SUARA BEBAS TUARAN

Bersih 3.0 Jika SPR Gagal Pulihkan Sistem Pilihan Raya?

Labels:

Hari ini saya telah sempat bersama dengan United Borneo Front(UBF) yang diketuai oleh Dr. Jeffrey Kitingan (gambar sebelah kanan) sendiri bertempat di kampung Pompod, Kelawat, Kota Belud. Tujuan UBF, ada lah untuk menerangkan fungsi dan perjuangan UBF dalam membantu rakyat Sabah untuk mengimbas kembali kedudukan negeri Sabah dalam gagasan persekutuan Malaysia serta menuntut hak-hak rakyat Sabah yang termaktub dalam perlembagaan awal yang dipersetujui oleh Sabah/Sarawak, Malaya dan Singapura
  • Dalam ceramah tersebut, banyak perkara asas mengenai perjanjian yang tersurat dalam pentubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dan juga isu-isu penting dalam perkara 20 yang telah dilupakan.
  • Namun apa yang menarik bagi saya, UBF percaya 'Pengundi Hantu' di Sabah memang pernah memainkan peranan dalam Pilihan Raya Umum yang lampau.
  • Kata Jeffrey, perkara ini dapat dibuktikan melalui logistik bancian penduduk dan daftar pengundi di Sabah yang ketara mendadak sejak beberapa tahun yang lalu.
Dalam isu yang sama, PAS memberi amaran akan turun untuk perhimpunan Bersih 3 sekiranya kerajaan berhasrat membubarkan parlimen sebelum menyelesaikan kepincangan dalam sistem pilihan raya.
Perkara ini dinyatakan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kayat (gambar sebelah kiri) susulan pendedahan berterusan individu-individu yang berstatus bukan warganegara tetap mendapat mandat mengundi di negara ini.
  • Beliau kemudian menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merombak sistem pilihan raya sedia ada sebagai cara memulihkan demokrasi secara total selain mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada suruhanjaya itu.
  • Dalam sidang media di ibu pejabat PAS baru-baru ini, Suhaizan mengemukakan lagi tiga nama layak mengundi yang berstatus Penduduk Sementara (Hijau).
  • Individu yang dikesan adalah seorang wanita bernama Numi Syukri yang didaftarkan di DUN Hulu Besut dan layak mengundi di parlimen Besut.
  • Seterusnya juga seorang wanita bernama Hasmidah Surahbil yang didaftarkan di DUN Semenyih, parlimen Hulu Langat dan seorang lelaki bernama Jamaluddin Tahir yang didaftarkan di DUN Bangi, parlimen Serdang.
Tiga nama tersebut dikesan memegang kad pengenalan berwarna hijau di dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan berstatus layak mengundi dalam senarai daftar pemilih di laman web SPR.
Suhaizan berkata pihaknya terpaksa menggunakan pendekatan media kerana usaha membantah secara terus kepada SPR sering menemui kegagalan.
Sumber: UBF, Agensi
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails