Bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Atau lebih tepat lagi, selepas PRU12, pehak pembangkang terutama sekali DAP, SAPP dan PKR, dengan begitu 'aggressive' menyerang kerajaan BN melalui laman media alternatif saperti blog dan facebook.
Sungguh menajubkan bilamana mereka seringkali menyuarakan masaalah yang sememang nya telah lama melandah kehidupan rakyat disegenap pelusuk negeri Sabah.
Dalam realiti nya, tidak dapat dinafikan bahawa kadang kala nya strategi ini berkesan. Sehinggakan ia nya dapat mendambat hati sebilangan rakyat. Terutama sekali, mereka yang terdiri dari golongan belia dan 'intellectuals'.
- Antara isu yang paling popular disebarkan ada lah;
Perkara 20-Autonomi untuk kerajaan negeri Sabah
- Konsesi minyak petrol yang dikendali Petronas.
- Tanah Adat Rakyat Di Rampas.
- Jalan-jalan yang rosak dan perlukan dinaik taraf.
- Projek Bangunan sekolah yang bermasaalah atau pun perlu diselengerakan dengan segera.
- Masaalah belia yang menganggur.
- Bekalam letrik yang beracun saperti toksik plum bum.
- Bekalan Letrik dan Minuman Air Berseh yang tidak memuaskan.
- Kenaikan harga barang.
- Masaalah Pengurangan Subsidi.
- Masaalah PATI dan MyKad palsu.
- Cadangan Empangan yang menyusahkan rakyat (youtube).
- Ketelusan SPR dipertikaikan
Dengan bersenjatakan isu tersebut, pehak pembangkang mengembelingkan usaha mempersalahkan kerajaan BN (terutama sekali UMNO/BN) sebagai gagal lagi lemah dalam mentadbir rakyat negeri Sabah dan Malaysia pada keseluruhan nya.
Justeru, menawar diri kepada rakyat untuk mengambil alih tampuk kerajaan. Mala kita juga sering mendengar dan melihat pehak pembangkang melaung-laungkan isu yang sama ketika mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan rakyat disana sini.
Dari pandangan mata kasar, saya rasa hal-hal saperti ini bukan nya terlalu susah sangat untuk ditangani atau pun dibenteras oleh kerajaan, kalau lah sekira nya mereka serius lagi telus dan kurangkan kepentingan peribadi dalam berhadapan dengan hal-hal saperti ini. - Termasuk lah tugasan selalu turun padang untuk menyiasat sendiri perkara yang diperbesar-besarkan oleh pembangkang selama ini.
Dalam pada itu, apa lah salah nya kalau mereka ujudkan website resmi yang lebih effektif lagi mesra rakyat di Sabah masa kini.
- Media massa yang lebih berupaya menembusi semua golongan masyarakat untuk tujuan membidas tomahan-tomahan yang mungkin tidak betul atau pun sekadar fitnah dari pehak pembangkang.
- Kalau difikirkan, kerajaan mampu melakukan apa sahaja yang perlu untuk tujuan sebaran am dan perlaksanaan.
Kecuali mungkin isu Perkara 20, Konsesi Minyak Petrol, PATI, MyKad palsu dan hal-ehwal SPR yang agak rumit, persoalan lain sapertimana yang saya catitkan diatas bukan lah susah sangat untuk kerajaan jelaskan; 'kenapa dan mengapa hal-hal saperti itu berlaku' dan sebanyak mana peruntukan dan masa yang perlu untuk menyelesaikan nya.
Seadanya, kerajaan mempunyai cukup peruntukan dan jentera, mahu pun di Ibu Pejabat atau pun di peringkat daerah untuk mengendali persoalan yang perlu jawapan.
- Apa yang perlu, ia lah berjiwa patriotik, pengorbanan dan kerjasama yang mantap lagi bersepadu dikalangan semua pemimpin politik dan pegawai kerajaan yang memerentah.
Sebagai seorang pegawai kerajaan pada suatu ketika, saya merasakan bukan lah satu bebanan atau pun tanggungjawab yang berat untuk menjelaskan punca permasaalahan dengan setelus yang mungkin; 'mengapa dan kenapa perkara yang dikomplenkan berlaku.'
Dalam pada itu, saya dan krew, merangka 'Plan Tindakan' cara-cara untuk mengatasi masaalah yang dihadapi. Walau pun (kerana agenda tersembunyai) pada hakikat nya maseh ada dikalangan ‘pengomplen’ tersebut tidak berpuas hati dengan penerangan dan strategi yang kami sediakan.
Namun pada keseluruhan nya, masyarakat terima dan seterusnya menyejukkan keadaan.
Malang nya, hingga setakat ini, pehak kerajaan seakan-akan tidak proaktif dalam usaha menangani hal-hal saperti ini dan membiarkan kritikan yang mendadak dari pembangkang ( mungkin hanya sekadar fitnah atau pun tidak semua nya betul) hanya sebagai satu kes yang remeh-temeh? - Justeru mebiarkan nya tergantung dan dalam diam menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat yang sememangnya hauskan panduan dan rujukan.
Dalam pada itu, komponon BN sering asek bercakaran antara satu sama lain. Pemimpin versus pemimpin dalam keghairahan untuk menunjuk kan siapa dikalangan mereka yang lebih berkuasa.
Sehingga mengeruhkan lagi keadaan yang semakin hari semakin mendebar lagi mencemaskan.
Sumbangan: Solymone



August 9, 2011 9:09 AM
pembangkang sering mencari kesalahan kerajaan, kerajaan harus ambil tindakan dan memperbaiki segala kelemahan mereka. cari jalan untuk selesaikan semua isu2 yang timbul.
August 9, 2011 10:06 AM
Saya harap isu-isu yang dibangkitkan akan dapat penyelesaian.
August 9, 2011 10:26 AM
Malaysia telah menjadi sebuah negara yang penuh dengan penderitan dan saling menyalahkan antara satu dengan lain. Kerajaan haruslah mengambil perhatian malah rakyat haruslah bersabar dengan tindakn kerajaan kerana semua perlaksaan ini kenalah menggunakan masa.
August 9, 2011 10:34 AM
Isu-isu tersebut memang adalah tanggungjawab kerajaan untuk membaiki masalah itu tetapi kita janganlah hanya menyalahkan kerajaan, rakyat juga hraus berusaha.
August 9, 2011 11:23 AM
apa pun isu yang timbul, ianya perlu diselesaikan dengan sebaiknya.
August 9, 2011 11:23 AM
politik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat. namun, adakah pembangkang dapat melakukan sesuatu yang lebih baik daripada kerajaan?
August 9, 2011 11:25 AM
harap setiap permaslahan rakyat akan dapat diselesaikan dan keperluan rakyat akan dipenuhi.
August 9, 2011 11:29 AM
isu2 ini sepatutnya tidak dipolitikkan semata2. perlu ada tindakan dari semua pihak bagi selesaikan masalah ini.
August 9, 2011 4:17 PM
Kerjasama di antara kerajaan dengan rakyat adalah penting dalam merealisasikan visi dan misi kerajaan. Dan kerajaan harus peka dan bijak mengawal isu2 yang melanda di Sabah.
August 9, 2011 4:21 PM
Kebaikan pembangkang ini adalah untuk menegur kelemahan kerajaan sekaligus mengingatkan mana2 perkara yang terlepas pandang oleh kerajaan (tiada kerajaan yang sempurna). Namun dunia politik ini rumit dan kadang kala tindakan segelintir pihak melampaui batasan. Kita sebagai rakyat perlulah lebih kritis dalam meneliti setiap isu yang disensasikan.
August 9, 2011 5:43 PM
bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang..tapi yang pasti kerajaan pasti akan melakukan yang boleh dan terbaik untuk menyelesaikan suatu masalah.
August 9, 2011 5:44 PM
pembangkang juga janganlah asyik menunding jari..berikan kerjasama supaya isu2 yang timbul boleh diselesaikan segera.
August 9, 2011 5:45 PM
apa2 pun, diharap isu2 yang berbangkit dapat diselesaikan sesempurna yang boleh..
August 9, 2011 11:22 PM
Pembangkang baru Bersih memang telah membawa banyak masalah. Janganlah bertindak terburu-buru...ini tidka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi...
August 10, 2011 1:20 AM
Tak dinafikan banyak maslaah yang berlaku... Tapi s/ada korang perasan atau tak yang menyelesaiakan masalah itu kan kerajaan juga. hehe
August 10, 2011 1:21 AM
Bagi saya pembangkang hanya tahu jadi model gambar ataupun highlight masalah then tunding jari ja. huhu
August 10, 2011 1:23 AM
Betul tu mike. Pembangkang harus bagi kerjasama juga. Hanya bersikap tunding jari, rasanya itu hanya akan melengahkan lagi masalah utk diselesaikan.
August 10, 2011 1:26 AM
Tapi tak dapat dinafikan juga pembangkang ni rajin cari kesalahan dan secara tak langsung memanjangkan masalah itu pada autoriti... Walaupun medium yang digunakan adalah media (macam nak popular pula:P)
August 10, 2011 1:27 AM
Apapun terpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian sendiri.
August 10, 2011 9:49 AM
rasanya Pembangkanglah yang sangat rajin memainkan isu tetang masalah rakyat. Masalah kecil pun pasti menjadi besar jika Pembangkang yang menyuarakan..
August 10, 2011 10:02 AM
Pembangkang hanya tahu membuat bising tetang aduan rakyat, tapi yang banyak menangani aduan rakyat adalah BN. Jadi maksudnya yang berguna disini adalah BN kerana BN menerima aduan rakyat dan akan menyelesaikannya manakala Pembangkang mendapat aduan rakyat, selepas itu lepas begitu saja tanpa menangani menyelesaikannya.
Post a Comment