SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Sabah Luluskan Perbekalan Tambahan RM1.39


Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2011) sebanyak RM1.394 bilion.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan rang undang-undang itu pada persidangan DUN, berkata sebahagian besar daripada peruntukan tambahan tersebut iaitu RM1.088 bilion tidak melibatkan aliran tunai, tetapi diperlukan semata- mata untuk mematuhi kehendak peraturan kewangan.
  • Menurut Musa, Peruntukan tambahan ini adalah untuk beberapa kepala perbelanjaan…Semua ini mustahak untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan dapat ber- gerak dengan lancar.
  • Beliau berkata, antara anggaran tambahan yang tidak melibatkan aliran tunai tersebut adalah RM675 juta untuk menampung pelaburan ekuiti dalam Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB).
  • Katanya pelaburan itu sebenar- nya adalah dibiayai melalui bayaran dividen yang diterima oleh kerajaan daripada anak syarikat Yayasan Sabah yang dilabur balik sebagai ekuiti dalam ICSB.
  • ”Manakala sebanyak RM300 juta pula diperlukan untuk menampung pencaruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Pencaruman ini perlu dibuat untuk menangani keadaan difisit yang berlaku di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Ne- geri.
  • ”Seterusnya RM113.8 juta diperlukan untuk menyelaraskan akaun-akaun pendahuluan diri yang terlibat dalam perbelanjaan kerja-kerja kecemasan bagi membaik pulih kerosakan kemudahan-kemudahan infrastruktur di bawah kelolaan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga perbelanjaan-perbelanjaan lain yang mendesak dan telah komited,” katanya.
  • Musa berkata, ini bermakna sebanyak RM305.7 juta saja yang sebenarnya melibatkan pengeluaran wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2011 ini, katanya.
  • “Di antara peruntukan tambahan terbesar yang melibatkan aliran tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2011 adalah untuk menampung keperluan perbelanjaan program penyenggaraan jalan raya dan jambatan di seluruh negeri termasuk senarai Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah pada tahun ini yang berjumlah RM120 juta,”katanya.
Musa berkata sebanyak RM66.9 juta pula untuk menampung kos kerja-kerja mendesak bagi menyelenggara dan membaiki paip-paip air yang sudah lama dan uzur, penyenggaraan, dan pembaikan paip retikulasi serta sambungan-sambungan paip yang rosak dan juga perbelanjaan pengurusan kehilangan hasil air.
Sumber: Agensi
18 comments:

Sabah masih memerlukan lebih banyak pembagunan lagi, kita juga masih ada banyak masalah yang perlu diselesaikan. Harap lebih banyak peruntukan akan diberikan untuk menangani isu-isu yang dihadapi.


Harap kerajaan pusat juga akan menambah lagi peruntukan untuk Sabah untuk membawa Sabah ke arah kemajuan.


Sabah mmg perlukan lagi peruntukan tambahan untuk membangunkan kawasan2 mundur terumtamanya di kawasan luar bandar. peruntukan yang diberikan ini harus digunakan dgn sebaiknya.


jika perbelanjaan penyengaraan jalan raya dan jambatan merupakan antara peruntukan tambahan terbesar maka sepatutnya masalah berhubung dengan jalan raya di Sabah akan semakin berkurangan. lagipun kebelakangan ini banyak isu2 berhubung jalan raya teruk di kawasan2 pedalaman/kampung.


ada perbekalan tambahan telah diberikan juga untuk menyelenggara dan membaiki paip2 air. memang wajarlah perbekalan tambahan dibuat sebab banyak kawasan yang membuat aduan mengenai masalah air di negeri ini.


Jumlah itu tidak dapat menampung perbelanjaan pembangunan di Sabah. Sabah masih memerlukan lebih banyak peruntukan.


Harap dengan peruntukan itu, dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Sabah.


Pada masa akan datang harap peruntukan untuk Sabah tidak akan terputus.


harap perbekalan tambahan ini akan digunakan sebaiknya untuk menampung penyenggaraan jalan raya, jambatan, menyelenggara dan membaiki paip-paip air dan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri ini.


Moga akan lebih banyak perkembangan positif pada masa akan datang selepas Perbekalan Tambahan ini diberikan.


kerajaan negeri komited dalam agenda pembangunan negeri sabah.


Walaupun Perbekalan Tambahan sudah diluluskan, masih ada spekulasi dibuat. Pastikan dana itu digunakan untuk tujuan yang betul tanpa manipulasi daripada mana2 pihak.


Sabah adalah negeri yang perlukan byk pembangunan, maka peruntukan untuk Sabah juga harus lebih byk.


Kalau betul ia untuk pastikan jentera kerajaan bergerak lancar, saya konpom sokong:)


Peruntukan yang ada harus digunakan untuk tujuan yang baik dan jangan hanya beri harapan kosong. Kelak ia hanya akan membuatkan rakyat bertambah kecewa.


Jadi kita tunggu dan lihat saja nanti. Harap semuanya OK.


Harap apa yang dirancang ini akan dilaksanakan sepenuhnya. Ini semua untuk kebaikkan penduduk Sabah itu sendiri juga.


peruntukkan yang ada itu perlulah digunakan sebaiknya, janganlah diselewengkan peruntukkan berkenaan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails