
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata ramai pemimpin pembangkang dari PKR, DAP dan Pas yang datang ke Sabah sekadar bercakap, menabur janji-janji kosong dan berbohong kepada rakyat di negeri ini.Kerajaan Negeri yang dikuasai pembangkang tidak memiliki sebarang rekod pencapaian membanggakan dalam pentadbirannya berbanding kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Barisan Nasional (BN).
Kata nya tidak ada satu rekod pun yang menunjukkan pentadbiran kerajaan pembangkang lebih handal dari kerajaan BN.- Beliau berkata, selama hampir 60 tahun memerintah, BN telah banyak berusaha demi kemajuan negeri dan rakyat, misalnya menerusi pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan penyaluran bekalan elektrik kepada rakyat.
- Tambahnya, hasil usaha bersama yang berterusan di antara pemimpin kerajaan BN dan rakyat, ramai pihak di luar negara mengetahui bahawa Malaysia termasuk Sabah merupakan sebuah negara yang aman damai dan sedang pesat membangun.
Justeru, rakyat Sabah haruslah berkerjasama dan tidak berpecah-belah bagi membolehkan kerajaan pusat dan negeri terus mengadakan pelbagai program pembangunan kepada negeri dan rakyat. katanya.- Musa berkata, para pelabur asing termasuk Semenanjung juga kian menunjukkan minat untuk membuka perniagaan serta melabur di negeri ini yang secara tidak langsung menjana perkembangan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.
Mengulas mengenai Konsep Bulan Keusahawanan dan Ekonomi, beliau berkata program itu merupakan kaedah kerajaan menjuarai kehidupan dan membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Disamping ia nya mendedahkan kepada rakyat institusi-institusi atau bank-bank yang boleh memberikan pertolongan sekiranya memerlukan suntikan modal ataupun kewangan untuk berniaga.


August 3, 2011 9:01 AM
kerajan PR mmg hanya tau menabur janji. perbagai janji telah mereka taburkan, tapi tak nampak pun hasilnya.
August 3, 2011 9:25 AM
apa yang penting sekarang ini, teruskan usaha untuk memajukan Sabah dan rakyat negeri ini. harap Sabah akan menjadi lebih membangun lagi..
August 3, 2011 10:00 AM
pandai2lah rakyat menilai. pasti rakyat tahu pihak mana yang banyak menyumbangkan pembangunan dan kemajuan.
August 3, 2011 11:00 AM
Nama pun pembangkang. Menjadi lumrah untuk mereka mencari titik kelemahan pihak kerajaan bagi dijadikan isu untuk meraih sokongan rakyat. Mereka hanya mahu menang. Bukan ikhlas nak tolong rakyat pun.
August 3, 2011 11:01 AM
Jangan sudu lebih daripada kuah.
August 3, 2011 12:36 PM
Dalam kes seorang pemimpin menuding jari kepada pemimpin di negeri yang lain dan tiada kena mengenal dengan beliau, ada lah satu tindakan berani lagi brutal dari Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah.
Kerana setahu saya, Najib, Perdana Menteri Malaysia pun tidak selantang Musa dalam isu ini. Dari segi etik nya, bukan lah tanggung jawab Ketua negeri yang lain saperti Sabah, dalam mencari kesalahan atau pun mencaci negeri yang lain.
Dalam keghairan Musa memperselekehkan kewibawan negeri –negeri yang diperentah oleh PR (pembangkang), saya difahamkan bahawa negeri saperti Selangor telah mengubal dasar yang lebih changgih dari Sabah.
Contoh nya, kerajaan negeri Selangor;
1) Membantu rakyat nya dengan memberi subsidi kepada pengguna dalam pembayaran air minuman berseh
2) Membantu rakyat dalam pengurusan penkebumian rakyat nya
3) Membuka akaun simpanan tetap untuk bayi yang baru lahir sejak PR memegang tampuk kerajaan
4) Bantuan sebanyak RM1 Juta setahun untuk sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil
5) Memberi tanah kepada rakyat yang berhak mempunyai nya. Terutamanya, golongan muda
6) Memberi subsidi kepada rakyat yang terlepas pandang dalam skim subsidi kerajaan perseketuan
7) Tidak merampas tanah adat
dan
8) lain-lain hal positif yang kita tidak tahu
Manakala negeri Pulau Pinang pula dikatakan antara negeri yang pesat membangun dirantau ini dan mempunyai tarikan perdagangan yang kuat dari negera luar saperti Australia dan sebagai nya.
Dalam pada itu, menurut berita dari anak-anak Sabah yang menuntut dan bekerja di sana, bantuan insentif dari kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap rakyat nya sungguh memberangsangkan.
Sehinggakan ada dikalangan anak-anak Sabah ini mengsyorkan kepada ibu bapa mereka di sini, agar menggundi PR dimasa akan datang?
Keburukan negeri tersebut yang diwar-warkan dalam media arus Perdana, tidak semua nya benar kata mereka.
Untuk itu, fikir-fikirkan lah sendiri
August 3, 2011 1:55 PM
Itu sudah pasti. Dengan adanya kerajaan sekarang ini, negara kita adalah antara negara yang aman didunia. Tapi baru sekarang ini berlaku kekecohan atas sebab pengaruh dan hasutan dari pihak pembangkang. Jadi inikah pemimpin yang kita mahukan??!!
August 3, 2011 10:51 PM
Berikan lebih masa bagi mereka, kita pasti akan mendapat hasil itu.
August 4, 2011 8:55 AM
Bukan senang untuk menunaikan janji yang telah diberikan. Mungkin kalau janji kecil senanglah tapi jika janji yang agak sukar mungkin tinggal hanya kenangan. Jadi sudah pasti PR telah berjanji dengan seribu janji tapi tidak pasti apa yang berlaku selepas itu.
August 4, 2011 1:41 PM
kita tidak tahu hal di negeri orang macam mana.. jika kita pusing semua blog, laman sosial, forum di internet, kadang2 kita boleh jumpa suara tidak puas hati rakyat di negeri itu. ikut la pendirian dan pertimbangan masing2 untuk buat keputusan.. ikut telunjuk orang lain, takut pula sama2 terjun longkang..
August 8, 2011 10:00 AM
Jika ini yang berlaku pasti tidak ada sambutan semasa pilihanraya nanti.
August 8, 2011 10:02 AM
Rakyat harus pandai menilai siapa yang lagi layak untuk menjadi kerajaan.
Post a Comment