SUARA BEBAS TUARAN

Dasar Pemberimilikan Tanah Rakyat Selangor Lebih Mesra Dari Sabah?

Labels:

Malam Sabtu lepas, saya telah hadir ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri PKR yang bertempat di kampung Batangan, Tuaran. Walau pun saya bukan ahli parti Pakatan Rakyat atau pun PKR, namun sebagai seorang sahabat, saya telah dapat jemputan ketua cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah untuk bersama meraihkan majlis tersebut.
Pada pandangan saya, lebih kurang seramai 200 orang yang hadir pada malam tersebut. Termasuk lah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dan polis dari cawangan khas, Tuaran.

  • Saya difahamkan bahawa Majlis tersebut ada lah dianjurkan bersama cabang-cabang PKR Tuaran, Ranau, Sepangar dan Kota Marudu. Dan ia nya turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Kerana komitmen yang lain pada masa yang sama, saya hanya sempat mendengar ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
    Saya difahamkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pun turut hadir dan berucap pada malam tersebut. Beliau dikatakan lambat kerana sebelum itu beliau telah menghadiri satu lagi Majlis di kawasan Kinabatangan.
Apa yang menarik perhatikan saya ia lah dalam ucapan Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ia itu bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Justeru untuk merealisasikan program ini kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah bertindak untuk;
  1. Memberikan bekalan air minuman berseh secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor bermula sejak bulan Jun 2008.
  2. kerajaan negeri Selangor juga telah memperkenalkan 'Skim Pemilikan Kediaman Persendirian' yang bertujuan memberi pemilikan sah khususnya kepada penduduk yang telah lama menduduki tanah kerajaaan. Mengikut kajian Kerajaan Negeri mendapati bahawa tidak ramai rakyat Selangor dapat menikmati sepenuhnya skim pemberian geran disamping tidak mampu membayar premium.
  3. Mengelakan pembaziran wang untuk membina infrastruktur dengan mengawal kos pembinaan yang berlebihan. Kerana kata Abdul Khalid Ibrahim, ia nya akan merugikan rakyat manakala kontraktor dan kroni akan mendapat untung berlipat ganda.
Setahu saya, hingga hari ini, program yang diperkenalkan di Selangor belum ada di negeri Sabah. Sedangkan menurut sumber, negeri Sabah bukan nya kurang dengan hasil mashul yang sedia ada. Kenapa dan mengapa hanya Ketua Menteri Sabah yang tahu.
Mungkin atas dasar berbeza dengan negeri Selangor, baru-baru ini kita dikejutkan bilamana sebuah portal berita tempatan menyatakan bahawa seramai 30 orang peneroka tanah di Sukau, Kinabatangan bakal dihumban ke penjara kerana engkar perintah mahkamah untuk keluar dari tanah mereka; yang kini menjadi hak milik Syarikat Campo, kepunyaan Datuk Nasir Yeo yang juga pemilik syarikat susu SIP.
  • 30 orang keluarga peneroka ini tewas dalam pembicaraan dalam mempertahankan hak mereka dan diarah keluar pada tahun 2008. Mereka tetap berkeras kerana ini adalah tanah yang mereka terokai, ditanam dengan sawit dan bergantung hidup pada hasil kebun tersebut untuk menyara keluarga mereka.
  • “Tanah seluas 480 ekar milik 30 peneroka ini, telah kami pohon dan usahakan sejak tahun 1989. Geran tanah milik syarikat Campo itu bertarikh tahun 2000. Ini jelas menunjukkan mereka lebih terkemudian daripada kami,” jelas Khatib Kosoi yang mewakili 30 orang peneroka Sukau mempertahankan hak mereka.
  • “Kami bertegas tidak mahu keluar dari tanah kami ini kerana kami sedar kami teraniaya. Kami berhadapan dengan penguasa dan mereka yang cukup segalanya untuk menang dalam perbicaraan,” tambah Khatib lagi.
Mereka ini diarahkan hadir ke mahkamah Tinggi Sandakan pada 12 September ini atas tuduhan menghina mahkamah kerana enggan keluar dari tanah tersebut.
Apa kah kesudahan kisah yang menyayat hati ini, kita hanya sekadar mendengar dan melihat kesudahannya.
Sumber: SabahKini, Agensi
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails