SUARA BEBAS TUARAN

PR Persoal Ketelusan Jawatan Kuasa Khas Parlimen?

Labels:

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan matlamat pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen(PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan berjaya sekiranya ia hanya melibatkan perbincangan satu hala.
Beliau juga menyifatkan pembentukan jawatankuasa itu sebagai “penghias jendela” selain menegaskan Putrajaya tidak serius untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya.
Kerana kata beliau, Kerajaan BN hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini.
  • "Apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini. “ kata beliau
  • “Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar,” katanya.
  • Dalam pada itu, , Pakatan Rakyat akan memulaukan jawatankuasa pilihan khas itu jika terma rujukan tidak memuaskan. Antara yang dimaksudkan oleh PR ada lah 8 tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang menyebabkan Berseh 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu.
  • Walau macammana pun, Najib juga mengetepikan ugutan daripada Pakatan Rakyat yang mahu memulaukan jawatankuasa pilihan khas itu jika terma rujukan tidak memuaskan.
  • “Ini adalah tawaran ikhlas daripada kami,” kata beliau sambil menambah, pentadbirannya mahu mengadakan perbincangan dengan segenap lapisan pihak untuk mendapatkan konsensus mengenai pembaharuan yang hendak dibawa.
Isnin lalu, Najib mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.
Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.
Sumber: Malaysian Insider
8 comments:

semua pihak seharusnya memberikan komitmen untuk menambahbaik sistem pilihanraya..jika jawatan kuasa khas parlimen dapat membantu menambahbaik sistem pilihanraya maka semua pihak haruslah memberikan kerjasama.


bukanlah dalam jawatankuasa tersebut akan turut disertai oleh pembangkang. semua usaha kerajaan pasti akan ditolak oleh pembangkang.


Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak ada yang ingin disembunyikan, buat apa nak main papan sorok papan lagi? Mungkin kenyataan Najib telah mengelirukan beberapa pihak. Adalah lebih baik beliau menerangkan yang sebenar-benarnya fungsi dan tugas Jawatankuasa Khas Parlimen ini.


Apa tugas PSC sebenarnya? Mungkin kerana kita masih belum tahu hala tuju menyebabkan masih ada persoalan berlaku.


bila tempat sudah disediakan, dia tolak pula.. bila tidak ada, dia ajak pula rakyat turun ke jalan raya, kononnya kerajaan tidak memberikan mereka peluang membincangkan perkara ini.

apa salahnya sebelum melemparkan persepsi negatif, guna dahulu jawatankuasa khas ini untuk mengetengahkan isu2 berkenaan dengan pilihanraya.


Diharapkan Bersih mampu menegur Putrajaya dan SPR untuk mencapai reformasi dalam sistem pilihan raya.


Memang jika belum beroperasi tidak nampak apa sebenarnya kesan positif dan negatif yang ada. Adalah lebih baik jika kita tunggu sehingga jawatan kuasa ini sudah beroperasi.


Jangan terlalu negatif kerana kadang2 fikiran kita yang negatif akan mengundang aura negatif. itu sebabnya kita harus sentiasa berfikir positif.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails