P
engarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini selain membebankan kerajaan daripada segi pengurusan dan kos, juga membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan daripada sudut social.
kedatangan PATI membawa impak kepada kegiatan antisosial seperti jenayah termasuk yang serius kata Dr Mohamed selaku seorang pakar sosial.
Kata Dr. Mohamed Fadzil, PATI juga membabitkan belanja untuk kos penahanan dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Saya sangat bersetuju Kementerian Dalam Negeri terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia mengadakan program 6P yang sebahagian besar akan mengatasi masalah-masalah sosial ini.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, sehingga 8 Ogos, 1,548,789 pati dan pekerja asing sah telah didaftar melalui program itu.
Sumber; BERNAMA

Banyak kes pembunuhan, rompakan, pecah rumah dan mencuri membabitkan PATI dengan kes terbaru melibatkan penahan lapan lelaki Bangladesh berhubung pembunuhan wanita Indonesia yang dikerat 15 bahagian di Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang. Turut dibunuh ialah anak lelaki wanita itu.
Rumah-rumah urut pula menggunakan khidmat wanita warga asing, dan apa yang membimbangkan ialah golongan belia sudah mula berjinak-jinak mengunjungi tempat ini.- Dalam pada itu, golongan ini PATI juga terbabit dengan kegiatan kurang bermoral seperti meminta sedekah. Mereka juga membawa nilai agama dan bangsa yang kontroversial, kata Mohamed Fadzil kepada Bernama di sini Khamis.
Oleh itu, katanya, wajarlah kerajaan melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin, dikenali sebagai 6P, yang bermula serentak di Semenanjung dan Sarawak sejak 1 Ogos lepas.
Kata Dr. Mohamed Fadzil, PATI juga membabitkan belanja untuk kos penahanan dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Saya sangat bersetuju Kementerian Dalam Negeri terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia mengadakan program 6P yang sebahagian besar akan mengatasi masalah-masalah sosial ini.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, sehingga 8 Ogos, 1,548,789 pati dan pekerja asing sah telah didaftar melalui program itu.

August 11, 2011 9:30 PM
Salam semua
Nampak nya ada dikalangan pelawat, yang seakan-akan dipergunakan oleh pehak tertentu. Justru, sekadar memberi ulasan satu-hala dan tidak memberi makna untuk difikirkan bersama.
Maksud nya, sama ada komen tersebut pro atau kontra kepada isu, sekurang-kurang alasan yang diberi ada lah manasabah dan rasional
Untuk maklumat, blog ini diujudkan ada lah bertujuan untuk perbincangan disamping perkongsian minda bersama. Dalam pada itu, meluahkan pandangan yang bernas lagi neutral…Non-partisan.
Jadi, untuk tidak membuang masa, dimasa akan datang, Penulis Blog hanya menyiarkan komen yang berkualiti atau pun yang berwibawa disamping memenuhi syarat yang di fikirkan berbaloi untuk Penulis Blog siarkan.
Harap Maaf
Post a Comment