SUARA BEBAS TUARAN

Insiden JAIS Serbu Gereja Methodist Mengundang 1001 Persoalan?


Nampak nya kes JAIS mencerobohi gereja Methodist di Selangor baru-baru ini maseh belum selesai. Mala in nya telah mengundang banyak persoalan dari berbagai pehak.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee(gambar kanan) di portal berita Malaysian Insider yang menyatakan bahawa berdasarkan fakta-fakta insiden pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiada asas untuk bertindak terhadap Gereja Methodist Damansara Utama.
  • Melalui beberapa enakmen perundangan Selangor, Cee Wee menjelaskan bahawa JAIS mempunyai bidang kuasa yang luas untuk bertindak terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu.
  • Bagaimanapun, beliau menegaskan menurut fakta-fakta yang wujud pada insiden tersebut, tiada asas untuk JAIS ‘menyerbu’ gereja yang terletak di Petaling Jaya itu.
  • Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim(gambar kanan) merasa kesal dengan kejadian tersebut. Beliau kesal kerana tindakan boleh menjatuhkan maruah JAIS sekali gus maruah Islam yang tidak bijak sana dalam tindakan. Demi menyelamatkan keadaan beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
Merujuk kepada kenyataan Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali(gambar kiri), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada malam tersebut. Hal ini kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
  • Pemeriksaan itu merujuk kepada maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam untuk majlis berbuka puasa di gereja berkenaan. Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam dalam majlis tersebut.
  • Persoalannya apakah niat asal majlis makan malam itu? Kenapa diadakan di gereja? Siapa yang menganjur majlis tersebut? Salahkah orang Islam masuk gereja? Apakah apabila orang Islam masuk gereja boleh dicap sebagai terpengaruh dengan Kristian?
  • Cuma persoalannya apakah orang Islam yang masuk ke gereja itu atas tujuan berbuka puasa kononnya melakukan solat Maghrib. Kalau tidak solat Maghrib bagaimana puasanya, benarkah mereka orang Islam?
  • Kalau begitu kedudukannya ada dua pihak yang bersalah; individu berkenaan cuai dalam mengamalkan ajaran Islam; ibu bapa dan juga ulama gagal memberi didikan Islam sebenar kepada mereka hingga tersesat dari landasan sebenar.
  • Sepatutnya dalam kes ini penguatkuasa JAIS tidak terlibat dalam serbuan pada hari tersebut. Malah tidak perlu hadir ke gereja atas nama jabatan. Hal ini kerana kehadiran atas nama jabatan mewakili kerajaan. Walaupun mereka itu datang sekadar melihat majlis tersebut akan disalah tafsirkan sebagai serbuan. Walaupun tiada tangkapan dibuat, kehadirannya boleh disensasikan.
  • Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin membidas Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, untuk kembali ke ‘sekolah’ dan belajar semula mengenai Perlembagaan Persekutuan.
  • Menurut Zulkifli, artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan mengenai kebebasan beragama di Malaysia dan menyebut bahawa ‘Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam’.
Dalam kes yang begini sensitive lagi serius, ada yang berpendapat bahawa jalan penyelesaian, JAIS perlu serius dalam kerja dakwah, mendidik orang Islam terutama mereka yang goyah imannya. Pada masa yang sama jiran atau kawan perlu bantu membetulkan keadaan. Jika tidak mampu, maklumkan kepada pihak berkuasa atau ulama, semoga dengan itu mereka boleh diselamatkan daripada tersesat.
Sumber: Agensi,Ust.Ahmad Baei Jaafar
6 comments:

hrap hal ini akan selesai.


isu sensetif seperti ini perlu diselesaikan dengan sebaiknya..


isu berhubung dengan agama harus ditangani dengan sebaiknya. diharap isu ini tidak mempengaruhi hubungan masyarakat Islam dan Kristian.


Mungkin jika ingin membuat serbuan haruslah berbincang dengan pihak mereka yang boleh diharap. Sekarang apa sudah jadi? Bukankah memalukan agama Islam. Kerajaan Selangor PAS nampaknya telah bertindak dengan cara yang salah.


Khalid sudah memohon maaf daripada pastor gereja tersebut. Kita harap perkara seperti ini tidak akan diulangi lagi.


isu2 seperti ini tidak perlu disensasikan. dan tidak perlu ada mana2 pihak terutamanya ahli2 politik mengambil kesempatan bermain2 dengan isu ini..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails