
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura dalam kenyataan itu semalam menyatakan walaupun Singapura dan Malaysia berkongsi asas ISA ketika di bawah jajahan British, dua negara ini telah berkembang secara berbeza.Pemerentah Singapura telah mengeluarkan kenyataan sebagai reaksi kepada langkah kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dengan menegaskan bahawa akta itu tetap relevan dan penting sebagai langkah terakhir dalam memelihara keselamatan negara.
- 'Sejajar dengan itu, ISA di Singapura juga telah berubah dan ia kini berbeza daripada yang ada di Malaysia,' ujar MHA.
- Ia memberi contoh seseorang yang ditangkap di bawah ISA Singapura boleh ditahan sehingga 30 hari.
- Selepas tempoh itu, Perintah Tahanan (DO) atau Perintah Sekatan (RO) perlu dikeluarkan dan jika tidak, orang itu harus dibebaskan tanpa syarat.
- Di bawah ISA Malaysia, seseorang boleh ditahan sehingga 60 hari.
Selain itu, di Singapura sejak 1991 Presiden mempunyai kuasa veto ke atas keputusan pemerintah menahan seseorang jika Lembaga Penasihat ISA, yang dipengerusikan seorang hakim Mahkamah Tinggi, telah menyarankan pembebasan tahanan itu.'Ini langkah perlindungan tambahan yang digubal pemerintah Singapura bagi memastikan akta itu tidak disalah guna,' kata MHA.



Post a Comment