Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa tiada cara untuk wujud ‘small China’ di Malaysia kerana ia bukan sesuatu yang baik untuk negara, kata.
Beliau berkata, MCA menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan apa yang ia ingin lihat ialah kesederhanaan, bukan saja toleransi tetapi juga penerimaan hakikat bahawa ini adalah sebuah negara berbilang kaum. Dalam hal ini, Soi Lek menyelar strategi DAP mencetuskan perbalahan Cina menentang Cina terhadap MCA untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.
Oleh kerana DAP bukan parti memerintah, mereka boleh menimbulkan ekpektasi masyarakat Cina…mereka timbulkan ini dalam erti jika mereka berkuasa mereka akan membina lebih banyak sekolah dan lebih menjaga masyarakat Cina, kata Soi lek- Selanjut nya Si Lek berkata. “Ini mengelirukan kerana DAP, dengan bersendirian, tidak akan dapat membentuk kerajaan. Sebabnya mudah, mereka hanya tumpukan perhatian
kepada kerusi Cina sedangkan bilangan kerusi majoriti Cina di Parlimen paling banyak 45, dari sejumlah 222 kerusi (yang dipertaruhkan).” - “Jadi, DAP perlu bergabung dengan parti lain yang bergantung pada sokongan kaum lain. Dalam hal ini, mereka memilih PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi apa yang dijanjikan oleh DAP jika mereka berkuasa akan ‘serap’ kerana parti komponen lain perlu menjaga kepentingan kaum lain,” katanya pada sidang akbhar sempena Konvensyen MCA Sabah di sini semalam.
Soi Lek berkata Barisan Nasional (BN) bukanlah sempurna sepenuhnya tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan yang terbaik untuk mentransformasi ekonomi dan rakyat Sabah perlu menokong inisiatif ini.


August 10, 2011 10:03 AM
Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan apa yang penting ialah sikap saling menghormati dan toleransi.
August 10, 2011 10:05 AM
perlu ada parti yang berbilang kaum.
August 10, 2011 11:10 AM
semangat perpaduan dan hormat menghormati itu lebih penting untuk dipelihara. kalau mahu jadi kaum yang menonjol, itu tidak boleh dipraktikkan dalam masyarakat berbilang kaum.
August 10, 2011 2:04 PM
Itu memang sudah sedia maklum, DAP hanya memepergunakan PAS dan PKR untuk memastikan mereka dapat berkuasa. Jadi PAS dan PKR ini pun termakanlah tipu muslihat DAP.
August 10, 2011 2:53 PM
Salam semua
Nampak nya ada dikalangan pelawat, yang seakan-akan dipergunakan oleh pehak tertentu. Justru, sekadar memberi ulasan satu-hala dan tidak memberi makna untuk difikirkan bersama.
Maksud nya, sama ada komen tersebut pro atau kontra kepada isu, sekurang-kurang alasan yang diberi ada lah manasabah dan rasional
Untuk maklumat, blog ini diujudkan ada lah bertujuan untuk perbincangan disamping perkongsian minda bersama. Dalam pada itu, meluahkan pandangan yang bernas lagi neutral…Non-partisan.
Jadi, untuk tidak membuang masa, dimasa akan datang, Penulis Blog hanya menyiarkan komen yang berkualiti atau pun yang berwibawa disamping memenuhi syarat yang di fikirkan berbaloi untuk Penulis Blog siarkan.
Harap Maaf
August 11, 2011 10:43 AM
Saya rasa tidak salah kalau DAP ataupun PAS dibenarkan memerintah negara kita jika Pakatan Rakyat menang. Tidak semestinya hanya orang PKR sahaja yang boleh jadi PM.
August 11, 2011 10:46 AM
Sama ada mereka berjaya mendapatkan sokongan rakyat, bergantunglah kepada prestasi parti masing-masing. Kurangkan berpolitik, dan banyakkan usaha.
Post a Comment