
Baru-baru ini, kepimpinan Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membenarkan agar klip video undilah terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara. Pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.
- “Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila ia dilihat sebagai satu ancaman. Jika ia dianggap sebagai sensitif, apakah bentuk demokrasi dan kebebasan politik yang perdana menteri sedang bercakap sekarang,” kata salah seorang anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Subramaniam Pillay hari ini.
- Kata beliau perkembangan terbaru yang diambil itu menunjukkan sikap “cakap tak serupa bikin.Cakap satu buat lain,” kata beliau lagi.
- Seorang lagi anggota jawatankuasa Berish 2.0, Maria Chin Abdullah juga melahirkan pandangan yang sama.
- “Apa salahnya meminta orang ramai mengundi? Malah kempen 1 Malaysia juga meminta orang mengundi,” kata beliau lagi.
- Subramaniam menambah, tindakan mengharamkan klip video itu satu langkah yang amat merisaukan kerana ia dihasilkan dengan tidak memihak mana-mana ideologi politik.
- Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.
Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.- Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo (gambar kanan).
- Ia dilancarkan sempena sambutan Hari Malaysia minggu lalu.
- Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.
Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.



September 27, 2011 4:10 PM
so people must vote wisely.
September 28, 2011 8:11 AM
Sebenarnya saya rasa klip video Undilah ini sangat bermakna, ia patut disiarkan untuk menyedarkan rakyat mengenai tanggungjawab sosial mereka iaitu mengundi pada PRU-13.
September 28, 2011 8:12 AM
Harap SKMM tidak akan mengharamkan klip ini. Lagipun, makin kerajaan mengharamkannya, makin banyak orang lagi yang akan cuba menonton video tersebut.
September 28, 2011 3:37 PM
VIdeo undilah itu pula diharamkan kerana ada cakap berpihak kepada PR. Tapi kalau rakyat yang tengok pun pasti mereka akan memikirkan sendiri mana yang perlu dan mana yang tidak.
September 28, 2011 3:45 PM
Vidoe undilah pun mahu dihebohkan lagi. Biarlah rakyat bah menilai sendiri, yang penting sekarang kalau benar mahu rakyat menilai adalah dengan kemudahan dan pembangunan yang rakyat perolehi itu yang membuktikan setakat mana kebolehan kerajaan sekarang ini.
September 28, 2011 5:11 PM
perasaan mereka saja tu yang menyebabkan mereka berfikir video klip tu memihak pada pembangkang. dalam video tu kan ada diselitkan pemimpin2 BN juga. lagipun mesej utama video tersebut adalah untuk menyeru rakyat untuk mengundi. tidak salah pun.
September 29, 2011 11:28 AM
Memang alasan SKMM kononnya klip video ini tidak mendapat kelulusan dari LPF adalah kena dan termaktub mengikut undang2 yang ada, tetapi apabila ia berkait dengan politik, termasuk pembangkang, suruhanjaya ini perlu lebih cermat dan waspada bagi mengelak tindakannya ditanggapi “berbau politik”.
Post a Comment