SUARA BEBAS TUARAN

Hiasan Gambar Pekan Kiulu Yang Mengelirukan


Gambaran pekan Kiulu yang sebenar
Saya merasa pelik bilamana melihat gambar hiasan pekan Kiulu(gambar sebelah kanan) yang dilapurkan oleh pemberita BERNAMA melalui siaran portal berita Utusan Online dan selanjutnya ulasan pembaca di SabahKini.
Dalam gambar hiasan tersebut kelihatan Bank HSBC dengan begitu megah dan dibelakang nya terletak sebuah bangunan bertingkat.

Justeru, saya lawati pekan Kiulu demi untuk melihat sendiri sejauhmana kah anjakan transformasi yang diwar-warkan dalam merubah pekan Kiulu...Pekan yang pada suatu ketika di labelkan sebagai “The Ghost Town that the time forgets” atau “Pekan yang dilupakan masa”. Label ini timbul, kerana suasana yang sunyi di pekan tersebut dikala senja dan pada malam selanjutnya.
  • Apa yang saya lihat, tiada banyak perubahan saperti yang dilapurkan. Keadaan nya sama saperti sediakala; sebuah Dewan, jajaran bangunan baru dan bangunan kedai lama yang usang. Namun tidak ada bangunan Bank HSBC. Gambaran Pekan Kiulu yang dipaparkan oleh pemberita BERNAMA ada lah mengelirukan.
Apa yang penting, kawasan Kiulu dan Tamparuli maseh lagi perlu jalan-jalan raya yang menghubungkan antara kampung serta pembaikan pulih infrastruktur asas yang kebanyakan nya dalam keadaan daif.
Masaalah bantuan infrastruktur asas amat di nantikan oleh penduduk dari beberapa buah kampung saperti; Kg. Tombung, Kg. Namadan, Kg. Bayag, Kg. Poturidong Baru, Kg. Rikos, Kg. Ranau-Ranau, Kg. Nalitang, Kg, Kakib, Kg. Rambai, Kg. Sinansag, Kg. Lingga, Kg. Pinagon Baru, Kg. Bambangan Ulu, Kg. Talungan Ulu dan beberapa buah kampung di Mukim Lembah Nabalu
  • Walau macammana pun, projek luar bandar perseketuan saperti menaiktaraf jalan raya Mantob-Pukak, Tomis-Lokos, Longkou Lama-Timbok, Telipok dan Tudan-Poring telah dilaksanakan tidak lama dulu.
  • Namun keadaan jalan-jalan tersebut perlu diselengarakan dalam kadar yang segera kerana keadaan jalan-jalan tersebut tidak sebaikmana yang diwar-warkan.
  • Selain dari itu, usaha mempromosi sukan lasak, 'Whitewater rafting' maseh lagi diteruskan saperti sebelum nya.
Dalam pada itu, memandangkan keadaan alam sekitar yang unik lagi mencabar dengan suasana semula-jadi yang menarik, pembangunan pelancongan jenis agro dan eko perlu dirancang dan diteruskan di beberapa tempat saperti poring, Tibabar, Tudan–Dampaid dan beberapa lagi kawasan di persekitaran lembah Nabalu.
Namun tanpa sebarang jalan yang baik menuju ke destinasi yang di rancangkan, cita-cita murni tersebut hanya lah sekadar mimpi yang tidak kesampaian.
______________________________________________________________________________________
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails