Tindak tanduk Kerajaan pemerentah yang amat mengecewakan rakyat menyebabkan semangat rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara semakin pudar dari setahun ke setahun.
Pada dasarnya, semua rakyat Malaysia pasti ingin merayakan sambutan kemerdekaan negara, tetapi kekecewaan rakyat terhadap tindakan Kerajaan menyebabkan rakyat tidak bersemangat untuk menzahirkan semangat patriotisme masing-masing menerusi sambutan perayaan hari yang amat bermakna itu bagi setiap warganegara ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keadaan itu agak berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat negara-negara lain di seluruh dunia, termasuk Indonesia, apabila tibanya bulan sambutan kemerdekaan negara masing-masing. - Menurut beliau, antara bukti kekurangan semangat rakyat negara ini untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara boleh dilihat dari kekurangan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah, kenderaan-kenderaan dan premis-premis masing-masing.
Katanya, keadaan yang tidak memberangsangkan itu pula ternyata semakin ketara dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi pada tahun ini apabila bulan Ramadhan yang lebih menguasai suasana. - "Kerajaan BN sepatutnya faham dengan reaksi rakyat itu dan patut bertindak bijak mengatasi masalah. Reaksi seperti itu sudah ditunjukkan oleh rakyat sejak beberapa tahun lalu.
"Antara kekecewaan rakyat dengan tindak tanduk Kerajaan pemerentah termasuklah tindakan kerajaan yang amat mengecewakan dalam melaksanakan pilihanraya sehingga pilihanraya di negara kita tidak pernah bersih dan adil. - "Apabila rakyat memprotes dengan mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, Kerajaan pemerentah mengarahkan pula pihak polis supaya berperang dengan rakyat yang
berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang menyertai perhimpunan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini. - Sepatutnya, menurut beliau, kerajaan mendengar suara-suara yang baik dari rakyat kerana dengan itu barulah boleh diperbaiki segala kelemahan yang ada dalam kerajaan, tetapi tindakan Kerajaan pemerentah ternyata sebaliknya.
- "Itulah yang mengecewakan rakyat dan menyebabkan semangat rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan turut berkurangan atau luntur dari setahun ke setahun, bukannya kerana rakyat negara ini sudah hilang rasa cinta dan sayangkan tanah air," katanya.
- Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, keadaan itu diyakini akan berterusan selagi Kerajaan pemerentah tidak berusaha mengatasi kekecewaan rakyat berhubung segala tindak tanduknya yang tidak disenangi itu.
Namun selagi Umno memerintah negara ini, beliau yakin, seluruh rakyat tidak akan berpeluang untuk menikmati keadaan lebih baik dalam negara ini kerana para pemimpin Umno BN tidak mungkin akan berusaha memperbaiki segala kepincangannya disebabkan kepentingan mereka sendiri untuk terus kekal berkuasa. - "Jadi kepada seluruh rakyat, saya harap jangan menjadi lemah untuk terus melakukan perubahan yang baik terhadap negara kita, walaupun dikecewakan, walau siapa pun yang memerintah negara," ujar beliau.
Di Daerah Tuaran, Sabah sendiri pun , saya perhatikan sememang nya terdapat kekurangan dikalangan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah dan kenderaan-kenderaan masing-masing.
Bila ditanya, ada dikalangan mereka yang berkata mereka menjimat wang untuk kegunaan bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti. Walhal harga sehelai bendera hanya lah sekadar lebih kurang RM5.00 sehelai.
Walau macam mana pun, kita maseh ada 10 hari sebelum hari Merdeka. Justeru, kita berharap keadaan akan berubah, bendera jalur gembilang dikibarkan semula dengan sepenuhnya disana sini.
Kerana semangat kemerdekan itu tidak sepatutnya di politikkan.



August 22, 2011 9:54 AM
pada saya, tidak wajar menyalahkan kerajaan semata-mata kerana dilihat seperti kurangnya semangat menyambut hari kemerdekaan. sepatutnya PAS juga harus bersama-sama membantu menyemarakkan semangat kemerdekaan dan bukannya menjadikan isu ini bahan politik.
harap dalam masa terdekat ini kita akan dapat melihat lebih banyak bendera akan dikibarkan agar semangat kemerdekaan tetap dirasai walaupun dalam kemeriahan Sambutan Hari Raya.
August 22, 2011 10:06 AM
semangat kemerdekaan dan patriotik di kalangan rakyat Malaysia mmg dilihat makin pudar, tapi takkan BN nak dipersalahkan, bagaimana pula dgn pemimpin pembangkang yang memburukkan nama Malaysia di luar negara. bukankah itu lebih tidak patriotik.
August 22, 2011 12:08 PM
Setuju dengan pendapat zam dan antap. Kenapa semua kesalahan harus dituding kepada kerajaan? Apa peranan PAS dan parti2 pembangkang yang lain? Adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab untuk menyemat semangat patriotisme di kalangan masyarakat? Memang ada pihak yang tak suka kerajaan tetapi janganlah sampai nak menghasut rakyat bencikan negara pula.
August 22, 2011 1:42 PM
Sdra Zam dan Scarlett,
Kadang-kadang memertahan kelemahan satu-satu agensi itu, tanpa mengambil kira realiti di persekitaran itu, tidak akan mengubah semangat rakyat yang sememang nya sudah mula pudar itu dan tidak akan menyelesai masaalah.
Berjuta kali pun PAS atau Pembangkang berusaha bertungkus lumus untuk menyemarakkan semangat kemerdekan itu…Pasti nya tidak akan Berjaya. Kerana mereka bukan kerajaan yang mampu membantu rakyat yang serba kekurangan dari bebanan saperti;
1) Harga barang naik ( gaji tidak naik untuk pejawat awam dan agensi kerajaan).
2) Progam kerajaan untuk menangani kemiskinan tidak sampai ke matlamat.
3) Tanah untuk kegunaan peladangan…Di rampas.
4) Bilangan belia yang menganggur bukan nya berkurangan mala bertambah.
5) Kemudahan infrastruktur asas yang daif.
6) Dan banyak lagi masaalah dalam rakyat yang lain.
Wal hal, dikatakan ekonomi kerajaan (termasuk Sabah) sangat kukuh. Sehinggakan mampu membina bangunan wawasan merdeka setinggi 100 tinggat dengan kos RM 2 billion di semenanjung dan pusat pentadbiran negeri bernilai RM388 juta di Sabah.
Dalam isu yang serius lagi kronik ini, sepatut nya kerajaan mendengar teguran untuk ini dari sesiapa sahaja termasuk PAS, Pembangkang, NGO, saya dan juga Sdra Zam dan Scarlet.
Contoh nya, ada kah kenyataan saya bahawa terdapat kekurangan dikalangan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah dan kenderaan-kenderaan masing-masing di Tuaran masa kini, berunsur-unsur hasutan atau pun saya telah dipengaruhi(dibayar) oleh pembangkang semata-mata untuk menyatakan demekian?
Kita selalu dinasihatkan agar lebih proaktif, creative, innovative dan seterusnya menganjakankan minda kita ketahap universal sebagai pengorbanan untuk membantu kerajaan dan rakyat tempatan.
Namun, tanpa suntikan dan usaha yang jelas dari kerajaan dan pemimpin yang memerentah; rakyat semakin hari semakin susah untuk menambah pendapatan keluarga mereka.
Sehinggakan semangat untuk membeli bendera jalur gemilang ( bukan nya begitu mahal) pun mereka tergamak berhati-hati sebagai langkah berjimat-jimat.
Untuk itu, fikir-fikir lah sendiri.
August 22, 2011 3:12 PM
Rasanya rakyat terlalu memikirkan HAri Raya yang bakal tiba. Tapi sebaiknya jiwa kemerdekaan ini kita tidak boleh lupakan juga. Kibarkanlah jalur gemilang? Tidak ada guna jika semangat tidak ada kemerdekaan.
August 22, 2011 3:30 PM
saya tidak heran sambutan hari merdeka tahun ini tidak seperti sebelumnya.. dari awal tahun hingga ke hari ini, terlalu banyak isu2 samada diperingkat nasional mahupun tempatan lebih kepada menjatuhkan imej kerajaan.
samada memang sudah nasib PM mengambil alih tampuk pemerintahan ketika negara berhadapan dengan pelbagai isu2 kritikal, atau mungkin parti pembangkang sudah menjumpai ramuan untuk merealisasikan matlamat mereka. walauapapun puncanya parti pemerintah perlu berhati2 kerana dikhuatiri fenomena sambutan kemerdekaan ini akan diterjemahkan pada PRU13 nanti..
August 22, 2011 4:55 PM
Isu kepudaran semangat rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan negara, rasa nya tidak lah adil kalau hanya diletakkan pada nasib PM Najib seorang.
Contoh nya di Sabah, dimana kah pemimpin BN yang dikatakan perihatin kepada rakyat bersorok?
Sepatutnya setiap negeri mempunyai pemimpin supreme masing-masing.
Kenapa tidak turun padang bersama rakyat untuk menangani isu ini? Kan mereka banyak Pembantu saperti Pemimpin Kemajuan Rakyat, CDO, ADDO, Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat dan termasuk pejawat-pejawat awam kerajaan.
Rasa nya, kalau lah hal saperti ini tidak benar, ruang untuk pembangkang bersuara pasti nya, kosong… bantu lah PM.
Siasat dan lapur sejauhmana kah pembohongan pembangkang ini.
Tak kan mereka hanya membantu PM kerana ada nya ganjaran projek . Banyak yang mereka boleh buat, sebenar nya. Namun kalau pemimpin itu sendiri kurang semangat kemerdekaan…Apa lagi rakyat? Mana lah tahu kan?
August 24, 2011 8:38 AM
Tak apa, Sabah masih ada Malaysia Day.
September 26, 2011 11:55 AM
Rakyat perlu sedar bahawa semangat kemerdekaan itu harus ada kerana ini akan menguatkan lagi semangat kita sebagai rakyat Malaysia.
September 26, 2011 11:57 AM
Ibu bapa juga harus mengambil bahagian dalam menyemai kesedaran kemerdekaan ini kepada anak2 mereka.
Post a Comment