SUARA BEBAS TUARAN

Jumlah Pemilih Berdaftar Di Malaysia, Hanya Sekadar Lebih 12 JUTA


Menurut lapuran Jabatan Perangkaan Negara, Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita.
Menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
  • Walau macam-mana pun, hanya 12 juta Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setakat ini, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Maksud nya seramai 16.3 orang yang belum mendaftar atau pun yang tidak layak sebagai pengundi ketika PRU13 akan datang.
  • SPR dalam kenyataan medianya berkata jumlah itu termasuk Daftar Pemilih Induk Tahun 2010 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 (DPT ST2/2011) yang akan diwartakan hari ini.
  • Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 mengandungi 257,557 nama pemilih yang terdiri daripada 201,339 nama pemilih baru dan 56,218 nama pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.
  • Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST2/2011 dari 27 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011, SPR menerima 524 tuntutan melibatkan Bahagian Pilihan Raya Parlimen P 27 Tanah Merah, Kelantan yang mana semua kes tuntutan itu belum diselesaikan.
SPR telah menerima bantahan melibatkan 45 bahagian pilihan raya Parlimen dan semua bantahan itu juga belum diselesaikan.
"Bantahan tersebut melibatkan 110,242 permohonan yang terdiri daripada 89,193 permohonan pendaftaran baru dan 21,049 permohonan bertukar alamat pusat mengundi. Semua permohonan ini akan diperakukan setelah semua kes bantahan diselesaikan," kata kenyataan itu.
Sumber: Agensi, BERNAMA
9 comments:

nampaknya masih ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pemilih, kebanyakan mereka ni pasti golongan muda yang lebih bersikap atas pagar. mereka yang layak dan belum mendaftar, segeralah mendaftar, ini tanggungjawab kita terhadap negara.


ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi..bahkan yang tidak mendaftar itu lebih banyak dari yg mendaftar...ini menimbulkan persoalan sama ada sistem yang diguna pakai sekarang diterima atau tidak..


Rasa nya kalau kerajaan setuju dengan cadangan untuk mengautometikkan pendaftaran Pemilih kepada semua rakyat Malaysia yang menjangkau umur 21 tahun, pasti nya masaalah kekurangan ini tidak akan timbul.


Dari awal lagi saya setuju dengan menggunakan pendaftaran secara automatik bila rakyat mencapai umur 21 tahun. Ini memudahkan semua pihak. Rakyat hanya perlu tunjukkan IC untuk mengundi, urusan dan proses pengundian pun boleh dipercepatkan.


sebarang cadangan perlulah dipertimbangkan oleh SPR untuk menambahbaik keadaan sedia ada. pada masa yang sama usaha untuk menarik minat golongan muda untuk mengundi juga perlu sentiasa dilakukan.


Pelaksanaan secara automatik merupakan kaedah yang lebih efisyen dan efektif dalam proses pendaftaran pemilih baru selain dapat menjimatkan penggunaan duit rakyat dan tenaga kerja. taklimat, mesyuarat, pengendalian kaunter daftar pemilih, pengesahan daftar pemilih dan pelbagai lagi aktiviti perlu dilaksanakan oleh SPR. semua ini melibatkan kos tambahan kepada SPR.

oleh sebab itu saya amat bersetuju dengan pendaftaran secara automatik selain dapat menyelesaikan masalah kelewatan mendaftar. tetapi terpulanglah kepada pihak kerajaan sama ada mahu membuat pindaan terhadap perlembagaan negara atau mahu membiarkan pembaziran tenaga dan wang rakyat bagi mendaftarkan pemilih baru.


Salam semua,

Nasihat kepada mereka yang belum berdaftar. Undian ada sangatlah berharga untuk kepentingan negara kita ini. Jadi janganlah ambil mudah perkara ini. Daftarlah dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi.


Solymone,

Bagus tu cadangan kalau macam itu. Maka tidak ada yang terkecuali didaftarkan sekiranya mereka yang berumur 21 secara autometik telah didaftarkan. Tapi kita tunggu apa kata SPR dan Kerajaan. Mereka perlu mengkaji juga terlebih dahulu apa kebaikkan dan keburukkan cara ini.


Kenapalah perlu begini, pergilah memdaftar, jangan menunggu lagi....


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails