Menurut portal berita 'free malaysia today (fmt)', PAS terus menerus membongkar mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan warga asing sebagai pemilih berdaftar untuk pihak tertentu dalam pilihan raya umum akan datang.
Kali ini PAS mendakwa 264 warga Kemboja telah didaftar sebagai pengundi hantu di negeri Terengganu.
“Seramai 44 orang daripadanya tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut(photo kanan).- Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.
Abdul Wahid berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 warga asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.- Katanya, dari jumlah itu, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.
- “Dan kita mahu SPR siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan Umno dan Barisan Nasional
- Sebelum ini ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu itu mendakwa, taktik yang sama digunakan dalam pilihan raya umum 2004 sehingga BN merampas semula kerajaan negeri dari PAS.
- Pada pilihan raya umum itu, BN menang 28 dari 32 kerusi DUN, manakala pada pilihan raya 1999 PAS menang 28 dari 32 kerusi.
Sejauhmana kah kesahihan lapuran yang di buat oleh PAS mengenai warga asing dari Kemboja atau pun warga asing dari lain negara yang didaftarkan sebagai pengundi dalam Pilihan Raya akan datang, kita pun kurang pasti.
Benar atau pun tidak nya pembokaran yang dibuat oleh PAS ini, pasti nya akan kita tahu tidak lama lagi. Kerana berita hangat saperti ini, tidak akan terhenti disini.
Walau macam-mana pun, isu melayakkan warga asing untuk mengundi di negara kita ini, tidak sepatut nya timbul sama sekali. Kerana hal-hal saperti ini bukan sahaja menimbulkan kesangsian dikalangan rakyat Malaysia, mala negara luar juga akan memerhati kita dari sudut yang kurang menyenangkan. Justeru, mempersoal kredibiliti, integriti dan ketelusan SPR negara kita.
Sebagai contoh, baru-baru ini negara-negara barat saperti EU, secara langsung bercadang untuk menghantar pemerhati ketika pilihan raya umum di adakan tidak lama lagi. Kerana kata mereka tata-cara SPR negara kita, mengelirukan.
Sebagai seorang bekas Pegawai Pengurus Pilihan Raya, saya tidak terfikir pun hal-hal saperti ini boleh terjadi. Kerana sebelum Pilihan Raya diadakan, kami telah berusaha sebaik mungkin, memastikan agar perkara yang tidak diingini saperti yang ditimbulkan oleh PAS itu, tidak berlaku pada hari pengundian .
Memang tidak dapat dinafikan, tugas untuk memastikan kredibiliti pengundi yang berdaftar dan layak mengundi memuaskan sememang nya mencabar.
Sehinggakan secara peribadi, saya memastikan semua ketua tempat mengundi pekah dengan hal-hal yang meragukan. - Dan sekira nya hal tersebut timbul, saya mengarah mereka untuk menghubugi saya dalam kadar yang segera untuk tindakan selanjut nya. Saperti melapur kepada Ibu Pejabat SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran dan juga Jabatan Imigeren jika kira nya perlu.
- Syukor, kerana kami bernasib baik, tidak mengelami hal-hal yang menyusahkan.
Sebagai pengesahan bahawa tugas-tugas kami ada lah telus, kemenangan jatuh ditangan pembangkang(PBS) dengan mengalahkan calon BN(UPKO), berdasarkan ‘ undian popular’. Maksud nya rakyat memilih calon yang mereka minat.
Harapan kita, agar isu yang ditimbulkan oleh PAS, dapat diselesaikan dengan segera, agar ia nya tidak menhantui proses Pilihan Raya Umum kita dimasa akan datang nanti.



August 12, 2011 9:47 AM
sekarang ini byk dakwaan mengenai pendaftaran pengundi hantu. hal ini tak harus berlalu. SPR kena semak dan kemaskini daftar pemilih bagi memastikan tiada berlaku pertindihan identiti pengundi. kena selaraskan data antara SPR dan JPN.
August 12, 2011 10:22 AM
sebaiknya jika pekara ini disiasat untuk mengetahui kesahihannya dan apa yang sebenarnya berlaku. komitmen daripada semua pihak penting agar memastikan pilihanraya berlangsung dengan seadilnya.
August 12, 2011 1:29 PM
Dakwaan2 seperti ini harus disiasat dan SPR tidak boleh berdiam diri. Jika mereka telus dalam menjalankan tugas, maka tiada masalah untuk mereka tampil memberi penjelasan. Berani kerana benar, takut kerana salah. JPN dan SPR kena bekerjasama dan sentiasa mengemaskini data sistem maklumat mereka. Masalah pertindihan identiti, pengundi hantu etc tidak boleh dibiarkan begitu saja.
August 12, 2011 1:37 PM
Ketelusan SPR dalam mengendalikan sistem p/raya di negara kita diragui oleh rakyat. Ditambah lagi dengan dakwaan2 negatif seolah-olah mengukuhkan lagi keraguan itu. Siapa yang benar, siapa yang salah, kita tak tahu melainkan mereka yang terlibat dalam perkara itu. Rakyat cuma mengharapkan p/raya yang akan datang dan seterusnya dijalankan seadil-adilnya tanpa konspirasi pihak2 tertentu.
August 13, 2011 9:02 AM
PAS semakin bimbang sekarang sehinggakan mereka memainkan isu mengenai pengundi hantu dimana tempat pun seperti Selangor dan Terengganu.
August 15, 2011 9:22 AM
kes Mismah sudah dijawab sendiri oleh empunya MyKad dan beliau sendiri mengatakan pihak pembangkang tidak berusaha mencari kebenaran sebelum membuat tuduhan.
kes Kg Baru, setelah disemak melalui laman web SPR, menunjukkan nama pemiliknya ialah Noraini Binti Abdullah.. bukannya kg Baru..
sekarang ada lagi tuduhan kononnya 264 warga Kemboja telah didaftar sebagai pengundi hantu.. kalau boleh dedahkan semua identiti mereka..
August 15, 2011 11:50 AM
Harap pembongkaran daripada PAS ini akan mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan memberhentikan perbuatan mendaftar orang luar sebagai pengundi.
August 15, 2011 11:54 AM
Harap pilihan raya kita boleh menunjukkan kemahuan rakyat dan bukan kemahuan warga asing.
Post a Comment