SUARA BEBAS TUARAN

Keadaan Jerebu Di Singapura Bertambah Buruk

Labels:

Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA). Bacaan PSI 24-jam ialah 69 pada pukul 7 malam, yang tertinggi setakat tahun ini dan bagaimanapun ini masih lagi dalam tahap sederhana.
Kawasan paling teruk ialah bahagian utara dan barat Singapura sementara timur republik ini kekal pada tahap baik dengan bacaan 48. Oleh kerana jerebu berterusan, jumlah kes berkaitan bernafasan di sini dijangka meningkat.
  • Kebakaran hutan di bahagian selatan Sumatera dan barat Kalimantan yang meningkat sejak beberapa hari lalu mengakibatkan sebahagian kawasan di Singapura dan Malaysia diselaputi jerebu agak tebal.
  • Kebakaran itu lantaran para peladang dan syarikat pembalakan membersihkan kawasan menggunakan api semasa musim kemarau antara Jun hingga September.
  • Pihak berkuasa Indonesia telah mengerahkan pesawat membawa bahan kimia menyemai awan bagi mempercepat hujan.
Dalam masa yang sama, Keadaan jerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara semenanjung, Melaka dan Negeri Sembilan berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.
“Bacaan Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Isnin sehingga jam 11 pagi menunjukkan sebanyak 22 stesen merekodkan 44 peratus bacaan Indeks Kualiti Udara (IPU) baik manakala 28 stesen merekodkan 56 peratus bacaan IPU sederhana,” ujar Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  • Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam supaya mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan sebarang kesan akibat jerebu dengan sentiasa cuba berada di dalam bangunan.
Sumber: Agensi
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails