SUARA BEBAS TUARAN

Sabah Urus Tadbir Kewangan Terbaik Di Malaysia?

Labels:

Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman berkata, Sabah adalah negeri yang mempunyai tadbir urus kewangan terbaik di Malaysia, maka sebab itu ramai pelabur tertarik untuk melabur di Sabah. Demekian katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sabah anjuran Kumpulan Yayasan Sabah di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kota Kinabalu malam Khamis.
  • Dalam masa yang sama beliau berkata peruntukan tambahan RM10 juta bagi setiap negeri termasuk Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan bahawa Najib memberi perhatian kepada pembangunan di negeri itu.
  • Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan semalam bahawa peruntukan itu akan diberi tahun depan di bawah Geran Asas Peringkat Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan.
  • Peruntukan tambahan itu amat bermakna dari segi meningkatkan ekonomi di Sabah terutama dalam usaha menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di negeri di bawah bayu itu, kata Musa.
Dalam isu peruntukan tambahan ini, saya teringat artikel bertajuk “Pekan, Infrastruktur Asas Di Pedalaman Daerah Tuaran Daif?” yangmana saya postkan tidak lama dehulu. Dalam artikel itu saya sentuh bahawa maseh banyak lagi infrastruktur asas yang perlu di perbaiki dengan kadar yang segera di kawasan Tenghilan( dalam DUN Tamparuli). Terutama nya jalan-jalan raya kampung yang maseh belum naiktaraf atau pun diturap.
Harapan penduduk di Tenghilan agar segelintir dari peruntukan itu, disalurkan di kawasan tersebut sebagai memenuhi hasrat bahawa Ketua Menteri dan kerajaan BN pekah terhadap rakyat yang memerlukan bantuan selama ini.
Sumber: BERNAMA, Agensi
Nota: Klips Video melambangkan keadaan beberapa kawasan di pedalaman daerah Tuaran

20 comments:

walaupun Sabah dikatakan negeri paling miskin. namun sabah mempunyai pengurusan wang paling terbaik dan Sabah juga antara negeri paling kurang berhutang berbanding negeri2 lain. ini yang akan memacu kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah.


berkenaan dgn peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta, sSabah seharusnya menerima lebih banyak peruntukan kerana masih byk lagi kawasan2 di Sabah yang mundur dan perlukan pembangunan. apa yang diharapkan peruntukan yang diberikan akan digunakan dgn sebaiknya untuk pembangunan rakyat.


peruntukkan RM10 juta akan disalurkan pada tahun depan menurut PM...diharapkan peruntukkan ini akan dapat memacukan lagi agenda pembangunan di sabah.


sabah urus tadbir kewangan terbaik di malaysia..ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan yang amat membanggakan..


anggap saja peruntukkan ini sebagai duit raya yang diberikan oleh persekutuan kepada semua negeri..namun, peruntukkan ini harus digunakan sebaiknya..walaupun sedikit namun ianya akan memberikan manfaat yang besar jika digunakan sebaiknya.


Siapa bilang Sabah urus kewangan terbaik di Malaysia…Musa Aman?
Kalau lah statement Musa itu betul kenapa banyak kawasan yang teruk saperti kawasan luar bandar Tamparuli dan Pitas?

Peruntukan kerajaan sepatutnya di belanja untuk memperbaiki infrastruktur asas yang perlu bantuan saperti di Tenghilan dan lain-lain kawasan sewaktu dengan nya.

Wang simpanan negeri untuk kegunaan membina pusat pentadbirannya yang bernilai RM 388 Juta ‘at the expense of’ kesusahan rakyat di merata-rata tempat itu dikatakan pengurusan terbaik di Malaysia kah?

Kemorosotan ekonomi rakyat dengan kenaikan harga barang, tanah dirampas , pembangunan infrastuktur asas yang teruk di Sabah, bukan nya salah pembangkang.
Pembangkang tiada kuasa untuk mengujudkan dana kewangan.
Pembangkang sekadar menegur bagi pehak rakyat. Tanpa pembangkang pun, kawasan tersebut tetap juga bermasaalah.

Mengagung-agungkan Musa sebagai Ketua Menteri yang terbaik dari yang tebaik, bukan nya dapat mengubah keadaan di kawasan di Sabah yang daif.

Sepatut nya dalam isu ini, Musa tidak layak dianggap saperti melaikat. Musa hanya sekadar umat yang bernasib kerana rakyat yang mengundi beliau dan seterusnya ditakdirkan menjadi Ketua Menteri.

Dalam kes ini, Musa patut gunakan kebijaksanaan beliau sebagai pentadbir yang pakar mengurus wang untuk membantu rakyat. Bukan sekadar simpan wang tersebut dalam DANA sebagai hiasan yang berbentuk logistik dan statistik ( in paper) semata-mata.

Kecuali pembaca tidak pernah melawat kawasan-kawasan di Sabah yang dilandah kemiskinan atau pun pembaca dibayar-bayar untuk menutup mata, saya yakin pembaca faham bahawa penduduk luar bandar sedang berhadapan dengan masaalah serba kekurangan di Sabah


lebih baik salurkan $10juta itu dalam tahun ini kerana masih banyak tempat di Sabah perlu dibangunkan terutama kawasan pendalaman


lebih bagus salurkan duit $10juta itu dalam tahun ini kerana masih banyak kawasan di Sabah terutamanya di pendalaman amat memerlukan pembangunan


yang penting Sabah perlu sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian sedia ada..peruntukan yang diberikan juga diharap akan dapat membantu meningkatkan pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sabah.


Terbaik atau tak yang pasti penambahbaikkan harus sentiasa dilakukan.


Justeru para pemimpin harus sentiasa berusaha cari jalan untuk majukan Sabah :)


Sabah kenalah berusaha lagi. Walaupun dikata negeri yang termiskin tetapi janganlah berputus asa.


Sabah terdapat ketua yang baik pastilah mendapat pengurusan yang baik sekali, kita kenalah bersyukur.


Mengikut Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, KDNK (GDP) Per Kapita Sabah telah meningkat hampir 100 peratus iaitu RM10,687 pada 31 Disember 2005 kepada RM17,239 pada 31 Disember 2008

manakala, laporan RAM pula telah memberikan rating tertinggi bagi negeri Sabah iaitu AAA membuktikan kedudukan ekonomi Sabah yang kukuh sekaligus mampu meningkatkan kepercayaan pelabur kepada kerajaan negeri Sabah.

walaupun tanpa Musa Aman mewar2kan bahawa Sabah memiliki urus tadbir kewangan terbaik di malaysia, ianya sudahpun terbukti berdasarkan statistik dan laporan agensi rating yang terkenal di seluruh dunia.


cuma masalahnya di sabah, gerak kerja jentera2 kerajaan terutamanya persekutuan terlalu lemah sehingga masih banyak kawasan yang mundur.


Harap dengan ada peruntukkan ini akandapat membantu sedikit kekurangan kemudahan yang ada di Sabah ini. Kerajaan negeri Sabah pasti mencari jalan untuk menangani semua ini. Jadi kita sebagai rakyat berhak untuk bersuara untuk meminta bantuan daripada kerajaan. Semoga kepentingan rakyat dapat diperjuangkan.


Peruntukkan itu tidak penting sangat sebenarnya. Apa yang penting disini adalah niat dan semangat pemimpin itu sendiri membantu masalah rakyat pendalaman. Jangan biarkan rakyat terus dilanda serba kekurangan. Sampai bila rakyat akan dalam keadaan begini?


Tapi saya rasa Sabah masih perlu berusaha lagi dalam segi kewangan dan pembagunan. Harap kerajaan akan teruskan usaha untuk membawa kemajuan kepada negeri kita.


Banyak yang perlu dilakukan lagi, tapi jika memang terbukti bahawa Sabah mengurus tadbir kewangan terbaik teruskan usaha itu dan jangan sesekali melakukan kecuaian.


Selamat maju jaya bagi pemimpin dan juga rakyat Sabah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails