Baru-baru ini, sekumpulan penduduk dari pekan Tamparuli memfailkan aduan marah mereka kepada cawangan Sabah Kiulu DAP terhadap masaalah limpahan sampah sarap yang serius kerana selama hampir dua minggu pekan Tamparuli tidak dibersehkan oleh pehak Majlis Daerah Tuaran(MDT)
Longgokan sampah dan sampah sarap telah mewujudkan suasana bau yang sangat busuk, terutamanya yang dekat dengan kedai-kedai dan restoran-restoran di pekan tersebut.
- Kata jurucakap kumpulan tersebut , perkara ini berlaku, kerana MDT gagal menjalankan tugas di pekan Tamparuli. Pekerja dan pemandu lori sampah MDT dilapurkan sebagai tidak bertanggungjawab menjalankan tugas di pekan Tamparuli.
Justeru, memohon Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajji Mohd Noor untuk datang dan melihat sendiri masaalah yang timbul akibat limpahan sampah sarap tersebut. Dikatakan, kerja-kerja pengangkutan sampah-sarap di pekan Tamparuli adalah dibawa kawalan MDT dan dalam bidang kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan.
- Menurut kumpulan itu, Datuk Hajji Ada lah Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menangani hal-ehwal sampah sarap. Dalam kes ini, Hajji telah dilapurkan sebagai gagal menjalankan tugasnya dan perlu bertanggungjawab.
Dalam masa yang sama, Edmund Wong selaku Ketua Cawangan DAP Kiulu, berkata, bahawa kejadian ini melambangkan prestasi kerja yang kendur dan tidak cekap, wakil-wakil rakyat dikawasan berkenaan.
Justeru untuk mengelakkan rakyat dari terus menderita, maka sudah tiba masa nya rakyat berfikir untuk memilih wakil-wakil rakyat yang baik, bersih, telus dan bertanggungjawab. Dalam hal ini, YB yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, perlu meletakkan jawatan, kata Edmund.



August 15, 2011 9:53 AM
Apa terjadi dengan MDT? Tidak payah kerja dua minggu ini? Bukankah ini sepatutnya tanggungjawab dan tugas mereka yang patut ditunaikan? Harap penjelasan daripada pihak mereka diberikan pasal mereka tidak menjalankan tugas mereka dua minggu yang lalu. MDT juga perlu segera menghantar orang untuk membersihkan kawasan tersebut.
August 15, 2011 11:30 AM
kawasan pekan Tamparuli pasti makin tercemar oleh longgokan sampah sarap tersebut. pihak MDT tak harus melengahkan kerja mereka. bersihkan dan angkutlah sampah2 tersebut. mereka harus tau peranan mereka.
August 15, 2011 1:52 PM
harap MDT menyelesaikan pekara ini dengan segera dan pekara seumpama ini harus dielakkan agar pesekitaran yang bersih dapat diwujudkan..
August 15, 2011 2:10 PM
siapa sebenarnya yang tidak menjalankan tugas, wakil rakyat ataupun MDT?
August 15, 2011 3:45 PM
Sebaiknya MDT melaksanakan pengurusan Sampah dengan jadual yang ditetapkan. Jika masih tidak dapat menangani masalah ini. MDT perlulah mengubah jadual menjadi lebih kerap untuk memastikan limpahan sampah ini tidak berlaku.
August 15, 2011 4:32 PM
Adakah ini masalah Kerajaan?
August 15, 2011 9:06 PM
perkara ini harus diselesaikan segera..
August 15, 2011 9:07 PM
pekerja yang tidak bertanggungjawab harus dikenakan tindakan disiplin..apa2 pun, diharap perhatian serta langkah sewajarnya segera dilakukan demi kesejateraan bersama.
August 16, 2011 8:56 AM
Perkara sebegini memang kerap berlaku dimana pun. Mungkin pihak tertentu mengambil sambil lewa tetang kes ini. Tapi kerana inilah akan memburukkan kawasan tersebut. Harap pihak berkuasa akan menangani masalah sampah yang sekarang semakin meningkat kadar pembuangan.
August 16, 2011 10:57 AM
saya sendiri tidak berapa selesa dengan keadaan persekitaran di Tamparuli.. bukan sahaja disebabkan sampah sarap malah anjing liar, jalan sempit dan berhabuk.. saya juga berharap supaya MDT dapat ambil tindakan bagi memulihkan persekitaran di pekan kecil ini kerana pekan ini menjadi tumpuan penduduk2 kampung berhampiran yang malas untuk turun ke Tuaran atau KK..
Post a Comment