SUARA BEBAS TUARAN

SPR Cadang Tukar Undi Pos Kepada ‘Undi Awal’

Labels:

Selaras dengan tuntutan BERSEH 2.0, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini bahawa ia berhasrat dan bersyarat untuk menukar pengundi pos kepada 'pengundi awal', ekoran dakwaan berlaku penipuan undi menggunakan undi pos.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pindaan undang-undang itu diperlukan untuk membolehkan ia dirangka untuk pembentangan di sidang Parlimen Oktober ini.
  • "Hasrat kami adalah untuk mengubah status semua anggota polis dan Angkatan Tentera dan pasangan mereka, yang menjadi pengundi pos, kepada 'pengundi awal', yang boleh mengundi dua atau tiga hari sebelum hari mengundi," kata dipetik Malaysiakini Abdul Aziz.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang bertugas jauh dari kem dan tidak boleh hadir untuk mengundi awal, masih boleh memohon menjadi pengundi pos.
Katanya, ini termasuk mereka yang bertugas di pos sempadan atau bertugas membuat rondaan di laut.
Bercakap dalam taklimat mengenai tuntutan BERSIH 2.0, Abdul Aziz berkata, dibandingkan dengan undi pos, pengundian awal adalah sama seperti pengundian biasa dan terbuka kepada penelitian ejen-ejen parti politik.
Sumber: Agensi
7 comments:

kaedah mengundi awal ini mkin lebih baik, kerana selama ini pembangkang asyik mempolitikkan undi pos. harap dgn ini tak ada lagi isu akan ditimbulkan.


kita boleh melihat bayangan dua daripada tuntutan Bersih ini akan dilaksanakan.


apa pun cadangan, sebaiknya ia dipertimbanagkan dan diteliti terlebih dahulu. jika ianya lebih telus dan adil jadi ianya sesuai digunakan...


sebelum ini PAS juga pernah membantah cadangan pengundian awal.. jadi mungkin lebih baik SPR berbincang dengan semua parti2 politik sebelum mencadangkan apa2 perubahan dalam sistem pilihanraya..


SPR perlulah bijak membuat keputusan untuk memastikan PRU akan datang dapat dilakukan dengan seadilnya.


Saya rasa lebih baik undi pos ini dimansuhkan. Tapi kurang pasti dengan undi awal ini. Adakah undi awal ini boleh memastikan tiada manipulasi?


Daripada undi pos ataupun undi awal. Macam mana kalau tentera, polis dan lain-lain dibenarkan cuti sehari untuk tujuan mengundi pada hari pilihanraya?


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails