SUARA BEBAS TUARAN

3 Buah Pulau Di Sabah Bukan Hak Milik Kerajaan negeri?

Labels:

Gambar hiasan kepulauan yang dijual Di Sabah
Ingatkan kepulauan di pesisiran Sabah ini ada lah hak milik kerajaan melalui skim taman-taman negara. Namun apa yang dilapurkan baru-baru ini, 3 kepulauan di sini, ia itu; Mengalum, Pandanan dan Montukod.
Sejak bila pulau-pulau ini di wartakan untuk kepunyaan perseorangan, mungkin kebanyakan dari rakyat Sabah tidak tahu sehingga lah ia nya di promokan melalui internet untuk dijual.
Menurut sebuah akhbar tempatan semalam dipetik melaporkan bahawa Pulau Mengalum yang terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga AS$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) AS$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga AS$11.266 juta.
  • Dalam pada itu, dikatakan Kerajaan Sabah akan melindungi kepentingannya dalam isu cadangan menjual tiga buah pulau di perairan negeri ini kepada orang asing menerusi iklan internet.
  • Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal (gambar kanan) berkata, kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan iaitu - Mengalum, Pandanan dan Montukod tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan adalah milik persendirian.
  • "Bagaimanapun, pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita.
  • Osman berkata, Pulau Mengalum adalah milik sebuah syarikat dengan hak milik pajakan negara (CL), Montukod adalah hak milik pajakan negara dan peribumi manakala Pandanan diberi secara hak milik CL.
Mungkin dimasa akan datang, kita pasti dikejutkan lagi dengan aktiviti penjualan pulau-pulau sapertimana yang berlaku sekarang ini. kerana seadanya, terdapat maseh banyak lagi pulau-pulau dipersekitaran negeri Sabah masa kini.
Dalam isu ini, rakyat Sabah hanya sekadar menunggu, mendengar dan melihat hak-hak ‘heritage’ mereka di jual beli dipasaran dunia. Dalam artikata yang lain. 'negeri ku milik orang'.
Sumber: Agensi
7 comments:

3 buah pulau tersebut dimiliki oleh syarikat dan persendirian. hairan juga kenapa mereka menjual pulau2 tersebut sedangkan pulau itu sudah dimajukan sebagai tempat pelancongan.


Diharapkan kerajaan akan menyiasat semula perkara ini untuk memastikan bahawa adalah sesuai pulau-pulau ini dijual kepada orang luar. Walaupun pulau itu kepunyaan persendirian, tapi kerajaan masih ada kuasa untuk menghalang ataupun meluluskan penjualan pulau ini.


Harap kerajaan akan mengambil tindakan yang terbaik untuk menangani perkara ini. Jangan biarkan pulau warisan kita ini jatuh ke tangan orang luar.


Maksud disini kerajaan tidak dapat buat apa-apa atas iklan penjualan pulau yang dipamerkan dalam internet ini. Kalau begitu, ini akan merugikan kerajaan Negeri saja. Sedangkan pulau yang ada itu boleh menjadi tempat pelancongan dan sebagainya. Sayang juga pulau milik Sabah ini dijual begitu saja.


Betul-betul sayang oo kalau pulau ini jatuh ketangan orang lain. Harap kerajaan dapat menasihati pemilik tanah itu untuk mengusahakannya dan bukannya menjualkannya. Keindahan Pulau adalah antara khazanah yang terdapat di Sabah.


bayangkan jika semua pemilik tanah di Sabah menjual tanah mereka kepada negara luar dengan harga yang tinggi? adakah pada waktu itu kerajaan tidak akan bertindak, malah membiarkan perkara itu berlaku?


kalaupun pulau2 itu adalah hak milik persendirian, kerajaan patut berunding dengan pemilik2 pulau tersebut atau membeli pulau itu bagi mengelakkan beberapa wilayah negeri ini jatuh ketangan orang luar..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails