SUARA BEBAS TUARAN

Konsep Perkongsian Kuasa BN Di Sabah Hanya Sekadar Pada Nama?


Sebagai seorang activist politik yang berpengalaman merangkap Setiausaha Agung LDP , Datuk Teo Chee Kang merasakan bahawa di Sabah, konsep-konsep 'perkongsian kuasa' dan 'saling hormat menghormati' yang telah sentiasa diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) hanya sekadar wujud dalam nama.
Sebagai contoh katanya, pelantikan politik dalam pentadbiran Negeri, badan-badan berkanun atau syarikat berkaitan Kerajaan sepatutnya berpandukan konsep perkongsian kuasa di bawah rangka kerja Barisan Nasional (BN), berbanding untuk sewenang-wenangnya meletakkan faktor-faktor individu sebagai pertimbangan paling utama.
  • Di Sabah terdapat komponen parti yang berjuang bersungguh-sungguh dan menyumbang kerusi untuk kemenangan Barisan Nasional (BN) namun pucuk pimpinan Sabah, tidak meyerapkan nya ke dalam arus perdana pentadbiran Negeri.
  • Disebaliknya terdapat parti yang telah tiada tempat dihati rakyat diSemenanjung Malaysia dan disamping tidak pernah memenangi sebarang kerusi di Sabah, tetapi dibagi keutamaan.
  • Perbuatan yang tidak logik itu, telah menganggu equalibrium politik di kalangan parti-parti komponen BN di Sabah. Justeru, Barisan Nasional (BN) Negeri perlu membuat perubahan sebelum Pilihanraya Umum akan datang dengan kembali kepada asas supaya Barisan Nasional (BN) benar-benar boleh muncul sebagai barisan bersatu untuk menghadapi cabaran dalam Pilihanraya Umum Ke13 nanti.
Sebagai pendekatan isu, suara-suara dari parti LDP baru-baru ini, dianggap menjijikkan beberapa pihak-pihak tertentu. Malah ada yang menyifatkan LDP sebagai pembangkang dalam BN.
Sedangkan Pada hakikat nya, LDP bukan bertujuan menentang BN, tetapi sebagai komponen parti yang memahami bahawa BN ada lah cukup besar dan mampu memberi ruang untuk meluahkan pendapat yang berbeza...Demekian pandangan Datuk Teo Chee Kang .
Sumber: Media LDP, Borneo Herald
17 comments:

setiap parti komponen BN mempunyai tugas dan peranan mereka masing2. bukankah dgn perkongsian kuasa, BN akan makin kukuh.

LDP sebagai ahli komponen BN seharusnya turut berjuang bersama BN.


mana-mana parti komponen pasti mempunyai peranan dan sumbangan dalam mengukuhkan parti. sebarang perbezaan pendapat sebaiknya disuarakan melalui perbincangan. apa pun, semua haruslah mempertingkatkan semangat kerjasama untuk menjadi lebih kukuh.


Rasanya tidak salah jika LDP hendak memberikan pandangannya. BN pun terdiri daripada gabungan pelbagai komponen parti. Jika teguran atau kenyataan mereka ini untuk kebaikan BN, apa salahnya semua parti komponen BN yang lain menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa prejudis?


Dominasi satu atau dua parti saja dalam BN hanya akan membawa kepada kemudaratan BN. Apatah lagi BN bakal menghadapi pertarungan yang sengit pada PRU 13 nanti. Jika hendak memastikan kemenangan masih berpihak kepada BN, maka perkongsian kuasa harus diaplikasikan dan bersama-sama berjuang untuk rakyat. Fokus kepada perjuangan asal dan bukannya agenda peribadi.


Parti yang mendapat lebih sokongan daripada rakyat patut diberi keutamaan kerana mereka adalah pilihan rakyat sendiri.


Setiap parti komponen dalam BN patut bekerjasama dan saling memberi nasihat supaya setiap aspek pentadbiran diberi perhatian. Jika ada yang tertinggal, bolehlah saling memberi peringatan.


Tegur-menegur dalam parti itu sudah pasti berlaku. Jadi jangan mudah terasa dengan apa yang ditegur. Tapi biarlah teguran itu dengan cara yang baik. Mungkin LDP begitu terasa kerana mungkin mereka merasa parti mereka dianaktirikan. Sebenarnya itu mungkin kerana sikap seseorang yang merasa apa yang diberikan tidak memcukupi. Agak sukar untuk mempunyai kepuasan yang 100% dalam hidup. Jadi untuk terbaik berkerjasamalah dengan parti komponen yang lain.


Benarkah wujud cuma atas nama? BN perlulah menangani masalah dalaman parti sendiri.


Tapi LDP sudah tidak lagi dapat bekerjasama dengan KM....jadi adalah lebih baik jika LDP undur diri. Hal ini kerana hanya LDP sahaja yang berpendapat sedemikian rupa. Lain2 parti komponen BN tidak pula berangapan seperti LDP.


Jika betul tidak ada pengagihan kuasa kenapa dulu Peter Pang dilantik sebagai DCM? Kenapa Pairin masih lagi bertahan sehingga kehari ini memegang jawatan DCM.


Penentu siapa yang maseh dalam atau pun keluar BN, bukan KM Musa Aman tetapi PM Najib Abd Razak...Itu fakta.
Disamping itu, LDP tiada masaalah dengan komponen BN yang lain, termasuk UMNO…Kecuali Musa.

Cadangan untuk memaksa LDP keluar BN bukan lah satu tindakan yang bijak. Sebagai Contoh Najib lantikkan Chin Su Phin dari LDP sebagai Senator demi untuk menguatkan BN di Sabah, bukan sebaliknya. Wal hal Musa tidak setuju samasekali.

Dalam hal ini, siapa yang salah dan siapa yang benar. Najib atau pun Musa ?


konsep perkongsian kuasa dan saling menghormati sememangnya diamalkan oleh BN..
jika tidak, masakan Chin dari LDP dilantik ke jawatan senator..


mana2 parti komponen BN tidak harus bersikap tamak dengan jawatan menteri..perlantikan yang dibuat kepada para menteri sudah tentu berdasarkan kepada penilaian dan pertimbangan..jika tidak dapat, jangalah berkecil hati sehingga boleh merosakkan perpaduan antara ahli BN sendiri..


LDP juga tidak harus mengutamakan agenda peribadi sehingga dengan terbuka menyatakan LDP tidak boleh bekerjasama dengan KM..ini secara langsung membuka peluang kepada pembangkang mempolitikkan isu ini..seharusnya LDP menyokong musa aman selaku pengerusi BN negeri merangkap KM sabah agar apa jua perancangan dan program kerajaan BN yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik..


selaku parti komponen dalam BN, LDP tidak harus membuka ruang kepada pembangkang untuk mempergunakan isu dalaman yang berlaku sebagai alat politik mereka..

fikirkan kebaikan BN secara menyeluruh dan bukannya kepada kepentingan parti semata-mata.


setiap parti sangatlah penting dalam perjuangan dengan BN untuk menjalankan Malaysia, tidak bolehlah kita sentiasa memikir banyak.


apa yang saya lihat, LDP lebih berminat dan kedepan dalam memperjuangkan kepentingan parti mereka berbanding dengan kepentingan rakyat. entah apa sebenarnya tujuan LDP ditubuhkan.. untuk mendapatkan jawatan atau untuk membantu rakyat dan negeri Sabah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails