Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku bertajuk “Islam Evil in The Name of God” kerana mengandungi fakta penceritaan yang palsu.Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Aziz Mohamed Nor, berkata fakta penceritaan yang terkandung dalam buku itu palsu semata-mata khususnya yang melibatkan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dan kesucian agama Islam.
“Penerbitan ini nyata sebahagian daripada propaganda anti Islam untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan Islam supaya membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam.
“Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.- Beliau berkata pewartaan perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan adalah menjadi satu kesalahan menurut subsyeksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya ada pihak yang mencetak, menerbit dan seumpamanya terhadap buku tersebut.
- Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Sumber:BERNAMA



August 3, 2011 8:55 AM
Musim sekolah asrama dulu, buku tentang mualaf dan fahaman salah tentang Kristian disebarkan kepada pelajar. Bagaimana buku seperti ini boleh dicetak dan diberi kepada pelajar? Tindakan seperti ini hanya mengundang impak yang negatif. Kesal dengan sikap segelintir pihak (tidak kira agama apa) yang cuba membatu apikan mereka yang berlainan agama. Kita sepatutnya mengamalkan toleransi dan saling hormat-mengkormati.
August 3, 2011 9:10 AM
mmg patut buku2 yang menimbulkan kekeliruan seperti ini dilarang.
August 3, 2011 9:34 AM
jika benar terdapat fakta penceritaan yang terkandung adalah palsu maka langkah yang diambil adalah wajar.
August 3, 2011 10:13 AM
perkara berkaitan agama memang sensitif. jadi, harap2 larangan penerbitan buku ini dapat dipatuhi oleh semua pihak.
August 3, 2011 1:58 PM
Janganlah kamu mudah percaya dengan apa yang disampaikan oleh mana-mana pihak yang tidak diketahui asal usulnya. Ini akan mengundang kepada kebinasaan kepada diri kita sendiri.
August 3, 2011 2:00 PM
Janganlah kamu mudah percaya dengan apa yang disampaikan oleh mana-mana pihak yang tidak diketahui asal usulnya. Ini akan mengundang kepada kebinasaan kepada diri kita sendiri.
August 3, 2011 10:44 PM
Memang tidak bolehlah membuat begitu. Kita kena menghormati agama lain.
August 4, 2011 1:49 PM
mana2 buku yang memberi gambaran buruk kepada mana2 agama di negara ini mesti dihalang dan disekat. bukan sahaja agama Islam, malah agama lain juga sering menjadi mangsa. oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan melindungi rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama dari termakan hasutan pihak tertentu yang tentunya berniat jahat..
August 8, 2011 10:09 AM
Hormat menghormati sesama. Isu agama tidak akan timbul.
August 8, 2011 10:27 AM
Harus ada persetujuan antara dua pihak bagi mengelak berlakunya salah faham.
Post a Comment