
Dalam menikmati suasana hujung minggu ini, saya paparkan satu kisah menarik sekadar mengisi ruang dan untuk kita fikirkan bersama. Khas untuk pembaca yang memahami dan mereka yang seagama dengan saya.Bulan Ramadan menuntut orang Islam untuk menahan lapar dan dahaga bukannya tanpa sebab tertentu tetapi antaranya adalah untuk mengingati penderitaan golongan yang hidup susah. Ia juga mengajar umat Islam untuk menyebarkan perasan kasih sayang dan saling bantu membantu sesama saudara seagama.
Ketika sesetengah orang menyambut bulan Ramadan dengan penuh keriangan dengan pelbagai juadah untuk berbuka puasa bersama keluarga serta sahabat-handai, ada sesetengah golongan tetap bersyukur dengan apa yang ada.
Cukup sekadar untuk mengalas perut, hidangan ala kadar seperti air, nasi dan sayur adalah hidangan tetap bagi keluarga Rejab Mustapa, 68, serta isteri dan lapan orang anaknya untuk ber-buka puasa.- “Walaupun keadaan serba daif, kami sekeluarga tetap menunaikan ibadah puasa dan setiap hari kami berbuka ala kadar.
- “Sayur adalah lauk yang pasti dan kadangkala, sekira-nya ada wang lebih, saya cuba untuk membeli ikan atau ayam,” katanya ketika di-temui Utusan Borneo di rumahnya di Sungai Midin Samariang, Sarawak semalam.
Rejab secara keseluruhannya mempunyai sembilan orang anak dengan anaknya yang sulung berusia 26 tahun kini membina kehidupan sendiri di Semenanjung Malaysia.Manakala anaknya yang paling bongsu pula hanya berusia tiga tahun dan tidak seperti anak-anak yang lain, sekecil itu membesar bersama keluarganya di sebuah rumah yang usang dan serba kekurangan. Panas dan hujan adalah perkara biasa yang ditempuhi mereka sekeluarga di rumah usang tersebut.
- Biarpun usianya menjangkau usia emas, Rejab masih tetap bekerja membanting tulang memandangkan beliau ada lapan orang anak yang masih dalam tanggungannya dan tiga daripada mereka sedang bersekolah.
- Bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan, pendapatannya sebulan hanya sekitar RM700 dan isterinya pula berpendapatan RM300 sebagai tukang cuci dan secara kesuluruhan, pendapatan mereka adalah di bawah garis kemiskinan bandar.
- Menurut Rejab, kesihatannya sebenarnya tidaklah berada dalam keadaan yang baik namun apakan daya, demi tuntutan tanggungjawab, beliau perlu tetap terus berusaha.
- kesihatan Rejab mylah menurun selepas menghidap demam pada tahun 2009 dan sejak itu, saya menghadapi masalah pernafasan sehingga kini.
- “Tengoklah keadaan rumah saya, disebabkan tidak mampu melakukan kerja berat lagi, saya tidak mampu membaikinya” kata Rejab yang kelihatan penat dimamah usia.
Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau agensi-agensi kebajikan yang lain, beliau berkata bahawa beliau tidak pernah memohon sebarang bantuan.Katanya, walaupun beliau seorang yang hidup susah, beliau tidak pandai untuk menadah tangan untuk meminta daripada orang lain.
“Selagi saya masih mempunyai kudrat untuk bekerja, saya tetap akan berusaha untuk menyara keluarga…namun saya juga tidak sombong untuk menerima bantuan mereka yang benar-benar ikhlas hendak menolong,” katanya.



August 8, 2011 11:15 AM
Semoga perhatian dan bantuan diberikan kepada mereka yang memerlukan.
August 8, 2011 2:38 PM
harap mereka yang berada dalam keadaan daif akan diberikan bantuan yang sewajarnya untuk membantu meringankan beban mereka.
August 9, 2011 10:12 AM
Dalam bulan Ramadhan ini, kita perlulah sentiasa mengingati kesukaran sesetengah orang yang kurang bernasib baik dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Post a Comment