
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas berkata PPP akan memastikan segala keperluan penduduk di sesebuah kawasan dilengkapi kemudahan awam seperti padang bola, taman rekreasi manakala sebarang aduan penduduk dapat diselesaikan dengan segera."Lihat sahaja kawasan Bukit Bintang yang merupakan kawasan kemenangan tradisi buat parti DAP buat sekian lama. Bagaimanapun, kemudahan awam untuk penduduk masih tidak lengkap dan pelbagai masalah penduduk tidak dapat diselesaikan kerana wakil rakyat adalah daripada parti pembangkang," katanya.
Kayveas berkata pembangkang hanya pandai berceramah dan tidak membawa isu-isu yang bernas di Parlimen tetapi kebajikan pengundi di kawasan mereka tidak diambil berat dan mereka hanya turun padang dan melawat kawasan sekali-sekala sahaja.- Rakyat diminta tidak memperjudikan masa depan dengan mengundi parti pembangkang kerana tiada sebarang pembangunan yang menyeluruh dapat dirasai pengundi di sebuah kawasan berbanding pelbagai kemajuan dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Mengenai peluang BN menawan Bukit Bintang pada pilihan raya umum ke-13, beliau berkata ia adalah sesuatu yang tidak mustahil tetapi syarat utama ialah komponen BN perlu memberi kerjasama yang kuat antara parti dan sentiasa turun padang dan berjumpa dengan rakyat dari semasa ke semasa. 


August 8, 2011 1:08 PM
ya.. rakyat yang menentukan masa depan mereka. undilah calon yg tepat.
August 8, 2011 1:42 PM
yang penting tunjukkan prestasi yang baik..rakyat akan sentiasa menilai dan akan memilih siapa yang mereka rasakan ikhlas bekerja untuk mereka.
August 8, 2011 2:21 PM
harap rakyat membuat pilihan secara bijaksana.
August 8, 2011 4:35 PM
PRU 13 kali ini akan memperlihatkan persaingan yang sengit. Rakyat harus bijak menilai. Undi mereka yang layak sahaja.
August 8, 2011 4:38 PM
Pembangkang akan sentiasa mencari kelemahan kerajaan dan menjadikan ianya isu yang boleh diprovokasi. Kerajaan perlu bijak mengawasinya dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka sebelum PRU 13 ini. Tunaikan janji2 terdahulu. Rasanya banyak yang atas pagar sekrang. Terpulang kepada strategi parti yang akan bertanding nanti untuk mengambil hati rakyat.
August 9, 2011 9:03 AM
Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis pembangkang. Fikirkan masa depan dan bukannya fikirkan janji manis.
August 9, 2011 10:10 AM
Biar rakyat yang membuat penilaian sendiri.
August 10, 2011 10:34 AM
tidak semestinya pandangan Datuk M. Kayveas sama dengan pandangan penduduk di kawasan itu. mungkin ada penduduk yang puas hati dan mungkin ada juga yang tidak berpuasa hati.
Post a Comment