SUARA BEBAS TUARAN

Penduduk Miskin Perlu Usaha Cari Sumber Pendapatan?


Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata Penduduk miskin khususnya di kawasan luar bandar dan pulau perlu lebih gigih dan rajin dalam menjana pendapatan untuk keperluan keluarga berbanding daripada menunggu bantuan yang disalurkan kerajaan semata-mata.
Katanya, langkah itu penting berikutan pihak kerajaan mempunyai pelbagai komitmen lain terutama agenda dalam membangunkan negeri ini.
  • Disamping itu, kerajaan sebuk dengan pelbagai komitmen lain terutama agenda membangun negeri ini.
  • Sebagai kesimpulan, Musa berkata, ada lah merupakan satu tradisi tahunannya bagi pemimpin-pemimpin untuk turun padang berjumpa rakyat sekaligus memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Analisa Solymone
Kalau difikirkan, sememang tidak dapat dinafikan bahawa ada lah tanggungjawab penduduk miskin atau pun siapa sahaja untuk menjana pendapatan daripada sekadar mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata. Kerana itu, orang miskin mesti gigih dalam merubah nasib mereka sendiri.
Selanjutnya, kerajaan juga selalu sebuk dengan pelbagai komitmen lain terutama agenda membangun negeri ini.

Dalam pada itu, Musa juga berkata, bahawa ada lah merupakan tradisi tahunannya bersama pemimpin-pemimpin lain untuk turun berjumpa rakyat sekaligus memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
  • Melalui ungkapan kata-kata Musa itu, terasa ia nya boleh menimbulkan seribu satu macam persoalan dan pertanyaan yang tersurat atau pun yang tersirat.
  • Pasti nya, ada dikalangan penganalisa politik yang tertanya-tanya, sumber dari mana kah orang miskin perlu janakan, demi untuk mendapat pendapatan tanpa bantuan dari kerajaan?
  1. Menangkap ikan, tidak berkemampuan untuk membeli jala, pukat atau pun perahu.
  2. Bercucuk tanam, tiada peruntukan untuk membeli bibit, baja dan alat saperti changkul, parang dan geragaji.
  3. Lebih teruk lagi, bilamana orang yang berstatus miskin itu tiada mempunyai tanah ‘tabasan’ untuk di terokai atau pun dimajukan.
  4. Di sektor perladangan dan pertanian, semua nya telah di bolot oleh PATI.
  5. Susah mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan sebagai 'orang miskin', di Pekan Besar atau pun di Bandar.
  6. Behutang kepada Bank, tidak layak kerana tiada pendapatan tetap saperti Gaji bulanan.
Jangkaan kita, tiada seorang pun manusia yang waras fikiran didunia ini, tidak inginkan kebahagian hidup saperti mereka yang mampu. Walau pun pada hakikatnya, kedudukan mereka ada lah bertahap miskin.
Dalam keadaan yang begitu daif, ada lah tanggung jawab kerajaan dan pemimpin yang dipilih rakyat turun membantu membekalkan kemudahan asas kepada orang yang miskin itu demi untuk memulakan tata cara hidup mereka.
  • Kerana dengan membantu golongan miskin ini, bermakna kerajaan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab memberi bantuan pembangunan. Pembangunan insan untuk rakyat termiskin.
  • Dalam pada itu, tradisi turun padang para pemimpin hanya sekadar setahun sekali untuk berjumpa rakyat dan sekaligus memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, ada lah satu alasan yang kurang bijak dan sepatutnya tidak digalakan sama sekali.
Kerana dalam realiti nya, situasi saperti ini boleh merengangkan perhubungan silatulrahim diantara pemimpin dan rakyat yang memilih mereka sebagai Wakil Rakyat. Disamping, berchanggah dengan janji-janji pemimpin, ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini.
Lain lah cerita nya, kalau undi itu boleh dibeli-beli saperti ikan di pasar. Walau macam mana pun, mungkin ada ketika nya; Wang itu bukan lah segala-gala nya.
27 comments:

penduduk miskin mmg berusaha jg untuk mengubah hidup mereka. bagaimanapun, pihak kerajaan perlu memberi bantuan dan peluang untuk penduduk memperbaiki hidup mereka.


betul Saya sokong Datuk Musa, Tidak akan ada yang dapat membantu anda selain dari diri anda sendiri.


Pendapatan tidak akan berguling datang kepada kita, Usaha baru dapat mencapai kesenangan hidup.


semua pihak perlu berusaha untuk mengatasi kemiskinan. individu sendiri perlu rajin dan pada masa yang sama bantuan juga penting untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan.


harap masalah kemiskinan akan dapat diatasi melalui usaha daripada semua pihak..


ya.setuju dengan kenyataan KM. penduduk miskin jangan hanya menunggu bantuan dari kerjaan sebaliknya berusaha untuk mencari sumber pendapatan. hanya diri sendiri dapat membantu untuk keluar sepenuhnya dari kemiskinan.


Salam semua

Nampak nya ada dikalangan pelawat, yang seakan-akan dipergunakan oleh pehak tertentu. Justru, sekadar memberi ulasan satu-hala dan tidak memberi makna untuk difikirkan bersama.

Maksud nya, sama ada komen tersebut pro atau kontra kepada isu, sekurang-kurang alasan yang diberi ada lah manasabah dan rasional

Untuk maklumat, blog ini diujudkan ada lah bertujuan untuk perbincangan disamping perkongsian minda bersama. Dalam pada itu, meluahkan pandangan yang bernas lagi neutral…Non-partisan.

Jadi, untuk tidak membuang masa, dimasa akan datang, Penulis Blog hanya menyiarkan komen yang berkualiti atau pun yang berwibawa disamping memenuhi syarat yang di fikirkan berbaloi untuk Penulis Blog siarkan.

Harap Maaf


Kita tidak patut terlalu manja dengan bantuan kerajaan. Sampai bila kita mahu menunggu bantuan saja, kita perlulah juga berusaha sendiri. Memang susah tapi itulah erti kehidupan sebenarnya.


Karin-Nah,

Kamu tahu kah bagaimana keadaan dan kemampuan golongan miskin? Kamu pernah kah mengelami hidup sebagai seorang miskin yang papa kedana? Jelaskan.

Atau kamu baca kah sinopsis yang saya huraikan berhubung situasi yang dihadapi oleh golongan miskin. Kalau huraian saya itu salah, perbetulkan . Dan bagi ulaskan selanjut nya untuk kita fikirkan bersama.


Salam kepada Blog Suara Bebas Tuaran,

Mungkin setiap orang ada pendirian mereka masing-masing. Berhubung kenyataan Datuk Musa Aman ini ada betulnya dan ada juga tidak. Memang rakyat berusaha mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Tapi bantuan itu juga perlu untuk mengurangkan beban mereka. Seperti contoh untuk Nelayan memerlukan perahu, enjin dan pukat. Memang mereka dapat semua ini dengan usaha mereka. Tapi sekurangnya kerajaan perlu juga meringankan beban mereka dengan bantuan sedemikian. Jadi setiap apa yang dikatakan tidak ada salahnya. Cuma kita perlu menambah baikinya saja.


Kalau % royalti minyak dapat ditambah, sekurang-kurangnya mungkin ada juga peruntukan lebih untuk golongan yang daif. Sekarang ini yang kaya bertambah kaya, yang miskin makin lagi miskin. Kos hidup meningkat. Wajarnya kerajaan mencari jalan yang konkrit untuk seimbangkan taraf hidup penduduk tempatan Sabah. Jika ada bantuan untuk golongan miskin, pastikan ia sampai ke tangan mereka dan bukannya masuk ke poket golongan yang pok silap.


Yaa..aku tahu bagaimana kehidupan orang miskin..Kerana aku sendiri pun berasal dari golongan tersebut. Miskin tinggal atas air, sekolah pun susah. Nasib usaha dan keinginan sendiri ini dapat membantu. Kalau tidak sudah lama putus asa. Mungkin Solymone tahu kampung penimbawan. Kalau harap bantuan dari kerajaan memang lambat. Jadi kerana ingin mencari rezeki terpaksa juga turun padang tolong ibubapa potong bakau kalau ada orang mahu. yang ada untuk turun kelaut pun guna sampan saja. Tidak adalah enjin2 15 kuda ini. mendayung saja. minta peruntunkan bot enjin langsung tidak pernah dapat. Tunggu tidak guna pun bagus fikir usaha lebih untuk mendapatkannya.


Wsalam kepada yang memberi salam,

Komen kalian akhir-akhir ini saya postkan kerana lebih bermakna dan manasabah untuk dibaca.

Disini, ingin saya katakan bahawa saya tidak mengharapkan sangat, golongan miskin hanya bergantung semata-mata kepada kerajaan atau pun YB yang sudah kaya raya kerana kuasa yang mereka perolihi atas undian rakyat?

Dalam pada itu, saya bukan menafikan kenyataan Musa itu sebagai salah...itu tidak betul. Saya tidak kata begitu dalam artikel saya.

Namun dalam masa yang sama, saya terkilan bahawa betapa mudah nya Musa mengeluarkan titah kepada rakyat miskin untuk tidak mengharap sumbangan dari kerajaan.

Mungkin disebab beliau mampu, dari segala-gala nya dan dari sudut yang lain, mungkin beliau belum pernah merasa keperitan hidup yang di rasai oleh golongan yang serba-serbi kekurangan.

Apa salah nya kalau kerajaan teruskan program bantuan asas sebagai kekal dan merupakan catalyst pembuka ruang untuk golongan miskin(bukan golongan yang serba mampu) bagi meneruskan pencarian pendapatan mereka.

Realiti nya, memang ujud golongan saperti yang saya tekan kan disini. mahu pun di Sabah, Sarawak dan di semenanjung Malaysia. Kerana saya pernah melihatnya sendiri.

Lagi pun, sumbangan bantuan yang saya maksudkan datang nya dari dana kerajaan yang dikutip dari cukai rakyat…bukan nya hanya dari poket Musa atau pemimpin pemerentah yang lain...Dari kita semua yang mampu.

Kadang-kala nya, terasa tidak adil kalau kita (dengan niat) sengaja mempersalahkan golongan yang sememang nya mudah untuk dipersalahkan, ia itu golongan miskin.
Manakan mentimun boleh melawan durian.…golek disana dan golek disini mentimun juga yang binasa.

Menyentuh tentang kg Penimbawan yang terletak di Daerah Tuaran, saya telah melihat sendiri keadaan penduduk disana. Kecuali bekalan air minuman berseh dan letrik rumah kerumah yang perlu diselaraskan, penduduk kg Penimbawan bukan nya diketagorikan sebagai miskin yang saya maksudkan.

Penduduk di sana , mempunyai punca tersendiri untuk menampung sara hidup mereka.
Ada dikalangan penduduk disana yang mempunyai pekerjaan tetap dengan kerajaan; sebagai guru, pegawai, peniaga dan nelayan secara kecil-kecilan. Selainnya selaku pemandu boat yang membawa penumpang berulang-alik dari Serusop-Penimbawan-Serusop.

Rumusan nya, penduduk di sana akan terus hidup dengan bantuan atau pun tiada bantuan dari kerajaan…Penduduk dari suku Bajau yang boleh dibangakan sebagi ‘survivors’.


Terus terang, saya adalah dari keluarga susah. Takda apa2 dan makan pun asal ada makan saja. Soal usaha dah terlalu banyak yang kami usahakan, namun jujurnya hingga kini status famili kami x juga bertukar jadi kaya. hhuu


Syukur saja sekolah maju dan ada kerja tetap walaupun gaji tak setinggi mana. Tapi boleh lah :)


Jadi saya pun mahu juga tahu sumber pendapatan tu nak cari di mana tanpa bantuan kerajaan????


Bagi saya, hanya dengan kerjasama dari kedua-dua pihak saja baru status kehidupan orang susah dapat diperbaikii. Kalau tak, memang susah. huhu


Namun susah tak semestinya mustahil utk dilakukan. hehehe. So all the best, jom terus berjuang perbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.


seharusnya golongan miskin ini diberi bantuan untuk memulakan kegiatan pertanian atau sbgnya sebagai sumber pendapatan..namun tidak semestinya bantuan tersebut mesti daripada pihak kerajaan..pihak2 lain juga boleh turut sama membantu seperti badan2 bukan kerajaan..tanggungjawab ini seharusnya tidak dipikul oleh kerajaan semata-mata tetapi melalui kerjasama, rasanya nasib golongan miskin ini akan lebih terbela...


mereka yang tidak pernah hidup susah tidak akan faham keadaan golongan miskin ini..bak kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..sebagai masyarakat yang prihatin, golongan berkemampuan harus tampil memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan..


namun, seperti kata KM sabah, kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan..kita seharusnya berusaha untuk memajukan diri..


mungkin kerajaan harus menyediakan peruntukkan kewangan khas untuk golongan miskin sebagai modal untuk memulakan kegiatan pertanian atau lain2 yang boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga..cara ini lebih praktikal selain memberi bantuan bulanan kepada mereka..


Sokong Datuk Musa, tidak boleh hanya bergantung pada sokongan kerajaan...


Bagi mengurangkan kadar kemiskinan, kerajaan dan rakyat perlulah bekerjasama. Kerajaan perlu memberi bantuan kepada orang miskin, tapi itu pun rakyat sendiri kena berusaha juga. Jikalau kerajaan memberikan perahu dan jala, tapi rakyat sendiri tidak berusaha turun laut untuk menangkap ikan, tidak mungkin juga boleh mendapat keuntungan, kan?

Sama juga kalau kerajaan memberikan tanah, baja dan benih, rakyat tetap perlu berusaha untuk mengusahakan tanah tersebut, jika biarkan tanah itu berkosongan, tiada keuntungan boleh didapati juga.

Usaha dan tekad sendiri juga kunci yang penting untuk mengeluarkan diri daripada kemiskinan.


Kerajaan dan rakyat perlu saling bergantung dan bekerjasama untuk maju ke hadapan.


Contoh Komen saperti 'POP' mungkin tidak akan disiar dimasa akan datang. Tiada penjelasan kenapa beliau hanya sekadar menyokong Musa.
Kenyataan bergantung saperti ini, boleh menimbulkan banyak persoalan yang hanya membuang masa pelawat yang lain.

Harap Maaf


sudah menjadi tanggungjawab dan agenda WAJIB kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini tanpa perlu menasihatkan rakyat untuk tidak bergantung dengan bantuan kerajaan.

bagaimana rakyat tidak bergantung dengan kerajaan dan bagaimana rakyat mahu keluar dari kepompong kemiskinan jika masalah jalan, letrik, air, rampasan tanah masih berlaku di negeri ini? bukankah semua itu menjadi tanggungjawab asas kerajaan?

selagi ada situasi2 tertentu yang mendesak rakyat untuk mendapatkan bantuan, selagi itu kerajaan perlu menghulurkan bantuan dan rakyat juga perlu menggunakan sebaik2nya setiap bantuan kerajaan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails