SUARA BEBAS TUARAN

Fenomena Disebalik Rompakan Oleh Anggota Polis Dan SPRM?


Gambar hiasan perompak
Baru-baru ini, tiga pegawai SPRM telah merompak seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak RM900,000. Manakala sebelum itu, pada 8 September yang lalu, Polis pula di lapurkan merompak warga bangla, sebanyak RM 34156 bertempat di se;buah rumah jalan nagasari, dang wangi .
lMohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas warga Bangladesh yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu. Wang rompakan berjumlah RM34, 156.
  • Walau macammana pun, Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 16 dakwaan merompak tersebut. Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.
  • Kesemua anggota polis yang tertuduh bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu.
  • Dalam isu yang sama, Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa.
Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan.
"Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut suruhanjaya itu.
Sumber: BERNAMA

Analisa Solymone

Seadanya, kes-kes saperti ini sepatut nya tidak terjadi. Apa lagi bila memikirkan mereka yang terlibat terdiri dari pehak Polis dan SPRM. Justeru, pehak yang berwajib patut tangani perkara ini secara serius sebelum ia nya bertambah kronik.
Pada pandangan saya, perkara ini patut di kaji atau dianalisakan sepenuh nya dari beberapa sudut penting. Bukan hanya sekadar meletakkan ‘penalty’ terhadap pelaku jenayah tersebut.
  • Antara sasaran kajian yang perlu diambil kira, ia lah dengan mengenal-pasti masaalah pokok punca nya atau penyebab kejadian saperti tersebut tergamak dilaku oleh kumpulan yang sepatutnya diamanat kan oleh negara sebagai benteng pertama menghalang kelakuan jenayah saperti perombakan, samun dan sebagai nya, di negara ini.
  • Antara lain, salah satu punca asas berlaku nya kejadian yang tidak di ingini ini, ada lah kemampuan kestabilan ekonomi sipelaku dalam situasi goyah. Apa lagi bila memikirkan tanggungjawab peribadi yang harus diharungi oleh individu yang terlibat.
  • Saban hari, kita mendengar atau melihat berita bahawa kerajaan giat berusaha untuk membasmi jurang kemiskinan dikalangan penduduk dalam dan diluar bandar. Namun kita jarang sekali mendengar usaha untuk menangani kegawatan ekonomi yang dialami oleh anggota perkhidmatan awam khas nya, polis dan SPRM.
  • Secara am nya, kaki-tangan polis atau pun SPRM ini tidak tergamak melakukan jenayah terkutuk ini, kecuali terdesak oleh komitmen yang tinggi terhadap keluarga, anak-anak dan sebagainya. Disebaliknya, mereka juga pekah dengan ganjaran (hukuman) yang menanti, akibat perbuatan yang keji ini...Dalam pada itu, mereka sanggup mengambil resiko.
Kadang kali, mungkin kerajaan pemerentah, lupa atau pun ‘take for granted’ bahawa kumpulan ini senentiasa selesa dengan apa yang ada. Walhal, tugas dan tangungjawab kumpulan ini ada lah berat lagi merbahaya sehinggakan sanggup menggadai kan nyawa dan harta benda semata-mata untuk ketenteraman negara.
Sedangkan kos pulangan untuk kumpulan ini ada lah tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Situasi hidup yang melandah mereka ini boleh lah diibaratkan sebagai 'hidup segan mati tak mahu’.

Justeru, mungkin sudah tiba masa nya untuk mengulang kaji kos tanggungan kumpulan ini sapertimana yang dilakukan oleh negara-negara barat, saperti Amerika, United Kingdom dan Persatuan Europa; dimana pendapatan kumpulan ini ada lah dalam tahap yang lumayan.
Nota: Semua gambar yang dipaparkan ada lah sekadar hiasan
9 comments:

Memalukan. Harapkan pagar, pagar pula makan padi.


Saya setuju dengan saranan Saudara Solymon untuk mengkaji balik gaji petugas2 keselamatan ini...sya rasa mereka perlu diberikan gaji yg lebih besar, bersesuaian dengan kerja & bahaya yg mereka hadapi...


makin banyak kes2 jenayah yang melibatkan pihak polis. memang sukar sangat dipercayai sebab tanggungjawab mereka adalah menjaga keselamatan orang awam dan bukannya merompak, menyamun atau bertindak ganas terhadap orang awam. ini memang sudah menjejaskan imej PDRM dan SPRM.


Saya setuju dengan pendapat pengarang yang mana kes ini harus dicari puncanya mengapa berlaku rompakan oleh orang2 yang diamanatkan untuk menjaga keamaan negara. Salah tetap Salah dan semestinya perkara sebegini tidak lagi berulang di masa hadapan.


Seharusnya tidak terjadi perkara seperti ini namun apakan daya kita ini manusia. Tidak ada yang sempurna tapi semua yang berlaku berbalik pada peranan diri kita sendiri. Kita hanya ada dua pilihan antara memilih untuk berbuat baik @ berbuat baik. Semuanya ditangan kita sendiri.


Diharapkan penyiasatan akan dibuat, jika didapati mereka betul-betul terlibat. Saya harap SPRM dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka.


Apa yang 3 pegawai itu fikirkan sehinggakan sanggup memalukan suruhanjaya yang besar ini.


Kenapa penjawat awam yang tetap ini melakukan kerja yang tidak sepatutnya ini. SPRM adalah suruhanjaya yang menentang habis-habisan rasuah tapi melakukan rompakan. Harap kalau mahu melakukan kesalahan atau jenayah, berhentilah dari jabatan. Kita tidak mahu kerana sikap mereka ini menjejaskan nama baik jabatan itu sendiri nanti.


saya setuju dengan analisis sdr Solymone terutamanya berkenaan dengan pendapatan bagi kumpulan ini.. memandangkan tugas mereka memerlukan mereka berhadapan dengan risiko yang tinggi, wajarlah jika kerajaan dapat mengkaji semula pendapatan bagi kumpulan ini setimpal dengan beban tugas mereka.

sekiranya masih berlaku kes yang sama, tindakan yang tegas perlu diambil dan mungkin tidak keterlaluan jika hukuman bagi mereka ini digandakan dari yang sepatutnya..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails