SUARA BEBAS TUARAN

Borneo Samudra Di Sabah, Sekejam Yahudi?

Labels:

Baru sekejap tadi, saya postkan satu berita dalam blog Solymone (versi Bahasa Inggeris) mengenai kekejaman kerajaan Israel merampas tanah penduduk Palestine untuk kegunaan penduduknya dari puak Yahudi.
Tidak lama kemudian nya, saya terbaca berita paparan portal SabahKini, menyatakan bahawa hak seramai 500 orang penduduk Sungai Pin terletak didaerah Kinabatangan telah dizalimi oleh Borneo Samudera Sdn. Bhd (anak syarikat kerajaan negeri).
Isu ini menarik, kerana sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak berita yang menceritakan kes rampasan tanah adat oleh syarikat luar di negeri Sabah ini.
  • Selanjutnya menurut mantan Ketua Daerah, Kawasan Kota Kinabatangan, OKK Haji Ahdah Sulaiman, nasib Anak Negeri di Kinabatangan, terutama pemilik tanah adat di Sungai Pin lebih malang daripada penduduk Palestine di Tebing Barat yang dihambat oleh penjarah Yahudi; kerana mereka dihalau secara kejam oleh Borneo Samudera Sdn.Bhd.
  • Haji Ahdah menyatakan bahawa mereka Pernah memohon tanah dikawasan tersebut. Namun ia nya ditolak pada 1995 dengan alasan kawasan yang dipohon telah diwartakan untuk Konservasi Hidupan Liar.
  • Dalam pada itu, dikatakan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pernah memutuskan bahawa penduduk kawasan Sungai Pin Kinabatangan masih mempunyai Hak Tanah Adat (Customary Right).
  • Sejurus selepas itu, Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) memutuskan untuk menyerah tanah dikawasan tersebut kepada Borneo Samudera Sdn.Bhd, kata Haji Ahdah.
Justeru, Haji Ahdah meluahkan kesedaran bahawa tidak ada gunanya mereka terus menyokong Adun Sukau, Adun Kuamut dan Ahli Parlimen Kinabatangan kerana mereka gagal memperjuangkan Hak Anak Negeri Sabah, sebagaimana ketegasan Datuk Raimi Unggi dan Tan Sri Joseph Kurup dari pendalaman Sabah, yang dikatakan memperjuang hak rakyat sehingga berjaya memperoleh Geran Komunal di kawasan Hutan Simpan Kelas 1.
  • "Perampasan Hak Tanah Adat yang kami usahakan ini adalah kezaliman secara terang-terangan kedua Adun dan Ahli Parlimen yang gagal membela kepentingan Anak Negeri, sedangkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Panglima Musa Aman mengutamakan Hak Anak Negeri; apatah lagi syarikat berkenaan boleh diberi kawasan lain yang lebih luas," kata Haji Ahdah.
Apa yang menarik disini, Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mendakwa, tanah berkenaan dipohon dan dimiliki oleh Borneo Samudera sejak lebih 10 tahun lalu. Kira-kira 4,000 ekar daripadanya sudah dimajukan syarikat itu.
Sebagai kesimpulan, tiada salah nya; isu saperti ini di siasat dan ditangani sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Kerana kuasa dan keputusan mutlak untuk mengekalkan integriti kerajaan, terletak ditangan beliau sendiri.
Sumber: Agensi, SabahKini, NST
12 comments:

jika nak disamakan dgn sekejam yahudi tak juga sama, yahudi merampas tanah palestin dgn gunakan kekasaran dan membunuh penduduk palestin.

dikatakan tanah berkenaan dipohon dan dimiliki oleh Borneo Samudera sejak lebih 10 tahun lalu. Kira-kira 4,000 ekar daripadanya sudah dimajukan syarikat itu. persoalannya, apakah status sebenar tanah tersebut. adakah ia benar2 tanah adat atau tanah milik syarikat tersebut?


pekara ini perlu diselidiki untuk mengetahui apa yang berlaku. harap pekara ini akan diselesaikan dengan sebaiknya dan kepentingan penduduk dan semua pihak harus diambilkira.


tidak perlulah menyamakan isu ini dengan kekejaman yahudi sebab kekejaman yang dimaksudkan adalah berbeza..janganlah menyedapkan cerita dengan perkara2/fakta2 yang tidak berkaitan kerana akan mengelirukan rakyat.


sepatutnya pihak berkenaan harus memfailkan tuntutan mereka di muka pengadilan..mensensasikan cerita saja tidak akan membawa kepada penyelesaian.


apa pun, mungkin siasatan perlu dilakukan bagi menjelaskan hal yang sebenarnya..kadang2 isu seperti ini sengaja ditimbulkan untuk tujuan2 tertentu..


mungkin KM sabah perlu campur tangan dalam hal ini agar memuaskan hati semua pihak..yang pasti kerajaan negeri tidak akan membelakangkan kepentingan rakyat.


Bahaya tajuk artikel ni. hehhe


Tapi sebelum kita melontarkan kemarahan, rasanya hal ini perlu disiasat terlebih dahulu. Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.


Sebaiknya CM campur tangan dalam hal ini. At least nampak juga keprihatinan kerajaan terhadap maslaah yang timbul.


Dalam kes seperti ini, kita perlu memastikan satu perkara: Sama ada tanah tersebut betul-betul tanah orang asli? Ada kebanyakan masa tiada bukti bahawa tanah itu kepunyaan mereka, namun isu seperti ini masih timbul.


Jika betul tanah itu kepunyaan mereka, mereka seharusnya memiliki geran dan dokumen-dokumen sah. Mereka boleh menggunakan dokumen seperti ini untuk mendakwa syarikat yang merampas tanah mereka. Jika tiada dokumen, macam mana mereka boleh buktikan bahawa tanah itu kepunyaan mereka? Betul tak?


kalau betul itu tanah NCR, gunalah saluran mahkamah dan minta pertolongan dari pemimpin2 Pakatan yang sebelum ini berjaya menyelesaikan beberapa masalah tanah di negeri ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails