SUARA BEBAS TUARAN

Bandar Raya Kota Kinabalu Di Cemari Kutu Rayau?


Walau pun populasi metropolitan seramai 900,000 orang, Bandar Raya Kota Kinabalu ada lah salah satu Bandar Raya di Malaysia, yang maseh memberi tarikan pelawat mahu pun dari dalam dan luar negeri.
Kita jarang melihat atau pun mendengar jenayah sapertimana yang sering kali berlaku di bandar-bandar besar di Malaysia ini.
Dalam tempat yang sama, kita juga jarang melihat para ‘peminta sedekah’ yang megheningkan keadaan saperti yang kadang kali terdapat di Kuala Lumpur atau pun Kota - Kota Raya di negara ASEAN saperti metro manila, Filipina dan Jakarta, Indonesia.
  • Ketenangan ketika bersiar-siar di sepanjang waterfront ini tentunya cukup mendamaikan. Paranormal juga sangat mempesonakan lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan petang sehinggalah melewati ke waktu senja. Ditambah pula dengan tiupan bayunya yang begitu lembut membuai-buai sangat menyegarkan.
  • Antara lokasi yang selalu menjadi tarikan ialah di persisiran pantai Jalan Tun Fuad Stephen iaitu berdekatan dengan Hotel Hyatt Regency dan tidak jauh dari tempat membeli belah.
Malang nya dalam keriahan terasa, kita di kejutkan oleh kehadiran 'Kutu Rayau' yang sering menghuni kawasan kaki lima bangunan di sekitar bandaraya sebagai ‘kediaman’ mereka sepanjang masa. Keadaan itu bukan sahaja menggangu ketenteram pengunjung untuk bersiar-siar sambil membelih belah. Namun, ia menjejaskan imej bandaraya, disamping mengundang pelbagai persepsi negatif di kalangan pelancong asing.
  • Menurut Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai, operasi menangani masalah kutu rayau ini Memang sering dilakukan oleh penguatkuasa DBKK beberapa agensi keselamatan, kutu rayau tetap berdegil.
  • Dalam operasi jam 10.30 malam baru-baru ini, 32 kutu rayau terdiri daripada 21 lelaki dan 11 perempuan berjaya diberkas. Pemeriksaan mendapati tujuh daripada mereka iaitu tiga lelaki, masing-masing dua perempuan dan kanak-kanak adalah warga asing tanpa pas lawatan dan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara di Menggatal.
  • Seorang kutu rayau ditemui, Sabran Manjai, 60, mendakwa berasal dari Sandakan mengaku terpaksa tidur di kaki lima akibat ditipu rakan.
  • “Sudah satu minggu saya tidur di jejantas Segama dan hanya mengharapkan ihsan restoran berhampiran untuk mengalas perut.
  • “Saya bukannya tidak mahu hidup normal seperti orang lain, namun saya tidak mampu,” katanya.
Entah sampai bila situasi yang melibatkan kutu rayau ini berakhir, kita hanya sekadar menunggu tindakan DBKK dan agensi keselamatan yang lain (Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, dan Ikatan Relawan Rakyat) untuk merubahkan keadaan di Bandar Raya Kota Kinabalu.
Sumber: Utusan Borneo, photo - Agensi

14 comments:

Memang kutu raya tidak sepatutnya berada di KK. DBKK harus teruskan operasi menangkap kutu raya.


Sebelum habis membaca artikel ini memang sudah dijangka kan itu pasti adalah PTI. Namun ada juga terselit seorang penduuduk tempatan. Kepada penduduk tempatan itu bolehlah mula mencari saudara-mara yang boleh membantu beliau.


Menjejaskan imej bandar raya.


kutu rayau memang boleh menjejaskan imej Bandarraya Kota kinabalu. harap usaha secara berterusan dilakukan agar isu kutu rayau ini dapat diatasi.


kutu2 rayau ni mmg menjejas dan mencemarkan imej bandaraya kita. mereka tak harus memilih untuk menjadi kutu rayau, gunakanlah kudrat yang ada untuk mencari rezeki dan kehidupan dgn cara yang lebih baik daripada menjadi kutu rayau.


kutu rayau ni bukan saja merosakkan imej bandaraya malah orang yang lalu lalang pun takut pula bila nampak mereka dengan keadaan yang tidak terurus dan tidur di merata2. sama juga kesnya dengan pengemis2 jalanan.


Sekarang pandangan Bandar Raya Kota Kinabalu dicemari oleh kutu rayau dan kebanyakannya adalah warga asing. Apa tiada diambil untuk mengatasi masalah ini? Jika dibiarkan berterusan kelak akan membawa lebih banyak kesan negatif.


Setuju dengan antap. Selagi fizikal badan sihat sempurna, berusahalah mencari pekerjaan yang halal. Sedangkan mereka yang cacat anggota pun boleh berusaha, inikan pula yang tiada cacat cela. Menjadi kutu rayau atau mengemis bukanlah satu opsyen untuk menutup kelemahan diri.


kehadiran kutu rayau menjejaskan imej KK dan sabah..perkara ini harus diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan.


pihak DBKK sering melaksanakan operasi membasmi kutu rayau namun masih lagi ada kutu rayau yang berdegil..
kerjasama dari pihak2 berkenaan seperti JKM, imigresen adalah perlu untuk mennangani perkara ini..


Sekarang ini kita cuma berharap kepada pihak yang tertentu menangani masalah kutu rayau ini. Rasanya mereka memang tidak salah tapi untuk menjaga keindahan permandangan kita perkara ini perlulah dibersihkan. Kutu rayau ini merosakkan pemandangan pelancong luar dan dalam negara. Jadi jika ini berterusan apa pandangan orang lain terhadap bandaraya kita ini.


kalau soal saman, dbkk boleh keluarkan saman kepada beratus kenderaan dalam sehari.. tapi masalah kutu rayau dan peminta sedekah yang mana jumlahnya tidaklah terlalu ramai, sampai sekarang masih wujud di bandaraya KK.


Bukan senang menyelesaikan masalah kutu rayau. Kebanyakan mereka tidak mempunyai keluarga mahupun bumbung di atas kepala. Di mana lagi mereka boleh pergi? Kecuali kerajaan boleh menetapkan mereka pada pusat penjagaan yang sesuai.


Mereka harus berusaha, bukan hanya meminta kesian..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails