SUARA BEBAS TUARAN

NGO Tuntut 8 Perkara Berkaitan Pilihan Raya Asas Kajian PSC

Labels:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Lapan tuntutan yang dibangkitkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada akan dijadikan sebagai rangka kerja di bawah Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen(PSC).
Kata beliau, kesemua perkara berkenaan diambil berdasarkan saranan pelbagai pihak termasuk yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
  • Ditanya sama ada lapan perkara berkenaan sama seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dianggotai lebih 62 NGO, Nazri berkata: "Ia adalah hasil maklum balas banyak pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen.
  • "Saya percaya ada NGO yang sah di dalam kumpulan itu," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Isnin.
Lapan perkara yang akan dijadikan rangka kerja bagi jawatankuasa khas tersebut ialah bagi memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menghapuskan aktiviti rasuah sewaktu tempoh pilihan raya dan hari mengundi, menghapuskan taktik politik kotor, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.
  • Selain itu jawatankuasa yang akan dianggotai sembilan Ahli Parlimen itu juga akan mengkaji mengenai sistem undi pos dan pengundian awal termasuk mengenai pemilih sah yang berada di luar negara pada hari pengundian, penggunaan dakwat kekal serta sistem biometrik dan mengenai tempoh kempen pilihan raya.
  • Keputusan penggunaan lapan perkara berkenaan sebagai rangka kerja Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen itu dibuat selepas Mohamed Nazri mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Azizi Mohd Yusof; Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar; Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dan wakil Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu Nazri berkata, SPR akan menyediakan memorandum mengenai penubuhan jawatankuasa khas itu termasuk rangka kerjanya untuk diputuskan oleh Kabinet yang akan bermesyuarat pada 7 September ini.
"SPR ada masa selama dua minggu untuk siapkan memorandum berkenaan dan kita berharap ia dapat diputuskan oleh jemaah menteri pada tarikh itu.
"Kemudian kita harap usul mengenai penubuhannya akan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 3 Oktober depan," katanya.
Sumber: mStar, photo-Agensi
7 comments:

Sebenarnya tuntutan 8 Perkara daripada Bersih ini sangat munasabah. Saya rasa SPR patut bekerjasama dengan Bersih untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih, dan juga hak demokrasi ditunaikan.


Harap kerajaan akan mengembalikan hak rakyat untuk pilihanraya secara demokrasi.


8 tuntutan tersebut mmg wajar dijadikan asas utama dalam PSC. apa yang benar2 diharapkan jawatankuasa tersebut benar2 dapat memastikan sistem pilihanraya akan lebih adil dan bersih.


Sebaiknya PRU kali ini biarlah dilakukan dengan penuh adil dan SPR perlu memberikan yang terbaik untuk PRU akan datang ini. Jangan biarkan perkara yang berulang berlaku lagi.


parti pemerintah tidak boleh mengadakan pilihanraya pada bila2 masa selagi Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen ini belum mencapai matlamat atau belum dilaksanakan..


Mungkin boleh menimbangkan apa yang telah dituntut.


Jika ada yang betul berkaitan dengan tuntutan itu saya rasa harus ada perubahan dari SPR.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails