SUARA BEBAS TUARAN

Menara Warisan Merdeka Beri Penjanaan Ekonomi Negara


Pada 30 November 2010, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu pembinaan Menara Warisan Merdeka merupakan projek yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada penjanaan ekonomi negara.
Beliau dipetik sebagai berkata, projek PNB itu juga bakal mengubah landskap bandar raya Kuala Lumpur sejajar dengan visi menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
Projek pembangunan bersepadu bernilai RM5 bilion itu dan akan dibangunkan oleh PNB dan ia terletak di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
  • Rancangan bagi projek yang dijangka siap pada tahun 2015 itu terdiri daripada tiga fasa itu diumumkan oleh Najib semasa pembentangan Bajet 2011 tahun lalu.
Walau macammana pun, kerja-kerja untuk mereka bentuk bagi cadangan Menara Warisan Merdeka perlu dilihat secara menyeluruh, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd., Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Menurut beliau, kerja mereka itu tidak boleh sekadar melihat kepada aspek bangunan 100 tingkat semata-mata. sebaliknya, perbincangan mengenai kerja-kerja mereka bentuk mercu tanda itu perlu juga melihat kepada aspek keseluruhan termasuk infrastruktur, jalan serta utilitinya.
  • Justeru, kerja untuk mereka bentuk Menara Warisan Merdeka mengambil masa yang lama. Kerja-kerja mereka bentuk ini dijangka siap menjelang akhir tahun ini, kata Hamad Kama di Kuala Lumpur semalam.
Dalam isu yang sama Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam laman blog Che Det, pernah memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang pejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.
“Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100 tingkat itu,” kata Che Det ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur.
  • "Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi. Sebelum ini, Che Det menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Dalam nada yang sama, Che Det berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.
"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.
Sumber: Agensi
7 comments:

PM Najib sepatutnya mendengar kemahuan rakyat mengenai cadangan ini. Bila rakyat sudah menolak, adalah wajar projek ini dilupakan.


Sebelum ini, suara hati rakyat menunjukkan bahawa mereka tidak setuju dan menolak projek ini. Harap PM Najib akan mempertimbangkan semula pembinaan Menara Warisan Merdeka ini.


mengenai pembinaan Menara Warisan Merdeka tersebut, adakah kita benar2 memerlukannya? apa yang diharap, Menara tersebut benar2 memberi manfaat kepada penjanaan ekonomi negara dan rakyat jg mendapat faedah daripadanya.


Rasanya bangunan 100 tingkat ini tidak perlulah dilaksanakan terlebih dahulu. Kerana masih banyak lagi perkara lain yang perlu ditangani oleh kerajaan. Jangan membazirkan duit rakyat.


tidak tetap pendirian Tun M ni.. diawal cadangan, Tun menyokong pembinaannya, bila ramai pihak yang membantah dia pun tukar pendirian untuk membantah..


Jika PM yakin kita harus memberi sokongan kepada beliau.


Jika beliau gagal pasti ada plan lain untuk back up semua kegagalan itu.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails