semua wanita harus pandai mengawal emosi dan tekanan yang dihadapi samada di rumah ataupun di tempat kerja.


How are the pressure levels measured?s


memang sukar untuk mengelakkan tekanan kerana ia disebabkan oleh pelbagai faktor. disebabkan itulah setiap individu perlu pandai mencari cara untuk mengurangkan tekanan.


golongan wanita kena pandai mengawal emosi mereka. janganlah terlalu tertekan.


Kepada Wanita se Malaysia..Kuatkan semangat anda untuk menghadapi segala dugaan.


cuba buat pula kajian bagaimana tahap tekanan kaum lelaki di Malaysia..


Whatever is it, woman must learn to control their emotions and pressure. Don't let it get to u.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails