SUARA BEBAS TUARAN

BN Wajib Cari Formula Selesai Isu Tanah Adat-Maximus

Labels:

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. yang juga Timbalan Presiden PBS, berkata partinya telah menerima banyak aduan daripada penduduk pribumi dari seluruh Sabah bahawa tanah adat mereka diceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendakwa mendapat kebenaran kerajaan negeri untuk membangunkan semula kawasan berkenaan.
  • Beliau berkata adalah tidak adil sama sekali dan mencekik darah apabila syarikat besar, yang mendapatkan kelulusan tanah sementara, menggunakan jentolak untuk meratakan tanah yang diusahakan oleh penduduk secara turun-temurun.
  • "Isu ini boleh mengakibatkan rasa tidak puas hati serta boleh mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk kampung," kata Ongkili.
  • Katanya baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju bahawa 1,000 keluarga yang terjejas di 35 kampung di Kota Marudu yang mempunyai tuntutan bertindih dengan Safoda dan Begaraya, masing-masing diberikan tanah seluas 20 ekar.
  • Justeru, belau meminta Jabatan Hasil Bumi dan Jabatan Tanah dan Ukur mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan tuntutan tanah adat tersebut," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Banggi, baru-baru ini.
Dalam isu yang semakin bertambah rumit ini, Barisan Nasional (BN) perlu terus berusaha mencari penyelesaian terhadap isu tuntutan tanah adat oleh penduduk di Sabah, kata Beliau berkata ketika daerah Kota Marudu sedang menyelesaikan tuntutan tanah bertindih yang sudah berlarutan dan masalah yang tidak ada kesudahannya.
Demekian juga yang berlaku juga di kawasan jiran Pitas; apabila penduduk kampung menuntut tanah mereka yang sedang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (Safoda) dan Begaraya Sdn Bhd.

Maximus yakin BN mempunyai formula dan keupayaan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Sumber: BERNAMA
22 comments:

Isu tanah adat adalah salah satu masalah yang dihadapi orang asli sejak dulu lagi. Harap kerajaan akan memastikan bahawa hak tanah NCR sentiasa dijaga.


Saya nampak ada beberapa golongan minoriti yang berjaya mendapatkan balik hak tanah mereka dengan membawa perkara ini kepada mahkamah. Masih ada harapan lagi untuk mereka yang hilang hak pemilikan tanah.


isu tanah adat menjadi isu hangat pada masa kini. tanah yang sepatutnya menjadi milik rakyat tak harus dirampas. hal ini harus dibawa ke muka pengadilan.


isu tanah adat ni kebanyakannya berlaku di Sabah. bagaimana begitu mudah tanah adat ini boleh jatuh ke tangan pihak luar?


penduduk peribumi/orang asal ramai yang buta undang2. memohon geran tanah pun agak sukar untuk lulus.kena tunggu bertahun2.


Kita mesti mencari penyebab kepada masalah ini. Isu ini harus diselesaikan dengan segera.


Semoga yang benar akan dibantu dan masalah ini tidak akan lagi berlaku.


Semua mengharapkan isu ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak agar pelbagai penyelesaian akan dapat dipertimbangkan.


penyelesaian terhadap isu tanah adat perlu dicari agar hak dan kepentingan semua terutamanya penduduk dapat dijaga dengan sebaiknya.


Mungkin isu ini tidak akan timbul kalau bukan kerana masalah birokrasi dan rasuah..


Pemegang geran tanah pun perlu beri kerjasama dengan mengemaskini sentiasa maklumat jika ada perubahan. Adalah lebih baik jika Jabatan Tanah dan Ukur mempunyai laman webnya sendiri agar lebih mudah diakses.


penyelesaian terhadap isu tuntutan tanah di sabah harus diusahakan segera..


yakin kerajaan BN sabah dapat mencari formula penyelesaian terhadap isu tanah di sabah.


Isu yang berkaitan dengan tanah harus diberi perhatian serius. Jangan biarkan native rasa terpinggir.


Pastikan tanah rakyat tak dirampas. Jika itu memang hak rakyat, janganlah mana2 pihak mengeruhkan keadaan.


Saya yakin BN pasti akan cari jalan penyelesaian. Kalau tak, susahlah nanti bila kepercayaan rakyat makin pudar.


Apapun, sama2lah kita harapkan agar hal ini mendapat perhatian sewajarnya.


jabatan tanah negeri Sabah tidak cekap dan tidak jujur dalam melaksanakan tugas mereka.. patutnya jabatan ini digantikan dengan pegawai2 baru..


Baguslah kalau pemimpin Sabah bersuara untuk menangani isu tanah adat penduduk Sabah ini.


Betul.. Sampai bila penduduk menghadapi masalah rampasan tanah ini berlaku? Kerajaan perlulah mencari cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah sebegini.


Mungkin sdra-sdri tidak tahu, bahawa Jabatan Tanah Dan Ukur(JTU) tidak di beri kuasa meluluskan permohonan tanah yang luas untuk tujuan peladangan dan pertanian.

Kuasa untuk itu, hanya terletak ditangan Ketua Menteri selaku pengurusi jawatankuasa penggunan tanah negeri(LUC).
So dalam isu ini, kalau lah KM telus dan serius menangai hal ini, beliau dan Pengarah JTU harus turun padang demi duntuk mengenalpasti keadaan yang sebenarnya. Dan selesaikan.

Dalam isu ini juga, pembangkang tidak perlu dipersalahkan kerana Dr Maximus ada lah dari parti komponen BN.


Formula yang baik untuk menyelesaikan isu tanah adat supaya hak rakyat boleh dipertahankan adalah diperlukan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails