Pada suatu ketika, Kerajaan melapurkan bahawa negara sedang berhadapan dengan fenomena kekurangan beras di seluruh negara. Termasuk negeri–negeri di Sabah dan Sarawak. Untuk itu, kerajaan perseketuan telah menghantar pakar dari institusi kerajaan saperti UPEN dan ISIS turun padang menjalankan tugas menyiasat dan seterusnya mengatur strategi untuk mendalami, memperbaiki serta menangani situasi yang dianggap serius ini.
Kerana tiada lagi berita mengenai isu ini, Jangkan saya, hal itu telah pun selesai dan negara kita tidak lagi mengalami krisis kekurangan beras sapertimana yang diwar-warkan sebelum ini. (Untuk rekod, saya pernah menghadiri taklimat mengenai masaalah kekurangan beras negara tersebut)
Namun, saya dikejutkan apa bila Pegawai Pertanian Daerah, Mohd Jasle Dinggle melapurkan bahawa daripada 2,868 hektar keluasan sawah padi di daerah Tuaran, hanya tinggal 1,754 hektar yang diusahakan. Kes ini melibatkan penurunan sehingga hampir 50 peratus akibat masalah kekurangan jentera pembajak daerah tersebut
- Menurut Jasle, situasi itu semakin serius dan turut mempengaruhi jumlah pengeluaran hasil padi di seluruh daerah ini sehingga memaksa pihaknya ‘mengimport’ jentera dari luar daerah sebagai antara langkah menangani masalah terbabit.
Antara kawasan yang teruk terjejas ada lah di Kampung Indai dan Panjut (Tuaran), Tamparuli dan Kampung Linsuk (Tenghilan) juga turut terjejas.
- Menurut Jasle selanjutnya, kini hanya sekadar 12 traktor empat roda yang memberi khidmat secara konsisten untuk memenuhi keperluan di seluruh daerah Tuaran dan dua buah traktor dua roda yang digunakan secara persendirian. Justeru, Jabatan Pertanian, terpaksa mendapatkan bantuan perkhidmatan empat jentera pembajak dari daerah Papar ke sini sebagai sokongan.
- Beliau memberitahu terdapat kalangan petani yang memiliki jentera pembajak dua roda namun masih belum memadai kerana bukan kesemua petani berkemampuan memiliki jentera terbabit.
Mengulas perkara sama, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran, Azlee Shah Abdullah berkata ekoran masalah itu pesawah mengambil langkah sama ada berhenti mengusahakan sawah mereka atau menyewakan kepada pihak lain untuk diusahakan. Dalam masa yang sama, ramai kalangan penanam padi sebelum ini kini beralih kepada sektor lain saperti getah.Menurut Azlee, masalah itu saling berkaitan; dimana semakin kurang perkhidmatan membajak, semakin kurang permintaan untuk khidmat pembajakan mengakibatkan penurunan jumlah kontraktor pembajakan yang membawa kepada masalah itu berlarutan dan semakin teruk.
- Namun bagi petani lain yang terpaksa mengusahakan sawah terutamanya milik pusaka atau milik keluarga sebagai sara hidup, mereka terpaksa mengambil ikhtiar termasuklah mengusahakan sawah dengan penanaman padi tanpa dibajak atau menggunakan cara lama iaitu menggunakan kerbau
Dalam hal-hal saperti ini, kita terfikir apa kah tindakan kerajaan, terutama sekali Kementerian Pertanian negeri dan juga negara demi untuk menyelesaikan masaalah kekurangan jentera pembajak di daerah Tuaran atau pun mungkin juga di daerah-daerah lain di Sabah?
Kalau sekira nya suntikan berupa bantuan tidak di salurkan kepada penanam padi di daerah Tuaran, kemungkinan besar ia nya menjalar menjadi ‘change reaction.’ Sehinggakan impak nya kepada pengeluaran beras di negara ini juga dijangka akan terasa.
Apa lagi, bila memikirkan bahawa dana kewangan negeri kita dikatakan kukuh sehinggakan sanggup membina pusat pentadbirannya yang bernilai RM 388 Juta (gambar hiasan kiri). Pusat yang dilabelkan sebagai sensasi, sehinggakan telah banyak mendapat tentangan pembangkang dan aktivist NGO yang lain.
Harapan kita(terutama sekali petani daerah Tuaran), agar kerajaan lebih mengambil perhatikan masaalah ini dengan sewajar nya dengan melaksanakan skim pengagihan peruntukan negeri yang seimbang.



August 18, 2011 3:05 PM
harap pekara ini akan diberikan perhatian. masalah kekurangan jentera perlu diatasi oleh pihak yang berkaitan agar penanaman padi tidak terjejas.
August 18, 2011 7:28 PM
perkara ini harus ditangani segera..
peruntukkan dan bantuan kewangan harus diberikan kepada para petani agar masalah jentera pembajak dapat diatasi..
August 18, 2011 10:50 PM
Dui biar betul. Bahaya kalau mcm ni, nanti timbul masalah lain pula.
August 18, 2011 10:52 PM
Hal ini harus diberi perhatian segera. Jangan dibiarkan saja.
August 18, 2011 10:54 PM
Semoga hal ini dapat ditanggani segera demi kebaikan semua pihak.
August 19, 2011 8:16 AM
rasanya lebih baik kerajaan bantu menyelesaikan masalah pengeluaran padi di daerah Tuaran sebelum merancang membuka ladang padi di daerah lain. bagaimana rakyat hendak percaya bahawa kerajaan benar2 serius meningkatkan pengeluaran padi di negeri ini jika kawasan yang telah tersedia diabaikan.
August 19, 2011 9:22 AM
Dimana bantuan dan strategi yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan untuk membantu memperkembangkan industri penanaman padi?
August 19, 2011 9:23 AM
Sabah mempunyai cuaca dan tanah yang subur, adalah sangat sesuai untuk tujuan penanaman. Industri pertanian wajar dibangkitkan.
August 19, 2011 10:09 AM
Rasanya penanaman padi perlulah diusahakan lebih. Masalah yang timbul ini perlulah diberikan perhatian oleh jabatan pertanian.
August 19, 2011 10:31 AM
Mana Jabatan pertanian kawasan tersebut? Kenapa boleh berlaku kekurangan jentera pembajak ditempat penanaman padi di Tuaran?
Post a Comment