
Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri bahawa ia adalah sebuah pertubuhan tidak sah.Hakim Datuk Rohana Yusuf (gambar kanan), yang membuat keputusan itu dalam kamar, membenarkan permohonan jawatankuasa pemandu gerakan tersebut bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah berkenaan.
Awal Julai lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah atas alasan ia operasi tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan. - Sejumlah 14 anggota jawatankuasa pemandu pergerakan itu, termasuk Datuk S. Ambiga, kemudian mengemukakan permohonan bagi semakan kehakiman itu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden pada 8 Julai.
- Semua anggota jawatankuasa pergerakan tersebut, antara lain, memohon perintah bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Datuk Seri Hishammuddin yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan tidak sah dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta merta.
- Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan.
- Namun, Datuk Rohana menolak permohonan jawatankuasa itu bagi menghalang;
- Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan para pegawai kerajaan daripada memasuki dan memeriksa premis mereka selain merampas sebarang harta milik Bersih 2.0.
- Menolak permohanan bagi mengarahkan responden menyerahkan kemeja-T, kain rentang, surat khabar, buku, sepanduk dan sebarang dokumen atau objek milik mereka yang dirampas polis.
- Menolak bantahan awal oleh Pejabat Peguam Negara bahawa pemohon tidak mempunyai hak dari segi undang-undang memulakan tindakan menentang kerajaan dan dua pihak lain.
Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili responden, berkata beliau akan mendapatkan arahan pihak atasan sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.
Mahkamah menetapkan 22 November untuk mendengar merit bagi semakan kehakiman.
Sumber: Agensi
Mahkamah menetapkan 22 November untuk mendengar merit bagi semakan kehakiman.



September 29, 2011 2:52 PM
tindakan yang berani tapi kesudahan semua ni...
September 29, 2011 2:53 PM
rasanya Bersih 2.0 akan terus berusaha untuk mencapai objektif mereka.
September 29, 2011 3:00 PM
tunggu dan lihat sajalah perkembangan mengenai pekara ini. biar mahkamah yang memutuskan nanti.
September 29, 2011 3:02 PM
Adakah kita boleh melihat situasi ini sebagai petanda bahawa sistem keadilan & kehakiman di negara ini masih lagi utuh & reliable @ boleh diharap??
September 29, 2011 3:07 PM
SPR patut mempertimbangkan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Bersih. Sudah sampai masa kita menegakkan demokrasi.
September 29, 2011 4:23 PM
Ingatkan bersih sudah tidak lagi aktif!
September 29, 2011 4:25 PM
Masih lagi tidak gentar dengan apa yang telah berlaku bila mereka merusuh! Menyusahkan hidup orang lain!
September 29, 2011 4:30 PM
di mana letaknya kebebasan berpersatuan yang diperuntukkan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan?
September 29, 2011 4:36 PM
mungkin ini adalah peluang terakhir untuk Gerakan Bersih 2.0 membuktikan bahawa pertubuhan tersebut bukan pertubuhan yang haram. jadi, tunggu keputusannya nanti.
October 3, 2011 8:54 AM
kerajaan perlu bertindak lebih profesional dengan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej kerajaan.. tidak perlulah menggunakan kuasa bagi memberikan tekanan atau desakan terhadap mana2 pertubuhan yang tampil memperbetulkan kepincangan yang wujud dalam kerajaan hari ini..
October 3, 2011 10:09 AM
BERSIH lagi. Sudah-sudahlah tidak perlulah lagi membuat kekecohan pada negara kita ini.
Post a Comment