SUARA BEBAS TUARAN

Status Kerakyatan Yang Mengelirukan: Pagi Tadi PR, Petang Ini Warganegara?


Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.
Seorang pemegang status penduduk tetap (PR) yang berwarga Indon, diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Aneh nya, Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.
  • Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.
  • Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.
  • Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.
  • Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.
Bagaimana perkara begini boleh terjadi, maseh lagi menjadi satu teka-teki. Namun, harapan kita agar SPR dapat menyelesaikan perkara yang sensitif lagi mencabar integriti negara ini dengan sebaik yang mungkin
Sumber: Malaysia Kini
11 comments:

daftar pengundi kena disemak semula. hal ini tak patut berlaku.


kesilapan atau disengajakan?


penjelasan perlu diberikan berhubung pekara ini.


JPN lambat kemaskini maklumat. Mismah dah jadi PR sejak 29 tahun yang lalu. Dia mendapat kerakyatan pada tahun ini.


Pengajaran kepada JPN agar memastikan sistem mereka diuruskan dengan lebih sistematik. Kesilapan sebegini boleh mengundang persepsi negatif dan dijadikan provokasi.


Kita sendiri pun tidak pasti kebenaran dalam hal ini.


Hal ini wajar disiasat secara menyeluruh, tengok siapa sebenarnya yang terlibat.


Sdra Hanroizin…Salam

Dari kefahaman saya, sdra maseh kabur dengan moral cerita yang dipaparkan dalam blog ini.

Maksud nya, sdra mempersoalkan kesahihan berita yang dilapurkan;
1)MalaysiKini sengaja memperbesar-besarkan kes ini, kerana niat jahat ? Walhal ia nya tidak berasas sama sekali?
2) Penulis(saya) yang melanjutkan berita ini sengaja memcari fasal untuk mengelirukan pembaca demi untuk tujuan populariti dan dengan niat jahat untuk menjatuhkan SPR atau pun JPN?

Selanjutnya, kalau lah berita ini mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak mempunyai bukti yang manasabah... Semata-mata untuk tujuan politik, kenapa tidak lapurkan sahaja kepada pehak polis untuk di ambil tindakan undang-undang selanjutnya?

Untuk ini, fikir-fikirkan lah sendiri.


Mismah memegang status Permaustatin Tetap (PR) pada 17 Julai 1982 dan mendapat taraf kewarganegaraan pada 31 Januari 2011. Maka 4 jam itu adalah proses mendpaatkan IC. Ikutkan proses itu boleh lebih singkat dari 4 jam.


Dimana ada kelemahan disitu kita perbaiki dan tingkatkan keberkesananya.


Apapun rakyat hanya mengharapkan yang terbaik untuk semua.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails