
Mariam menyerahkan cek kepada Arfai sambil disaksikan oleh kakitangan Perkeso Tawau termasuk Mustafah, Juani dan Tina.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) Sabah, Mariam Hassan menyifatkan majikan yang mengemukakan alasan ‘tidak tahu’ bahawa pekerja harus ddidaftar kepada Perkesa, sebagai satu pembohongan yang menyedihkan.Menurutnya, alasan sedemikian tidak seharusnya timbul memandangkan Perkeso telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu di negeri ini, lebih-lebih lagi pihak majikan seharusnya sedar akan kewajipan mereka menjaga kebajikan setiap pekerjanya.
- “Majikan kena datang secara sukarela (mendaftarkan pekerja). Kadang-kadang kita akan ketawa bila majikan kata ‘saya tidak tahu’. Berapa lama sudah Perkeso di Malaysia? Di Sabah saja sudah lebih 40 tahun.
- “Saya rasa ini satu pembohongan yang menyedihkan. Pihak majikan mahu poket mereka berisi tetapi dalam masa yang sama kebajikan pekerja tidak dipedulikan,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
- Mariam menambah, kebajikan pekerja-pekerja perlu dilindungi dengan cara mendaftarkan pekerja untuk caruman dan prosedur ini bukannya untuk menyusahkan majikan ataupun pekerja, sebaliknya proses itu adalah demi manfaat bersama.
- Tambahnya, pihak majikan pula tidak seharusnya menyalahkan Perkeso jika dikenakan tindakan undang-undang kerana jabatannya sekadar menjalankan tugas untuk mengesan majikan-majikan yang masih berdegil untuk mendaftarkan pekerja-pekerja mereka.
- “Kalau tidak faham, kita ada pejabat sementara di Kunak, Semporna, Sipitang, Kota Marudu, Beaufort, Kota Belud, Ranau dan Kudat serta pejabat tetap di Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kota Kinabalu, Keningau dan Labuan,” katanya.
Beliau berkata, Perkeso Sabah juga sentiasa berusaha untuk mewar-warkan pelbagai maklumat dan perkembangan baru kepada pihak majikan dan pekerja sama ada menerusi siaran media, kursus-kursus ceramah dan sebagainya.Mengulas lanjut, beliau berharap kesedaran di kalangan masyarakat di negeri ini khususnya di kalangan pihak majikan dan pekerja dapat dipertingkatkan lagi demi memastikan hak-hak kebajikan pekerja sentiasa dijaga.



September 27, 2011 4:01 PM
Kesedaran perlu dipupuk kalangan masyarakat mengenai hal ni.
September 27, 2011 4:14 PM
Mustahil juga majikan2 ini tak tahu...padahal selama ini sudah banyak penguatkuasaan dilakukan...tapi tak kisah la kalau diorang bagi alasan tak tahu, tindakan tetap dikenankan....
September 28, 2011 8:07 AM
Ini alasan yang tidak bertanggungjawab, takkan sebagai majikan mereka tidak tahu tanggungjawab mereka untuk mendaftarkan pekerja mereka.
September 28, 2011 8:09 AM
Harap semua majikan akan mendaftarkan pekerja mereka bersama Perkeso, selain itu, Perkeso harus mengenakan tindakan yang tegas terhadap mana-mana majikan yang tidak berbuat demikian.
September 28, 2011 3:47 PM
Betul tidak logik oo kalau ada majikan yang tidak tahu bahawa pekerja mereka perlulah didaftarkan di Perkeso. Alasan tidak tahu itu memang tidak logik betul.
September 28, 2011 3:57 PM
Sekarang tidak ada lagi alasan tidak tahu kerana jika dilihat sendiri PERKESO telah bertapak selama 40 tahun. 40 tahun ini sangat lama. Jadi harap Majikan akan mendaftarkan pekerjanya di PERKESO kerana ini adalah perkara wajib untuk mendaftarkan.
September 28, 2011 5:17 PM
harap majikan dapat menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pekerja. jika sebaliknya, tindakan pasti akan dikenakan.
September 29, 2011 11:38 AM
untuk kebaikkan pekerja2 di negara ini, PERKESO perlu terus melancarkan 'Ops Kesan' secara besar2an.
September 29, 2011 1:08 PM
sebagai majikan mereka harus tahu akan peranan mereka. tidak tau bukan alasan.
Post a Comment