
Langkah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, meluluskan pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan, seakan-akan mencerminkan bahawa diri beliau kekal menarajui kerajaan negeri Sabah sepanjang hayat beliau.Selain dari itu, beliau juga menjangkakan terus menerus memegang portfolio Ketua Menteri dan sekaligus sebagai Menteri Kewangan selama-lamanya.
Untuk persedian ini, beliau rangka sebuah pusat pentadbiran yang memenuhi selera beliau selaku ala–ala seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang penuh bergaya lagi berjaya dinusantara ini.
Justeru untuk merealisasikan cita-cita ini, beliau, dengan kuasa yang ada ditangan, meluluskan pembinaan ‘Pusat Pentadbiran Sabah’ yang berharga RM388 juta demi untuk menyatupadukan pejabat-pejabat di bawah kelolan Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan dari berselerak di Menara Tun Mustapha, Wisma Innoprise dan Wisma SEDIA.- Selain dari itu, keadaan ini menyulitkan bukan sahaja kepada beliau untuk kesana kemari menangani kedua-dua tugas tersebut, ia juga dikatakan menyusahkan orang awam dan pegawai-pegawai kerajaan untuk berinterksi dan berurusan antara satu sama lain.
Dalam pada itu, ada diantara bangunan-bangunan kerajaan yang digunakan sekarang saperti Wisma Kewangan, mengalami kerosakan akibat usianya yang sudah lanjut; di mana kos membaik pulih adalah terlalu tinggi.- Dengan alasan konon, keadaan semakin mendesak bagi menampung keperluan ruang pejabat yang kian meningkat ini, Musa berpendapat sudah tiba masa nya kerajaan membina sebuah Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri
- Selain dari itu, Musa berkata kelulusan ini ada lah selaras dengan pertambahan peranan dan fungsi perkhidmatan awam negeri dalam menyokong dasar dan strategi pembangunan negara dan negeri.
- Beliau berkata cadangan untuk membina Kompleks pentadbiran itu bukan satu idea yang baru.
- "Ianya memang telah lama dirancang iaitu sejak pemerintahan kerajaan Berjaya lagi. Namun, pembinaannya terpaksa ditangguhkan untuk memberi keutamaan kepada projek-projek pembangunan yang lain, katanya.
Musa berkata, pembinaan kompleks berkenaan akan dibiayai melalui beberapa sumber termasuk sumbangan daripada agensi dan syarikat-syarikat kerajaan dan melalui peruntukan kerajaan negeri. Antara nya;- Sawit Kinabalu Sdn Bhd akan memperuntukan sebanyak RM100 juta.
- Warisan Harta (Sabah) Sdn Bhd menyumbang RM50 juta.
- Badan berkanun dan agensi kerajaan negeri yang berprestasi tinggi akan menyumbang tidak kurang daripada RM100 juta melalui pemberian dividen kepada kerajaan negeri.
Menurut Musa, berdasarkan saiz dan kos projek itu yang agak besar, pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri itu dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tender terhad. Kontrak dijangka akan memakan masa 30 bulan.Seramai 10 kontraktor berwibawa yang telah melalui proses kelayakan awal telah dipelawa untuk menyertai tender. Kesemua kontraktor yang dipelawa ini dilapurkan mempunyai rekod cemerlang dalam melaksana dan menyiapkan projek-projek besar di negeri Sabah, katanya.
Analisa Solymone
Kalau difikirkan, kes ini seakan-akan sinonim dengan Menara Warisan Merdeka di Kuala Lumpur. Cuma bezanya Menara Warisan Merdeka maseh lagi dalam tahap perancangan. Manakala 'Surat Tawaran (LA)' untuk Pusat Pentadbiran Sabah sudah dikeluarkan untuk tujuan pembinaanWalau macammana pun, tata-cara merancang, kos anggaran dan membina sesebuah kompleks sapertimana Musa huraikan, ada lah mengikuti prosedur yang betul dan 'justified'. Seadanya, tidak banyak yang perlu dipertikaikan nya.
- Sistem ‘Melantak Pakukan’ bahawa setiap Ketua Menteri semesti nya memegang portfolio Menteri Kewangan dengan sekaligus.
Sedang kan sebelum ini, pernah KM memberi ruang kepada YB yang lain melaksanakan tugas Menteri Kewangan.
Dalam kes ini, sekira nya Musa tidak terpilih sebagai KM (atau pun berlaku perubahan kerajaan) selepas PRU13? Apakah KM yang baru akan memegang kedua-dua portfolio kementerian atau hanya memegang portfolio Ketua Menteri dan Menteri Kewangan di bagi kepada YB yang lain?
Dalam situasi begini, perlu lagi kah pentadbiran dua Kementerian tersebut diserasikan dalam satu kompleks bangunan? Atau ia nya sekadar membazirkan wang rakyat yang lebih memerlukan? - Dikatakan kos membaik pulih bangunan (pejabat) lama terlalu mahal. So, apa kah nasib bangunan lama setelah ia nya dikosongkan? Ada kah ia nya dimusnahkan? Atau pun ia nya dibiarkan kosong untuk dihantui oleh para penagih dadah, aktiviti maksiat haram atau pun kutu-kutu rayau?
Yang jelas, keadaan rakyat negeri Sabah semakin hari semakin merunsingkan. Fenomena serba kekurangan ini bukan sahaja di rasai oleh rakyat luar bandar mala warga kota yang berpendapatan rendah pun terasa juga bahang bebanan ini.Justeru, pembinaan kompleks yang begitu mahal dengan mengenepikan kehendak yang lebih kronik, seakan-akan melambangkan ketidakseimbangan pada dasar kerajaan Sabah dalam sesi pengagihan harta kekayaan yang ada.
Kalau dikirakan, isu ini boleh di sabitkan sebagai kisah dalam cerita “Antara dua darjat’ atau pun “A Tales of two cities”.
Namun, Kesimpulan nya, tender untuk “Cadangan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah (Fasa 1 – Kerja-kerja Pembangunan)” for a contract sum of RM388, 737,737.00. The duration of the construction period is 30 months.), telah pun dihadkan kepada Bina Puri Sdn. Bhd dari semenanjung.
Harapan kita, kisah keengganan Datuk Harris Salleh menyerahkan kerajaan kepada Datuk Pairin Kitingan (ketika Berjaya di kalahkan oleh PBS) di bangunan Yayasan Sabah, tidak akan berulang.Sehinggakan khidmat polis, terpaksa digunakan untuk memaksa Harris memberi kuasa Ketua Menteri kepada Pairin.




August 25, 2011 9:34 AM
Ada kebaikan dan keburukan membina bagunan pentadbiran ini. Kerajaan perlulah membuat pertimbangan yang wajar untuk melihat sama ada kebaikannya lebih banyak berbanding keburukan ataupun sebaliknya sebelum projek ini dijalankan.
August 25, 2011 10:14 AM
setuju dengan anak Sabah, pasti ada pro dan kontra..yang penting apa yang dilaksanakan perlulah memberikan manfaat kepada rakyat..
August 25, 2011 10:26 AM
Anak Sabah, Samm
Untuk kakitangan kerajaan dan pengunjung yang 'regular', sememang nya pejabat baru lagi changgih, ini banyak memberi manfaat dan kebaikan.
Terutama sekali mereka yang bergelar menteri.
Namun pada majoriti rakyat biasa yang jarang atau pun tidak pernah datang ke pejabat di KK, bangunan ini tidak bermakna langsung.
Secara simbolik nya, bangunan ini melambangkan kejayaan dan kekayaan negeri Sabah...'In other words, so much money to spend'. Tetapi malang nya, maseh banyak lagi kehendak rakyat yang belum terurus. Saperti 40,000 orang belia(termasuk lulusan universiti) maseh menganggur dan kemiskinan tegar disana sini... Itu lah hakikat nya.
August 25, 2011 11:19 AM
bagi saya, kita perlukan jg pusat pentadbiran tersebut bagi memudahkan urusan pentadbiran kita. sesiapa yang ingin berurusan dgn kerajaan juga tak perlu bergerak sana sini. jika kita tak bina sekarang, suatu hari nnti pasti ia akan dibina juga.
August 25, 2011 3:19 PM
There are different allocation & programs run by the state & federal government to eradicate poverty, which is sufficient at the moment.
Its not like the government didn't do anything to address the poverty problems. They did & in fact the result is not so bad at all!
So, what is the problem of building an administration center that will house all the state ministry? I don't see any problems & its actually should have been built years ago by the previous CM's!
The location is also suitable, since it is near the 'Mini Putrajaya', the State assembly and UMS. It can be an administration hub for Sabah, with the federal & state ministry & Agency located at a stone throw away.
August 25, 2011 8:06 PM
Polemic,
Thanks for your encouraging comments. And on the same token, I wish you had put up your comments in Bahasa Malaysia, so that it is easier for other to anticipate.
In a way, you are right when you mentioned all allocations are coded for its functions and purposes. But one thing, we have to make it clear that all the government moneys come from the same resources such as taxes, royalty etc come in lump sum. Then only the decision maker will allocate them accordingly to various needs in form of funds.
I don’t really know how much you know about Sabah and its people? It seems you misaddressed the situation in Sabah. You are absolutely wrong when you mentioned that the government had sorted out the pertinent poverty and jobless problem in Sabah.
By the way, have you ever visit Pitas, Kinabatangan, Nabawan and other interior districts of Sabah? And do you know that Sabah is categorized by the world banks as one of the rich state with the poorest people in Sabah? If not, you are welcome do so…
In regards with the building of the administration complex, I didn’t say that it is totally wrong to have one in Sabah. But prior to this, you are wrong to say that the complex is serving every ministry. For your further information, the complex is only designed to cater for the office bearers and staffs of Chief Minister and the Minister of Finance.
But then again, what will happen to the previous offices they used to station before? They didn’t mention anything about utilizing program for those so-called abandon offices? In fact there are some offices like Wisma MUIS is in shortage of occupants.
Now, you mentioned about administration Hub; ’Mini Putrajaya?’ Or why not mini ‘Iskandar Johor’ for that matter?
Actually, in Sabah you can develop as many Hubs as you like. But will the means justify the course for all this, if the people is still urgently in needs of financial support to eradicate poverty and to provide jobs for 40,000 youths (inclusive of graduates) in Sabah?
August 26, 2011 11:11 AM
rasanya kerajaan negeri tidak akan berganjak dari pendirian mereka untuk terus membina pusat pentadbiran ini kerana bagi para menteri di Sabah, pembinaan pusat pentadbiran ini adalah satu keperluan.
bagi saya projek ini perlu diteruskan dan dalam masa yang sama, rakyat dan pemimpin2 politik di sabah perlu terus mendesak kerajaan persekutuan untuk menyalurkan lebih banyak peruntukkan untuk negeri ini.
August 26, 2011 12:01 PM
saya bersetuju dgn polemic, walaupun pusat pentadbiran tersebut dibina, ia takkan mengganggu usaha kerajaan dalam membangun dan membasmi kemiskinan di Sabah. kita telah ada peruntukan lain untuk perkara tersebut.
August 26, 2011 2:10 PM
Kalau benar pun bangunan ini penting pastikan dulu masalah lain dapat diselesaikan. Tapi saya setuju juga pembinaan ini. Tapi bolehkah adanya bangunan ini dapat menyelesaikan masalah pengangguran yang ada sekarang bagi lepasan graduan di Sabah?
Harap kerajaan lebih bijak menguruskan kewangan kita ini. Jangan biar penduduk Sabah memikirkan kerajaan membazir tanpa memberikan hasil dan manfaat kepada penduduk.
Memang bangunan ini ada kebaikkan saya sendiri tidak nafikan semua itu. Cuma berikan tumpuan kepada yang utama terlebih dahulu. Itu yang penting. RAKYAT DIDAHULUKAN...
August 30, 2011 10:56 PM
Bagi saya Pusat Pentadbiran Kerajaan ni ada pros dan cons. Jadi terpulanglah pada pandangan individu masing2.
August 30, 2011 10:56 PM
Tapi bagi saya kalau untuk kebaikan mestilah saya sokong kan:P hehe
August 30, 2011 10:58 PM
Saya yakin keluhan ini timbul sebab kalau pusat pentadbiran tu dibina, konpom perlukan bajet yang besar kan.. Jadi kalaulah bajet tu digunakan utk penuhi kemudahan rakyat seperti jalan raya dan air, rasanya lagi best. hehe
August 30, 2011 10:58 PM
Tapi mcm si mantra cakap, kalau tak dibina sekarang suatu masa nanti pasti akan dibina juga tu.
August 30, 2011 11:00 PM
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Yang pasti, penjawat awam harus tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
September 1, 2011 1:51 AM
hello.. dkt KL drg sdh mampu bina menara 88tingkat, kita dkt sabah baru mw buat 30tgkt uda ada org tgk keburukan lbh dr kebaikan.. common lah sabahan, as Donald Trumph was said: THINK BIG!
September 1, 2011 1:57 AM
dorang dkt KL sdh mampu bina menara 88tingkat. Dkt Sabah, baru mw dirikan 30tgkt pun ada lg mw pertikaikan.. ketawa owh member2 sy dr KL.. commonlah Sabahan,as Donald Trumph have said accept it, see more on positive and THINK BIG
September 1, 2011 11:19 AM
Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, Headboy Majakir 2007, patut tahu apa makna sebenarnya ‘THINK BIG’ dalam isu rakyat dan negeri Sabah secara keseluruhan nya.
Sekadar mampu membina sebuah menara tinggi sapertimana yang Headboy Majakir 2007 banggakan tidak memenuhi istillah logik ‘THINK BIG’ sebenarnya.
Ia sepatut nya meliputi setiap definasi kemajuan moral dan mental yang boleh dirasai dan dibanggakan bersama oleh semua rakyat Sabah.
So 'THINK BIG' on other pertinent issues as well, Headboy.
Anyway thanks.
September 6, 2011 11:43 AM
Terima kasih atas reply brother Solymon.
Saya rasa banyak program2 untuk membasmi kemiskinan sedang & akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Namun begitu, saya akui masalah utama dalam program2 ini adalah implimentasi. Terdapat beberapa ketika dimana Ketua Menteri sendiri terpaksa turun padang atau mengeluarkan kenyataan bagi menyelesaikan masalah2 kecil berkaitan dengan implementasi program kemiskinan ini.
Berkenaan dengan bangunan pusat pentadbiran Sabah ini, Mungkin saya telah membuat kesilapan dengan menyatakan bahawa semua kementerian akan diletakkan dibawah satu bumbung.
Akan tetapi, perlu diingat bahawa dibawah Jabatan Ketua Menteri saja terdapat 16 cabang (4 Bahagian, 1 biro, 1 institut latihan, 7 pejabat, 3 unit) yang tidak terletak di satu tempat yg sama.
Bagi Kementerian kewangan pula terdapat (2) buah Jabatan, dua (2) buah Badan Berkanun dan sembilan (9) buah Agensi yang juga terletak berasingan.
secara totalnya, terdapat 29 cabang yg perlu berada dibawah satu bumbung.
Jika dilihat dari segi jangka masa yg panjang, bangunan ini akan memberi faedah bukan saja kepada rakyat, tetapi juga kepada pegawai2 kerajaan yang mempunyai urusan di jabatan2 atau pejabat2 yg berlainan & yg berkaitan.
Berkenaan dengan unemployed graduates yg disentuh brother, baru2 ini ada expo kerjaya diadakan di KK anjuran pemuda BN. seingat sya, tiap2 tahun ada saja expo2 kerjaya yg dianjurkan oleh kerajaan..graduan perlu ambil initiatif la untuk datang & cari sendiri...jgn asyik kena "spoonfeed" oleh gomen saja ba urang bilang..
Post a Comment